Demam disusuli tubuh menggigil waktu tengah malam kerana kedinginan adalah antara petanda paru-paru dijangkiti kuman atau lebih dikenali sebagai pneumonia.
Gejala lain yang biasa dialami pesakit pneumonia adalah batuk yang mengeluarkan kahak yang kadangkala berwarna kuning atau hijau serta mengalami sesak nafas. Jangkitan kuman menyebabkan pundi atau alveoli di dalam paru-paru yang berfungsi menyerap oksigen dipenuhi cecair yang menyukarkan pesakit untuk bernafas.
Organisma yang paling kerap menjadi punca pneumonia adalah Streptoccocus pneumoniae iaitu sebanyak 50 peratus dan 20 peratus lagi disebabkan Haemophilus influenzae.
Kanak-kanak muda, pesakit tua, perokok, pesakit yang mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis adalah golongan paling berisiko mengalami pneumonia.
Membunuh empat juta setiap tahun
Ads
Secara global, pneumonia dijangka akan dihadapi oleh kira-kira 450 juta pesakit dan membunuh empat juta orang setiap tahun. Dengan rawatan sewajarnya pesakit akan pulih dalam masa tiga hingga tujuh hari sekiranya jangkitan yang dialami tidak terlalu teruk.
Sekiranya jangkitan lebih serius, pneumonia boleh membawa kepada penyakit paru-paru bernanah dan bagi pesakit yang tenat, mereka perlu diberi bantuan pernafasan dan malangnya ada yang maut.
Rawatan biasanya dengan mendapatkan rehat secukupnya, pengambilan ubat antibiotik, ubat mengurangkan demam seperti paracetamol serta kemasukan air menerusi salur darah (IV). Sesetengah pesakit mungkin memerlukan oksigen dalam tempoh diperlukan serta bantuan fisioterapi untuk membantu mereka mengeluarkan kahak.
Pesakit yang tenat memerlukan alat bantuan pernafasan bagi membantu mereka mendapatkan oksigen.
Ads
Kanak-kanak, orang tua berisiko tinggi diserang
Kadar kematian akibat pneumonia boleh mencecah sehingga 10 peratus disebabkan kekurangan oksigen, jangkitan kuman yang terlalu kuat untuk sistem pertahanan badan atau disebabkan organ lain tidak cukup kuat. Kebanyakan pulih sepenuhnya tetapi bagi sesetengah pesakit, terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga tua, pneumonia boleh mengurangkan kekuatan paru-paru mereka.
Paru-paru yang lemah akan mendedahkan pesakit sekali lagi kepada serangan pneumonia pada masa depan. Bagaimanapun, terdapat vaksin bagi melawan kuman Streptococcus pneumoniae bagi mengurangkan risiko mendapat pneumonia bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Vaksin terbukti mampu mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini.
Ads
INFO: Gejala pneumonia
– Batuk.
– Demam.
– Bernafas termengah mengah.
– Menggigil dan gigil bergeser akibat kedinginan.
– Sakit dada yang semakin sakit apabila batuk atau ketika menarik nafas.
– Denyut jantung laju.
– Merasa letih atau sangat lemah.
– Loya dan muntah.
– Cirit birit.
# Bagaimana pneumonia bermula: – Apabila kuman masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas. – Lebih cenderung dialami selepas mengalami demam dan selesema. – Mengalami penyakit kronik dalam jangka masa panjang seperti asma, jantung, barah atau diabetes.
# Adakah paru-paru berair sama dengan pneumonia?
– Paru-paru berair berlaku akibat cecair berlebihan di dalam paru-paru
– Berpunca daripada penyakit jantung.
# Langkah mencegah pneumonia: – Berhenti merokok. – Elakkan diri daripada terdedah kepada menghidu asap perokok. – Prihatin dengan keadaan persekitaran tercemar dengan melindungi diri. – Senaman dapat meningkatkan stamina dan kekuatan paru-paru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama pengeluar barangan elektrik terkenal dari Jepun, baru-baru ini mengumumkan kempen terbarunya yang menawarkan hadiah cukup menarik.
Kempen ‘Beyond Details Beli & Menang’ diumumkan Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd. (TSS) serentak dengan pembukaan besar bilik pameran baharunya. Ia merupakan bilik pamerandiubah suai dengan pelaburan sebanyak RM500,000.
Menurut Toshiba, ‘Beyond Details Beli & Menang’ berlangsung bermula 1 Ogos 2024 hingga 15 Januari 2025. Lebih menarik, pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah Lexus ES250 Premium bernilai RM350,000.
Ia merupakan peluang keemasan buat pelanggan setia Toshiba untuk meraih hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan dari mereka.
Menurut Pengurus Besar TSS, En. Desmond Chong, “Kempen Beyond Details Beli & Menang adalah peluang yang mendebarkan untuk kami memberi kembali kepada pelanggan yang luar biasa.
“TSS sangat teruja untuk menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat sebagai tanda penghargaan kami yang tulus di atas kesetiaan dan kempen ini adalah cara untuk menunjukkan rasa terima kasih kami.”
KOMITMEN BESAR
Pelaburan besar dalam menaik taraf bilik pameran TSS adalah bukti komitmen syarikat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di Malaysia.
“Kami mahu pelanggan kami merasai produk berkualiti tinggi Toshiba dari saat mereka memasuki bilik pameran kami,” tambahnya lagi.
Bilik pameran yang telah diubah suai kini menawarkan pelbagai inovasi terkini dari Toshiba. Antara produk yang dipamerkan termasuk peti sejuk slot-masuk inovatif gaya JAPANDi.
Selain Kempen Beyond Details Beli & Menang, TSS juga melancarkan ‘Kempen Sama-Sama Gemilang’ yang akan berlangsung dari 1 Ogos 2024 hingga 30 September 2024.
TSS turut menamatkan ‘Kempen Sama-Sama Raya, Sama-Sama Gembira’ yang berlangsung dengan meriah.
Menerusi kempen ini, jongkong emas halus 999.9 bernilai RM10,000 telah disampaikan kepada seorang pemenang hadiah utama, manakala bar emas halus 999.9 bernilai RM1,000 diberikan kepada 10 pemenang bertuah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Yeezy effect! Menjadikan figura terkenal Kanye West sebagai inspirasi utama dalam rekaan bomber jacket ini sememangnya kena dengan penggayaan yang lebih santai, urban dan hipster. Penggunaan tekstur yang berbeza memberi kepelbagaian dalam rekaan bomber jacket ini.
CHECKED MATES!
Bosan dengan rekaan yang serba kosong? Barangkali pereka antarabangsa seperti Raf Simmons, Bottega Veneta dan Junya Watanabe menghasilkan corak petak yang lebih moden serba kreatif menghilangkan rasa bosan untuk pentas fesyen lelaki. Lebih berinovasi dan unik dalam gaya fesyen lelaki hari ini. Meskipun dilihat sedikit klasik dan retro, namun ia masih memberi impak mewah dengan penggunaan corak checks, woolly tartans and crisp windowpane patterns. Sekali gus menghidupkan pentas fesyen lelaki kali ini.
REAL GENTLEMAN
Mengapa masih mahu berada dalam kelompok yang sama? Penggunaan warna merah jambu dalam penggayaan lelaki semasa bukan dilihat sebagai mematahkan aura maskulinnya, malah ia lebih menyerlah dan memberi satu daya tarikan pada orang ramai. Dusty pink, mahupun dark pink mencetus fenomena dalam trend rangkaian koleksi lelaki untuk masa kini.
ROYAL PALACE
Perincian gold serta silver, penggunaan fabrik berstruktur berat seperti velvet mampu menghasilkan ciptaan rekaan yang serba mewah dan lebih agung. Mana tidaknya, padanan rekaan kot berlabuh panjang serta tambahan aksesori ala brocade menaikkan unsur Victoria pada era 60-an. Namun, dari segi silhouette masiih tampak moden dan eksklusif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah tumit kaki merekah ini terjadi tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Walaupun masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum perempuan. Biasanya tumit kaki merekah ini tidak bukanlah masalah yang serius tetapi boleh mendatangkan rasa segan dan tidak selesa kepada kita. Bagi lelaki mungkin mereka tidak begitu mengambil serius akan masalah tumit merekah ini asalkan tidak menjadi masalah lain buat mereka seperti mendatangkan rasa sakit, kaki berbau dan tiada jangkitan kuman pada kaki mereka. Bagi yang perempuan pula, mereka biasanya lebih mengambil serius masalah kaki merekah kerana ia berkait rapat dengan penampilan mereka.
Selain itu, tumit kaki merekah juga kadang-kadang boleh dijadikan ukuran sejauh mana seseorang itu menjaga kebersihan dan kecantikan diri mereka.
Dibawah ini adalah beberapa petua tips cara merawat tumit kaki merekah atau pecah:-
Minum air banyak-banyak, kekurangan air boleh menjadikan kulit cepat kering dan merekah.
Mengawal berat badan, berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada kaki kita dan menjadi salah satu punca tumit kaki merekah
Menggunakan kasut atau selipar yang sesuai, selesa dipakai dan tidak ketat
Menggunakan stokin ketika menggunakan kasut
Sapukan getah betik di tumit kaki dan gosok perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering sebelum anda cuci dengan air.
Kisar buah avocado hingga hancur dan sapukan & gosokan pada tumit kaki yang merekah atau pecah. Biarkan sehingga kering sebelum cuci dengan air bersih.
Menggunakan asam keping yang dimasukan ke dalam besen yang diisi dengan air suam. Kemudian anda rendamkan sahaja kaki anda dalam besen tersebut untuk jangka masa sekitar 30minit.Cara ini juga boleh membantu menghilangkan bau kaki anda.
Sapukan minyak zaitun pada bahagian tumit kaki yang merekah setiap hari.
Gunakan nasi yang anda makan itu dan lenyekan di bahagian tumit kaki yang bermasalah.
Anda juga boleh pergi ke kedai farmasi dan membeli krim untuk merawat masalah tumit kaki merekah jika anda malas untuk gunakan cara merawat tumit kaki merekah yang disenaraikan di atas.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.