
Jenama peranti pintar terkenal, realme meraikan ulang tahun ketujuhnya dengan kejutan teknologi yang cukup mengagumkan. realme memperkenalkan 15000mAh Ultra-High-Density.
Teknologi ini menggunakan 100% full silicon anode yang membolehkan ketumpatan tenaga (energy density) setinggi 1200 Wh/L—rekod tertinggi pernah dicapai dalam sebuah telefon pintar.
Secara praktikal, pengguna kini boleh menikmati sehingga empat hari penggunaan normal tanpa perlu mencari soket pengecas. Lebih mengagumkan, peranti dengan teknologi ini mampu merakam video berterusan selama 18 jam dan menonton video sehingga 53 jam tanpa henti.
Bagi anda pengguna yang aktif bergerak sama ada dari pejabat ke gym hingga ke hujung minggu penuh aktiviti, keupayaan ini ibarat pelindung daripada fenomena battery anxiety
.Selain bateri gergasi, realme turut melancarkan Chill Fan Phone, telefon pintar pertama dengan sistem penyejukan dalaman berasaskan thermoelectric cooler (TEC) .
Teknologi yang biasanya ditemui pada aksesori pendingin kini berjaya dikecilkan ke dalam peranti, seolah-olah telefon ini memiliki pendingin hawa mini.
Sistem ini mampu menurunkan suhu teras peranti sehingga 6°C ketika sesi intensif. Implikasinya jelas, pengguna boleh menikmati lebih 20 judul permainan berskala besar termasuk ‘Honkai: Star Rail dan Genshin Impact’ pada kadar bingkai tinggi tanpa masalah thermal throttling.
Untuk hardcore gamer atau power user, ini adalah revolusi yang menjanjikan prestasi konsisten sepanjang sesi panjang.
Kedua-dua inovasi ini lahir daripada pemahaman mendalam realme terhadap gaya hidup pengguna muda. Mereka mahukan telefon yang mampu menampung gaya hidup always-on strim video, gaming maraton, kerja jarak jauh dan juga penciptaan konten .
Bateri 15000mAh menjawab dilema kehabisan kuasa di tengah hari, manakala sistem Chill Fan menghapuskan rasa gusar akibat haba berlebihan. Inilah maksud sebenar realme sebagai jenama “coolest”. Ia bukan sahaja relevan, tetapi juga mendahului.
BACA: 6 Tip Wajib Sebelum Beli Jam Tangan Pintar Kecergasan
Dengan lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia, jenama ini bukan lagi sekadar challenger brand tetapi sudah menjadi kuasa besar yang mencabar standard industri. Dari startup pada 2018 kini ke jenama global dalam masa tujuh tahun, realme membuktikan fokus pada inovasi dan belia adalah strategi yang tepat .
Pelancaran bateri 15000mAh Ultra-High-Density dan Chill Fan Phone dari realme ini bukan sahaja memperkukuh posisi realme dalam industri, tetapi juga membuka dimensi baharu dalam cara kita menggunakan peranti.
Untuk lelaki moden yang mahukan telefon pintar yang tahan lama, bertenaga, dan konsisten dalam prestasi gaming, inilah definisi semula sebenar gaya hidup digital.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.