Hobi & Minat

Red Bull Dance Your Style Asia Tour 2026 Tiba di Malaysia, Pentas Global Untuk Street Dance Tempatan

Share

Red Bull Dance Your Style Asia Tour 2026 membawa budaya street dance di Malaysia ke satu tahap baharu apabila negara ini buat pertama kalinya menjadi salah satu hentian rasmi jelajah berprestij ini.

Debut ini bukan sekadar satu acara, tetapi satu pengiktirafan bahawa Malaysia semakin berkembang sebagai hab penting dalam dunia tarian jalanan di peringkat serantau dan global.

Dengan kemasukan Malaysia dalam jelajah ini, jurang antara bakat tempatan dan pentas antarabangsa kini semakin rapat, membuka peluang kepada penari tempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan ikon dunia.

Kehadiran Bintang Dunia di Red Bull Dance Your Style Asia Tour 2026

Apa yang menjadikan hentian Malaysia lebih menarik ialah kehadiran empat nama besar dalam dunia street dance global. Antara yang bakal tampil ialah Waackxxxy dari Korea Selatan, juara dunia Red Bull Dance Your Style 2023, serta The D Soraki dari Jepun yang merangkul gelaran juara dunia 2022.

Turut menyertai barisan ini ialah Majid dari Jerman, juara pertandingan Got To Dance, serta Poppin C dari Switzerland, juara Red Bull Dance Your Style Switzerland.

Kehadiran barisan ini bukan sekadar untuk persembahan, tetapi juga sebagai platform perkongsian ilmu dan pengalaman.

Bengkel Eksklusif & Pendedahan Antarabangsa

Pada 6 April, para penari bertaraf dunia ini akan mengadakan bengkel eksklusif bersama komuniti tempatan. Ini merupakan peluang yang jarang diperoleh, di mana penari Malaysia boleh mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai teknik, disiplin dan mentaliti yang diperlukan untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Melalui Red Bull Dance Your Style Asia Tour 2026, peserta bukan sahaja belajar gerakan, tetapi juga memahami bagaimana membina identiti unik dalam dunia street dance yang kompetitif.

Showcase Urban di Tengah Kuala Lumpur

Momentum acara ini diteruskan pada 7 April menerusi persembahan langsung di Lot 10, Bukit Bintang. Acara ini dijangka menjadi tumpuan apabila penari antarabangsa dan tempatan berkongsi pentas dalam suasana urban yang penuh tenaga di tengah kota Kuala Lumpur.

Lebih daripada sekadar showcase, ia adalah pertembungan gaya, kreativiti dan ekspresi yang menjadi nadi kepada budaya street dance itu sendiri.

Waackxxxy dari Korea Selatan meraikan Kemenangannya di Red Bull Dance Your Style World Final di Festhalle di Frankfurt, Jerman pada 4 November 2023

Laluan ke Pentas Dunia

Namun, apa yang lebih besar di sebalik Red Bull Dance Your Style Asia Tour 2026 adalah laluan ke pentas dunia.

Hentian Malaysia ini sebenarnya menjadi langkah awal menuju Kelayakan dan Final Serantau Red Bull Dance Your Style Asia Tenggara yang pertama, yang akan berlangsung di Singapura pada 25 April.

Penari dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Timor Leste dan Vietnam akan bersaing untuk merebut tempat ke Final Dunia di Zurich, Switzerland.

Ini menjadikan platform ini bukan sekadar acara hiburan, tetapi peluang sebenar untuk bakat tempatan menembusi pentas antarabangsa.

Street Dance Kini Arus Perdana

Dalam konteks gaya hidup moden, street dance kini bukan lagi sekadar subkultur, tetapi satu bentuk ekspresi diri yang semakin diterima arus perdana. Ia menggabungkan muzik, fesyen dan attitude dalam satu pakej yang unik.

Dengan kehadiran Red Bull Dance Your Style Asia Tour 2026 di Malaysia, ia memberi signal jelas bahawa negara ini sudah bersedia untuk berada dalam radar global.

Persoalannya sekarang, siapa yang akan muncul sebagai wajah baharu dari Malaysia untuk menembusi pentas dunia?

Spectators enjoy the Red Bull Dance Your Style World Finals in Los Angeles, USA on October 11, 2025. // Lucas Gilman / Red Bull Content Pool // SI202510141001 // Usage for editorial use only //

Apa yang pasti, jalan itu kini terbuka. Platform seperti ini membuktikan bahawa bakat tempatan mempunyai ruang untuk berkembang, bersaing dan bersinar di peringkat global jika diberi peluang yang tepat.

BACA: Kasut Larian China Semakin Hebat, Mampukah Cabar Dominasi Jenama Gergasi?

Dengan momentum yang dibawa oleh Red Bull Dance Your Style Asia Tour 2026, masa depan street dance Malaysia kini kelihatan lebih cerah dan penuh potensi.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim