
Musim Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 mungkin telah melabuhkan tirainya, namun nadi sukan permotoran tempatan terus berdenyut kencang. Red Bull Malaysia sekali tampil memainkan peranan sebagai antara pemacu utama pembangunan bakat tempatan.
Dalam perkembangan terbaru Red Bull Malaysia memperbaharui kerjasama strategik bersama tiga pasukan terkemuka, iaitu 31 Racing, Maju Motor Racing dan CKJ Racing.
Pembaharuan kerjasama ini bukan sekadar kesinambungan penajaan, sebaliknya mencerminkan komitmen jangka panjang Red Bull Malaysia dalam membangunkan ekosistem sukan permotoran negara.
Dalam satu majlis penghargaan eksklusif yang dianjurkan sempena penutup musim 2025, Red Bull meraikan pencapaian para pelumba, pasukan serta individu di belakang tabir yang menjadi tulang belakang kejayaan Cub Prix Malaysia.
Sepanjang musim 2025, ketiga-tiga pasukan ini memperlihatkan prestasi konsisten dan semangat daya saing yang tinggi, sejajar dengan identiti Cub Prix sebagai pentas pembangunan bakat paling penting dalam arena perlumbaan dua roda tempatan.
Pembaharuan kerjasama bagi musim 2026 membuka lembaran baharu yang lebih menjanjikan, dengan fokus bukan sahaja kepada kemenangan di litar, tetapi juga pembangunan bakat secara menyeluruh.
Menurut Adelene Tay, Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, sokongan berterusan ini didorong oleh nilai yang sama dikongsi antara jenama dan komuniti perlumbaan.
“Musim demi musim, kami melihat sendiri semangat, ketabahan dan keazaman para pelumba yang semakin terserlah. Hal ini mengukuhkan matlamat kami untuk terus komited meraikan semangat perlumbaan motosikal di Malaysia.
“Kolaborasi ini merupakan inisiatif kami dalam menyokong individu yang membentuk dunia sukan permotoran Malaysia, termasuk para pelumba, kru dan semua yang bekerja di belakang tabir bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar,” tambahnya lagi.
Dalam majlis tersebut, Red Bull Malaysia turut menyampaikan cenderamata penghargaan kepada pemilik pasukan, iaitu Encik Che Ku Jonaidi, Encik K. Sivanesan dan Encik Yong Yin Hoe.
Ia simbolik pengiktirafan terhadap kepimpinan serta dedikasi mereka dalam membentuk pelumba dan pasukan yang kompetitif.
Tidak dilupakan, para mekanik, jurutera dan kru sokongan yang menjadi wira senyap di paddock turut diraikan atas komitmen tanpa henti mereka sepanjang musim.
Selain meraikan kejayaan sukan permotoran, Red Bull Malaysia turut memperkenalkan Red Bull Zero, minuman tenaga tanpa gula yang menawarkan tenaga ikonik Red Bull tanpa kompromi.
Direka untuk memenuhi gaya hidup moden yang aktif dan mencabar, Red Bull Zero hadir sebagai pilihan untuk mereka yang mahukan fokus dan tenaga sepanjang hari, sama ada di litar, di tempat kerja mahupun dalam kehidupan seharian.
Minuman ini ditawarkan dalam tin 250ml dan boleh didapati di pasar raya utama serta kedai serbaneka di seluruh negara.
BACA: Kajian Dapati Makanan Ultra Diproses Buat Hilang Kawalan Makan Walaupun Sudah Kenyang
Menjelang musim 2026, Red Bull Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus menyokong generasi baharu pelumba tempatan.
Dengan Cub Prix kekal sebagai platform asas pembangunan bakat, kerjasama erat antara jenama, pasukan dan komuniti dijangka terus memperkukuh landskap sukan permotoran Malaysia.
Lebih daripada sekadar penajaan, pendekatan Red Bull memperlihatkan bagaimana tenaga, ketahanan dan semangat boleh digabungkan untuk memacu masa depan sukan dua roda tempatan.
Dengan asas yang semakin kukuh, musim akan datang bukan sekadar menjanjikan persaingan sengit di litar, tetapi juga pertumbuhan bakat yang mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas serantau dan antarabangsa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.