Kepada pemilik kereta Toyota baru, anda layak merebut peluang memenangi Toyota Vios Edisi Sports atau percutian ke Jepun bagi mengunjungi Tokyo Motor Show 2017. Kempen ‘Buy & Win’ berkenaan akan memilih dua pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah utama Vios Edisi Sports Edition dan 45 pemenang bakal memenangi tiket ke Tokyo Motor Show 2017. Lebih menarik pemenang tiket ke Tokyo berkenaan boleh membawa pasangan bersama untuk melihat pameran automotif tersebut.
Kempen yang bakal berakhir pada 30 September itu dianjurkan pada masa yang tepat. Ini kerana, pihak UMW Toyota Motor menawarkan rebat tunai sehingga RM5, 000 bagi model Vios, Camry, Hilux Double Cab, Corolla Altis, Fortuner, Sienta dan Avanza (bergantung kepada model).
Ads
Ads
Selain itu, pelanggan yang membeli Vios baharu juga akan menerima aksesori percuma bernilai RM4,000 manakala pembeli Corolla Altis akan menerima aksesori bernilai RM5,700. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, pembeli Vios juga berpeluang menikmati Ganjaran Merdeka bernilai RM500.
Ads
Untuk makluman, Vios Edisi Sports adalah inspirasi daripada kereta perlumbaan Vios Challenge yang akan memulakan perlumbaan pusingan pertama di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini. Model tersebut dijual pada harga RM85,000 seunit.
Sesebuah negara itu tidak akan mempunyai masa yang cerah tanpa generasi belia yang berkualiti. Disebabkan itulah usaha membantu golongan ini amat signifikan dalam melahirkan tenaga kerja serta generasi yang kaya dengan modal insan.
Sebagai pengedar utama Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage telah mengumumkan sebuah program geran untuk anak muda dan belia yang mempunyai keinginan dan cita-cita tinggi dalam dunia automotif. Ini bukanlah kali pertama program geran ini diperkenalkan oleh mereka.
Malah, program ini telah measuki tahun ketiga. Melihatkan kerjayaan menerusi dua sebelunya, Cycle & Carriage berasa cukup teruja untuk meneruskan program ini bagi tahun ketiga.
Objektif utama Cycle & Carriage dalam pemberian geran seumpamanya ialah membantu golongan belia dan anak muda di Malaysia untuk memberi akses kepada kualiti skil teknikal dan pendidikan vokasional. Cycle & Carriage bakal memberikan geran yang ditawarkan kepada calon-calon yang layak untuk tahun 2021.
“Individu yang mempunyai bakat merupakan sasaran utama kami untuk membantu perjalanan mereka. Oleh sebab itu, Cycle & Carriage percaya usaha membantu anak muda ini mampu manfaat kepada industri profesional seperti automotif.
“Setiap penerima geran akan mendapat sokongan untuk menyemarakkan lagi semangat mereka dalam bidang akademik dan karier profesional. Kami bersedia untuk menyambut dan menerima mana-mana nak muda berbakat ke dalam rangkaian kami termasuklah penempatan kerja tetap di Cycle & Carriage,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Wilfrid Foo.
Geran pendidikan ini membuktikan komitmen Cycle & Carriage sebagai salah satu usaha pembangunan sosial terhadap komuniti setempat dan menyokong pendidikan teknikal dan vokasional kebangsaan. Sejak diperkenalkan pada tahun 201, Cycle & Carriage telah membantu melancarkan kerjaya untuk 10 orang anak muda.
Jadi buat anda yang mungkin berminat untuk mendapatkan geran ini boleh ikuti syarat-syarat di bawah:
1. Belia warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas
2. Sedang mengikuti program atau telah menerima tawaran melanjutkan pendidikan dalam kursus automotif yang mendapat akreditasi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran dari Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Pendidikan Tinggi.
3. Pemohon mesti memiliki sekurang-kurangnya kredit dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat PT3, SPM atau SVM.
4. Datang dari keluarga yang memiliki pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah
Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan sehingga RM5,000 untuk pembelajaran maksimum selama tiga tahun. Penerima geran juga akan mendapat peluang intership ketika cuti semester di Cycle & Carriage.
Checklist servis kereta sebelum balik kampung, elak rosak tengah jalan. Balik kampung memang momen yang dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi bila nak sambut raya atau cuti panjang.
Sebelum memulakan perjalanan jauh, jangan lupa untuk pastikan kereta dalam keadaan tip-top. Benda terakhir yang kita tak nak berlaku ialah kereta buat hal tengah highway waktu semua bengkel tutup!
Jadi, ini checklist servis kereta yang wajib anda tengok sebelum gerak balik kampung.
Minyak enjin umpama darah untuk kereta. Kalau dah hitam legam atau dah lama tak tukar, eloklah servis dulu. Tukar sekali dengan penapis minyak (oil filter) untuk pastikan enjin kekal bersih dan lancar.
Bila nak tukar?
Setiap 5,000 – 10,000 km, bergantung pada jenis minyak enjin dan cara pemanduan kau.
Jangan pandang ringan hal penyejukan enjin. Pastikan air radiator cukup dan coolant masih berfungsi. Kalau tak, risiko enjin overheat memang tinggi, especially bila jem teruk waktu musim perayaan.
Tip: Periksa tangki simpanan air (reservoir) – kalau warna coolant dah bertukar atau berkarat, mungkin dah tiba masa untuk flush.
Satu lagi benda penting – sistem brek. Dengar bunyi pelik bila tekan brek? Pedal rasa lembik? Jangan ambil mudah. Pastikan pad brek tak haus dan minyak brek cukup.
Tip: Minyak brek kena tukar dalam 2-3 tahun sekali atau bila warna dia dah gelap.
Periksa keadaan bunga tayar – kalau dah botak, tukar! Jangan kompromi dengan keselamatan. Sekali licin waktu hujan, boleh jadi bahaya. Jangan lupa check tekanan angin termasuk tayar spare.
Tip: Tekanan angin boleh rujuk dekat pintu pemandu, biasanya ada sticker.
Bateri yang lemah boleh buat kereta gagal start – mimpi ngeri bila dah bersiap nak balik kampung. Periksa tarikh luput, tahap cas, dan bersihkan terminal dari karat.
Simptom bateri lemah: Lampu malap, enjin ‘crank’ perlahan, atau bunyi klik masa start.
Lampu depan, belakang, signal, brek – semua kena berfungsi. Wiper pula penting kalau hujan lebat masa drive. Kalau dah mula tinggalkan kesan atau bunyi geseran, tukarlah yang baru.
Perjalanan jauh tanpa aircond? No, thank you. Periksa penapis kabin (cabin filter) dan pastikan aircond sejuk. Bukan untuk keselesaan je, tapi juga untuk elakkan tingkap berwap waktu hujan.
Ramai lupa minyak gearbox (transmission fluid) dan power steering. Kalau manual, minyak gear pun perlu diberi perhatian. Tanda-tanda perlu tukar biasanya bila gear masuk susah atau stereng rasa berat.
Sediakan kit kecemasan – jack, spanar, segi tiga amaran, dan kabel jumper. Powerbank untuk cas telefon pun elok standby.
Kalau rasa tak pasti, lebih baik hantar ke bengkel trusted untuk buat pemeriksaan penuh. Sekali pandang bawah enjin, brek, suspensi, dan drive belt pun boleh selamatkan kau dari masalah besar.
Balik kampung dengan hati tenang bermula dari kereta yang diservis sempurna. Jangan kedekut masa dan duit untuk jaga keselamatan diri, keluarga, dan pengguna jalan raya lain.
Sambutan bulan kemerdekaan dan juga Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September lalu disambut dengan cukup meriah di seluruh negara. Aura semangat patriotisme yang mengalir di jiwa setiap rakyat Malaysia ditonjolkan dengan cara masing-masing.
Salah satu acara meraikan Hari Malaysia yang cukup menarik perhatian MASKULIN ialah Perhimpunan BMW M terbesar pernah diadakan di negara kita.
Penggerak acara tersebut, BMW Group Malaysia dan juga komuniti pemilik M di Malaysia memberikan penghormatan istimewa sempena Hari Malaysia ke-59 dengan perhimpunan serba unik.
Lebih menarik ia melibatkan lebih 120 buah kenderaan BMW M yang merentasi pelbagai generasi. Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Tahun ini, sementara kita meraikan sejarah BMW M selama lima dekad sebagai sebuah pasukan, kita juga perlu menyuluh semangat perpaduan yang dipamerkan oleh warga Malaysia sebagai sebuah negara selama 59 tahun.
“Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyaksikan semangat yang dikongsi bersama oleh warga Malaysia terhadap jenama ini, yang bukan sahaja mendemonstrasikan kebanggaan dan cinta mereka ke atas divisyen sukan permotoran tersebut, tapi juga buat Malaysia pada hari yang begitu bermakna. Kami berharap Aksara Terunggul di Dunia ini akan terus memberi ilham kepada komuniti BMW M kita di sini.”
Atas sebahagian daripada sambutan Hari ///Malaysia, BMW Group Malaysia juga telah menghadiahkan para pemenang bagi pencarian jentera BMW M yang tertua di Malaysia bagi setiap siri model – sebuah peraduan nasional yang dianjurkan pada bulan Mei tahun ini, bersempena dengan 50 Jahre M.
Tiga daripada enam model BMW M pemenang telah diperagakan di perhimpunan Hari Malaysia tersebut untuk tatapan umum.
Berikut merupakan senarai pemenang (bukan dalam turutan tertentu):
1. Han Kim Leng, 1981 BMW M535i (E12)
2. Harris Mah Kar Keat – 1988 BMW M3 (E30)
3. Lim Shin Tom – 1991 BMW M5
4. Gan Kian Yeh – 2006 BMW M6 (E63)
5. Tan Kai Che – 2015 BMW M4
6. Tee Yee Jiuh – 2017 BMW M2
“Kami benar-benar tersentuh dengan sokongan padu yang dicurahkan oleh para pemilik dan peminat BMW M di Malaysia, banyak daripada mereka yang telah bersama dengan kami dalam meraikan aspirasi jenama ini selama lima dasawarsa untuk meneruskan kecemerlangannya dalam sukan permotoran.
“Sokongan tidak berbelah bahagi mereka telah menjadi tonggak kejayaan kami di sini, dan Hari ///Malaysia merupakan lambang perpaduan dan kebanggaan sebenar yang telah dipamerkan oleh komuniti BMW M Malaysia,” simpul Hans.
Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi mempukul rasa kasih dan cinta kepada negara tercinta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.