Rejim Pembersih Wajah Lelaki Urban

Share

Double Scrub Deep Clean Extra Cool

Mengandungi Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox. Ia dapat membersihkan segala kotoran, menanggalkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam dengan berkesan. Memberikan kawalan minyak berterusan dan kulit yang bersih sepenuhnya dalam satu-langkah. Selain itu juga, menawarkan sensasi amat dingin yang menyegarkan. Alamilah kesegaran ekstra ini terutama penggunaan selepas beriadah atau menjalani aktiviti bersukan.

SK-II Men Brightening Serum

Kuasa unggul dalam kombinasi Pitera dan ‘Vibrant Bright Complex’. Esen terhadap penggunaan serum harian dalam mencerahkan kulit dengan memperbaiki tona kulit dan tekstur dalam masa hanya empat minggu. Direka secara eksklusif buat lelaki masa ini, ia berkesan dalam mencerahkan tatkala bertindak mengurangkan penghasilan melanin selain melembut dan memperbaiki tekstur kulit agar kekal sempurna.

LAB Series Power Wash

Gel pembersih wajah yang kaya dengan ‘enzymatic’ membersihkan secara mendalam dan bertindak membuang kotoran, minyak dan pencemaran serta menutupi pori dengan tidak mengubah keseimbangan PH semula jadi kulit. Kulit akan menjadi lebih lembut, licin, segar, dan bersedia untuk melakukan cukuran terhadap rambut di wajah.

Biotherm Homme Force Supreme Life Essense & Youth Boosting Skin Treatment

“The story of my life is written on my skin. Don’t expect to read it on my face. I use Biotherm Homme Force Supreme serum to reshape my skin. I also recently discovered the new Force Supreme Life Essence which is really a booster in the morning.”

– David Beckham. Diformulasikan khas buat kulit lelaki, formula ‘highest-dosed Life Plankton’ diperkasakan untuk mengaktif aura kekuatan kulit.
IKLAN