Teknologi perubatan kini semakin hari semakin mengorak langkah yang sangat positif dalam memberikan peluang pemulihan kepada pesakit.

Selain rawatan dari segi perubatan rahabilitasi juga memainkan peranan sangat penting terutamanya kepada pesakit-pesakit yang terjejas dari segi pergerakan fizikal mereka.

Disebabkan itulah rawatan rehabilitasi atau pemulihan sangat penting bagi memastikan pesakit boleh pulih dan menjalani kehidupan lebih baik.

Sebagai sebuah hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia, Hospital ReGen Rehab (ReGen Rehab) menyedari peranannya dalam memberikan perkhidmatan yang bukan sahaja berkualiti tetapi menggunakan teknologi canggih terkini.

Rawatan Berteknologi Robotik Buat Pesakit Neurologi Kini Terdapat Di Malaysia
CEO ReGen Rehab Hospital, Hanafi Salehuddin

ReGen Regab juga menjadi peneraju dalam menyediakan rawatan pemulihan khusus untik pesakit dan individu yang sedang pulih daripada keadaan neurologi sepertik strok dan kecederaan saraf tunjang.

INISIATIF KOMUNITI

Lebih menarik lagi mereka turut melancarkan program rehabilitasi robotik dengan Inisiatif Jangkauan Komuniti. Baru-baru ini, ReGen Rehab melancarkan program tersebut yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut ReGen Rehab, inisiatif ini bermatlamat meningkatkan persediaan perkhidmatan rehabilitasi kepada individu yang mempunyai sejarah strok, kecederaan saraf tunjang atau sebarang keadaan neurologi yang lain supaya dapat mengembalikan mobiliti dan membina kefungsian hidup.

Rawatan Berteknologi Robotik Buat Pesakit Neurologi Kini Terdapat Di Malaysia
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail tiba di majlis pelancaran ini.

Ia dilihat selari dengan komitmen ReGen Rehab bertema “Bringing You Back” yang membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit mereka, dan masyarakat secara keseluruhan, melalui teknologi yang inovatif dan terkini.

“Rehabilitasi adalah rawatan yang amat penting bagi sesiapa yang pernah mengalami sebarang penyakit neurologi.

IKLAN

Matlamat rehabilitasi adalah untuk memulihkan keupayaan berfungsi dan kualiti hidup melalui rawatan berstruktur yang bermula dengan segera selepas fasa akut dan dijalankan oleh ahli perubatan pelbagai disiplin.

Rawatan Berteknologi Robotik Buat Pesakit Neurologi Kini Terdapat Di Malaysia

“Teknologi terkini seperti robotik memudahkan terapi berintensiti tinggi melalui pergerakan berulang, serta menggalakkan kesan neuroplastisiti dalam membantu otak belajar dan mendapatkan semula keupayaan fizikal yang hilang,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab, Hanafi Salehuddin.

Dengan Malaysia tidak lama lagi menjadi yang ramai penduduknya semakin tua, cabaran yang perlu dihadapi dalam profil demografi Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

PERANAN PENTING

Mengekalkan kehidupan sihat yang optimum, sama ada dalam keadaan sihat atau dalam tahap pemulihan selepas penyakit, adalah matlamat yang harus sentiasa ditumpukan oleh rakyat Malaysia kerana ia memberi kesan bukan sahaja kepada individu, tetapi juga orang tersayang dan warga komuniti.

IKLAN

Rehabilitasi memainkan peranan penting dalam menyokong kesediaan negara dalam hal ini. ReGen Rehab ialah usaha sama di antara Khazanah Nasional Berhad, dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia, dan Select Medical, salah satu syarikat hospital rehabilitasi terkemuka di Amerika.

Rawatan Berteknologi Robotik Buat Pesakit Neurologi Kini Terdapat Di Malaysia

Ia ditubuhkan untuk memajukan pembangunan perubatan rehabilitasi dan meningkatkan aksesnya untuk pesakit dan individu yang memerlukan.

Inisiatif (#StrongerTogether) oleh ReGen Rehab menawarkan sesi penilaian rehabilitasi percuma dan sesi percubaan percuma untuk rehabilitasi robotik kepada individu dan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan neurologi, seperti strok, kecederaan saraf tunjang, penyakit parkinson, penyakit motor neuron dan sklerosis berbilang. Tawaran ini akan bermula dari 1 Jun 2023 hingga 31 Julai 2023.

Buat masa sekarang terdapat dua jenis program Rehabilitasi Robotik. Yang pertamanya, peranti exoskeleton robotik yang disasarkan untuk pemulihan anggota bawah.

IKLAN

Terdiri daripada julat tetapan parameter yang kompleks dan berbilang untuk disesuaikan dengan kebolehan berjalan pesakit, exoskeleton robotik melahirkan zaman baharu pemulihan anggota bawah, membolehkan pesakit segera kembali kepada kebiasaan berjalan semula jadi mereka.

Sehubung dengan itu, program Hand Hub terdiri daripada tiga peranti robotik yang direka untuk pemulihan anggota atas.

Rawatan Berteknologi Robotik Buat Pesakit Neurologi Kini Terdapat Di Malaysia

Program ini bertujuan untuk merangsang pengaktifan otot, menggalakkan latihan tugas berfungsi, dan memberikan pengukuhan melalui pengalaman gamifikasi interaktif.

Program Hand Hub boleh digunakan untuk pesakit yang mempunyai pelbagai keperluan dan tahap keupayaan yang tersendiri.

Program Rehabilitasi Robotik di ReGen Rehab adalah satu kemajuan dalam bidang perubatan Malaysia, kerana ia menyediakan perkhidmatan yang biasanya lebih sukar dicapai melalui kaedah terapi tradisional.

Dengan pelaksanaan latihan yang tepat, disasarkan dan berulang, pesakit yang mempunyai sejarah strok atau kecederaan saraf tunjang akan berupaya untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anggota atas dan bawah mereka, dan akhirnya mendapat manfaat daripada pemulihan mobiliti yang dipercepatkan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI