Mengandungi Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “DeepDetox”. Ia dapat membersihkan segala kotoran, menanggalkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam dengan berkesan. Memberikan kawalan minyak berterusan dan kulit yang bersih sepenuhnya dalam satu-langkah. Selain itu juga, menawarkan sensasi amat dingin yang menyegarkan. Alamilah kesegaran ekstra ini terutama penggunaan selepas beriadah atau menjalani aktiviti bersukan.
Ads
SK-II Men Brightening Serum
Kuasa unggul dalam kombinasi Pitera dan ‘Vibrant Bright Complex’. Esen terhadap penggunaan serum harian dalam mencerahkan kulit dengan memperbaiki tona kulit dan tekstur dalam masa hanya empat minggu. Direka secara eksklusif buat lelaki masa ini, ia berkesan dalam mencerahkan tatkala bertindak mengurangkan penghasilan melanin selain melembut dan memperbaiki tekstur kulit agar kekal sempurna.
Ads
LAB Series Power Wash
Gel pembersih wajah yang kaya dengan ‘enzymatic’ membersihkan secara mendalam dan bertindak membuang kotoran, minyak dan pencemaran serta menutupi pori dengan tidak mengubah keseimbangan PH semula jadi kulit. Kulit akan menjadi lebih lembut, licin, segar, dan bersedia untuk melakukan cukuran terhadap rambut di wajah.
Biotherm Homme Force Supreme Life Essense&Youth Boosting Skin Treatment
“The story of my life is written on my skin. Don’t expect to read it on my face. I use Biotherm Homme Force Supreme serum to reshape my skin. I also recently discovered the new Force Supreme Life Essence which is really a booster in the morning.” – David Beckham. Diformulasikan khas buat kulit lelaki, formula ‘highest-dosed Life Plankton’ diperkasakan untuk mengaktif aura kekuatan kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pull-up merupakan salah satu bentuk senaman tubuh badan yang paling berkesan untuk membina kekuatan otot bahagian atas badan. Ini terutamanya pada bahagian belakang, bahu, dan juga lengan.
Namun, bagi kebanyakan orang, ia juga merupakan senaman yang mencabar. Sekiranya dilakukan dengan betul dan konsisten, pull-up dapat memberikan perubahan ketara pada tubuh dalam masa tiga bulan.
Senaman pull-up melibatkan banyak pergerakan otot secara serentak. Ia senaman kompaun yang menyasarkan otot latissimus dorsi (bahagian belakang yang lebar), biceps, trapezius, serta otot teras.
Bukan sahaja ia meningkatkan kekuatan otot, tetapi ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, postur yang lebih baik, serta keseimbangan badan.
Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, teknik yang betul sangat penting. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk melakukan pullup dengan betul:
Jika anda sukar untuk melakukan pullup, terdapat beberapa cara untuk memudahkan senaman ini sambil membina kekuatan:
Untuk melihat hasil yang ketara dalam masa tiga bulan, konsistensi adalah kunci. Berikut adalah jadual asas yang boleh diikuti oleh pemula:
Dengan mengikuti panduan di atas, anda boleh mengharapkan untuk melihat peningkatan dalam kekuatan otot, terutama pada otot belakang, bahu, dan lengan.
Melakukan pull-up dalam masa tiga bulan, tubuh anda akan lebih kencang, postur akan lebih baik, dan kekuatan badan bahagian atas akan bertambah.
Selain itu, pullup juga membantu meningkatkan keyakinan diri kerana ia merupakan salah satu tanda kemampuan fizikal yang tinggi.
Buat dengan konsisten, anda boleh merasakan perubahan bukan sahaja pada fizikal tetapi juga dari segi mental. Apabila berjaya capai sasaran ia akan memberikan motivasi yang cukup luar biasa.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat.
Seorang daripada setiap lima orang berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang 6 jam berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Bagi lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas. Manakala, tidur lebih dari 9 jam pula akan menyebabkan penyakit kardiovaskular.
Sukan pickleball kini bukan lagi sekadar aktiviti santai hujung minggu. Di Malaysia, popularitinya terus melonjak dengan komuniti pemain yang semakin berkembang merentasi pelbagai peringkat umur dan tahap permainan.
Perkembangan itu jelas dapat dilihat menerusi Skechers International Pickleball Tournament – Malaysia Edition 2026 yang berjaya mencatat rekod terbesar sejak diperkenalkan empat tahun lalu.
Berlangsung di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya pada 8 hingga 10 Mei lalu, kejohanan kali ini menghimpunkan seramai 1,282 pemain dari 14 negara. Ini termasuklah Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.
Secara keseluruhan, lebih 1,600 perlawanan berlangsung merentasi 29 kategori dengan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 dipertandingkan.
Menurut Skechers Malaysia, kejohanan tahun ini mencatat peningkatan penyertaan yang cukup signifikan. Peningkatan sebanyak 38 peratus dapat disaksikan berbanding edisi sebelum ini. Ia sekali gus membuktikan pickleball masih semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara paling mencuri perhatian ialah pengenalan semula kategori Junior Bawah 18 Tahun atau U18 yang membuka peluang kepada generasi muda menyertai pertandingan bertaraf kompetitif.
Sebanyak 34 pemain junior mengambil bahagian, dengan peserta termuda berusia hanya 11 tahun.
Bagi ramai pemain muda ini, kejohanan tersebut menjadi pengalaman pertama mereka bersaing dalam persekitaran rasmi bertaraf DUPR atau Dynamic Universal Pickleball Rating.
Selain menghimpunkan pemain antarabangsa, kejohanan ini turut menjadi platform penting untuk mengetengahkan bakat pickleball tempatan.
Antara yang mencuri perhatian ialah atlet Skechers, Colin Wong yang kini semakin menyerlah di pentas antarabangsa selepas dipilih menyertai UPA Asia Trailblazers Class of 2026 untuk saingan profesional di Amerika Syarikat.
Turut beraksi ialah pasangan wanita negara Delia Arnold dan Toi Sieu Ee yang kini antara gandingan beregu wanita terbaik Malaysia dalam litar kompetitif pickleball.
Menurut Delia Arnold, kejohanan seperti ini memberi peluang kepada pemain untuk belajar daripada pelbagai gaya permainan selain meningkatkan tahap kompetitif masing-masing.
“Apa yang menarik ialah sesiapa sahaja boleh bermain di sini, daripada pemain junior hinggalah pemain berpengalaman dari luar negara.
“Dan kerana setiap perlawanan menyumbang kepada ranking DUPR, pemain dapat melihat dengan lebih jelas tahap sebenar mereka,” katanya.
Dalam kategori utama Open 19+ Men’s Singles, Phoenix He muncul juara selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang kejohanan.
Bagi kategori Women’s Singles pula, Jas Almaguer berjaya merangkul gelaran juara selepas mengatasi persaingan sengit dalam saingan akhir.
Sementara itu, kategori beregu lelaki Open 19+ dimenangi Marco Leung dan Vanshik Kapadia manakala kategori Mixed Doubles pula dimenangi pasangan Man Kwan Wun dan Syed Uzair Sufi.
Selain aksi di gelanggang, kejohanan ini turut menjadi platform untuk Skechers memperkenalkan koleksi kasut pickleball Viper Court yang direka khas untuk pergerakan pantas dan aksi kompetitif sukan tersebut.
Antara model yang diperkenalkan termasuk Viper Court Pro 2.0, Viper Court Rally, Viper Court Reload serta Hands Free Slip-ins Viper Court Elite 2.0.
Koleksi ini direka untuk memberikan kestabilan, cengkaman dan keselesaan optimum ketika melakukan pergerakan lateral, pivot dan rally pantas di gelanggang.
Secara keseluruhannya, kejohanan ini memperlihatkan bagaimana pickleball kini semakin berkembang daripada sekadar sukan rekreasi kepada arena kompetitif yang serius di Malaysia.
Dengan peningkatan jumlah pemain, penglibatan generasi muda dan sokongan jenama antarabangsa seperti Skechers, sukan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang