KUALA LUMPUR, 18 Mei — Menjelang sambutan Aidilfitri Ahad ini, cubaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing dilaporkan semakin meningkat.
Sebanyak 1,248 kenderaan diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika cuba melepasi sekatan jalan raya pada Sabtu manakala sehari sebelumnya sebanyak 508 kenderaan turut diarah berbuat demikian.
Walaupun perjalanan melebihi radius 10 km sudah dibenarkan dan tiada lagi had perjalanan hanya sehingga 10 malam, namun pergerakan merentas negeri masih lagi belum dibenarkan.
Ads
Ini kerana tindakan merentas negeri boleh menyumbang kepada risiko jangkitan COVID-19 kepada keluarga masing-masing.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan kegusaran dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.
Ads
Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga semalam, sebanyak 971 kes positif COVID-19 iaitu 14.1 peratus daripada keseluruhan 6,894 kes mempunyai sejarah merentas negeri.
Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri dengan sepuluh daripada kluster itu masih aktif.
Sementara itu, mengenai pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkara berkenaan dijangka dimuktamadkan hari ini.
Plastik adalah polimer organik yang mempunyai jisim molar (molar mass) yang tinggi. Biasanya plastik diperbuat secara sintetik daripada bahan petrokimia.
Penggunaan plastik kini adalah sangat meluas bagi menggantikan bahan yang diperbuat daripada kayu, batu, kulit, metal, kaca dan seramik terutamanya perabot (kerusi, meja plastik), bekas makanan dan minuman, paip air, alat tulis dan sebagainya disebabkan kos pengeluaran yang lebih murah dan sifatnya yang tidak mudah pecah/retak/patah. Antara jenis-jenis plastik yang digunakan secara meluas adalah polycarbonate (PC), polyester(PES), polyethylene (PE), polyvinyl chloride (PVC) dan polystyrene (PS).
Pembungkus plastik, botol air pakai-buang (disposable), botol susu bayi dan cawan (rujuk Gambar 1) biasanya mengandungi bisphenol A (BPA), sejenis bahan kimia berbahaya yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik seperti polycarbonate dan epoxy resins seperti glu/gam dan saduran (coating).
BPA mampu bertindak sebagai oestrogen yang berpaut pada reseptor yang sama di dalam badan dan memberi kesan buruk kepada hormon dan sistem reproduksi (reproductive system) dan kesuburan (fertility) [1]. BPA mampu ‘larut’ (leach) dari plastik ke dalam makanan dan minuman melalui air.
Disebabkan bahaya dan kesan buruk BPA kepada kesihatan dan susulan daripada tekanan masyarakat awam (public pressure), beberapa negara telah mengharamkan penggunaan BPA dalam pembuatan plastik seperti negara-negara Kesatuan Eropah (European Union) bermula pada tahun 2011. Tambahan lagi, meskipun tiada kajian sains mendapati BPA sebagai penyebab kanser, tetapi ia telah diklasifikasikan sebagai bahan yang berisiko tinggi yang menyebabkan kanser (high risk to be carcinogen).
Gambar 1. Botol air dan botol susu yang biasanya mengandungi BPA
Susulan daripada pengharaman BPA (rujuk Gambar 2) di beberapa buah negara, kajian telah dilakukan untuk menggantikan BPA dengan bahan lain. Salah satu pengganti BPA adalah fluorene-9-bisphenol (BHPF). Tetapi malangnya, kajian juga mendapati BHPF juga bertindak sama seperti BPA – iaitu berpaut pada reseptor oestrogen dalam badan.
Jianying Hu (Peking University, Beijing) mendapati dalam 100 orang pelajar kolej yang minum air daripada botol plastik, 7 orang pelajar mempunyai BHPF yang dikesan di dalam darah mereka
Hu juga menasihatkan agar mengurangkan penggunaan bekas makanan dan minuman plastik seboleh mungkin dan mengelakkan meletak bekas plastik di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan alat pembasuh pinggan mangkuk (dishwasher) kerana bekas plastik bertindak balas (degrade) apabila dikenakan haba.
Walaupun terdapat pelbagai jenis plastik dan bukan semua plastik berbahaya, produk plastik mengandungi pelbagai jenis bahan tambahan (additives) yang digunakan untuk mengukuhkan dan memberi spesifikasi pada plastik. Maka, langkah pencegahan untuk mengurangkan penggunaan plastik wajar digalakkan.
Meskipun produk plastik itu dikatakan selamat, tetapi masih berpontesi memberi bahaya dan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya, vinyl chloride yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik polyvinylchloride(PVC) dan styrene sebagai monomer untuk plastik polystyrene. Vinyl chloride dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser otak, paru-paru dalam limpa manakala sytrene dikenali sebagai bahan bersifat neurotoxic.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kecewa dengan cinta yang lalu? Lupakan saja, jangan lagi dikenang. Anggap saja anda dengan dia tiada jodoh. Sekarang buka buku baru dan mulakan misi mencari cinta baru. Sudah ada yang berkenan di hati? Ini masanya, mulakan langkah pertama dengan mengajaknya keluar dating!
BUAT PANGGILAN PERTAMA
Jika anda kenal seseorang merasakan ingin mengenalinya lebih lanjut, beranikan diri dengan meminta nombor telefonnya. Apa lagi? cubalah untuk menelefonnya dan ajak dia keluar. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda buat sebelum menelefonnya.
1- Buzz dia di waktu malam
Seperti anda, dia juga ada kehidupan dan kerja. Jadi, lebih baik telefon dia selepas habis waktu kerja. Telefon selepas pukul 8 malam apabila anda rasa dia sudah pulang dari pejabat. Ketika anda telefon dan dia seperti tengah sibuk atau pada waktu yang salah, jangan minta dia telefon anda. Sebaliknya tanya dia bila anda boleh menelefonnya kembali.
2-Menelefonnya di tempat selesa
Pastikan semasa menelefonnya, anda dalam keadaan yang relaks dan selesa. Jika ketika anda menelefon ramai orang atau berlatarbelakangkan bunyi muzik yang kuat, elak untuk menelefonnya. Apabila orang lain membuat bising ketika anda sedang berbual di telefon, pastinya berasa tidak selesa bukan?
3-Yakin ketika berbual
Perempuan lebih suka lelaki yang ‘sound cool’ dan yakin. Jadi, jika anda berasa suara anda tidak bagus atau tidak menyakinkan, lebih baik praktis. Berdiri ketika berbual dan cakap perlahan-lahan (bukan seperti mengejar keretapi) dan ambil masa untuk mengeluarkan satu per satu perkataan. Kalau rasa tidak yakin, tulis apa yang ingin anda bualkan.
4-Mulakan dengan ‘small talk’.
Sebelum bertanyakan soalan-soalan yang lebih lanjut atau penting, adalah perlu anda memulakan perbualan dengan ‘small talk’ atau bertanyakan sesuatu yang ringkas. “Sudah makan?” “Bagaimana dengan kerja di pejabat?”. Itu sebahagian soalan ringkas yang boleh ditanya. Ketika berbual, elak untuk terlalu banyak bercerita tentang diri anda, sebaliknya berbuallah dengan topik menarik dan relevan. Berbual tentang dirinya kerana perempuan lebih suka bercerita tentang diri mereka. Selepas itu, cubalah untuk mengajaknya keluar makan atau menonton wayang.
5 PERKARA PERLU IKUT
Anda berjaya mengajaknya keluar? Ini masanya untuk mengenali dia lebih lanjut. Oh! Ya, sebelum itu beberapa perkara juga anda perlu tahu. Berikut 5 langkah ringkas yang perlu diikut agar first date anda sukses.
Tentukan bila, di mana, apa yang anda perlu lakukan, topik yang ingin dibincangkan dan sebagainya supaya anda lebih bersedia.
Tarikh dating anda dengan si dia makin dekat. Cuba dan cari apa yang anda rasa ‘hot’ dan apa yang tidak perlu pada senarai topik yang telah ditentukan itu. Biasanya topik semasa dan isu hangat memang sesuai dibincang untuk memulakan perbualan nanti.
Perkara ini penting untuk menampkkan diri anda lebih yakin dan percaya diri. Pakai pakaian yang bersih dan kemas, kasut yang bersih berkilat. Kuku jari dipotong, rambut tersikat rapi. Ingat! Perempuan menghargai lelaki yang jaga kebersihan dan penampilan diri.
Tampil di depannya dengan perasaan dan keadaan yang positif. Jangan berasa panik. Nikmati saat pertemuaan itu dan ikut sahaja ‘flow’ yang terjadi. Tinggal belakang semua rasa gugup dan berhenti fikir sesuatu yang mungkin terjadi. Beri tumpuan dengan menikmati waktu bersama.
Ketepatan waktu adalah kunci membuatkan si dia beranggapan baik terhadap anda. Perkara yang paling teruk ketika dating adalah membuat orang yang ingin dijumapi itu menunggu. Jadi, berada di tempat yang telah dijanjikan tepat pada waktunya.
ELAK DILIHAT ANDA SEPERTI LELAKI ‘TERDESAK’
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Jangan terkejut apabila ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) datang memeriksa rumah anda sewaktu sambutan perayaan nanti.
Ini kerana Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ziarah dipatuhi.
Hal ini diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Selasa yang antara lain dilaksanakan dalam usaha pihak berkuasa mengawal penularan COVID-19 di samping pematuhan masyarakat terhadap SOP sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kerajaan sebelum ini menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa perayaan yang akan dirai dalam masa terdekat ini hanya pada hari pertama sambutan dan terhad kepada 20 orang, bergantung pada saiz kediaman.
Tidak cukup dengan itu, polis juga akan bertindak tegas termasuk mengenakan kompaun terhadap individu yang cuba melakukan pergerakan rentas negeri untuk menyambut Aidilfitri.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, ini kerana tindakan segelintir individu yang melakukan perjalanan rentas negeri tanpa alasan munasabah hanya mengganggu pergerakan petugas barisan hadapan yang kini berusaha mengekang penularan COVID-19.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu mengganggu kelancaran pergerakan kenderaan perkhidmatan perlu untuk sampai ke destinasi tertentu.
Selain kunjung mengunjung dan balik kampung, pastinya aktiviti menziarah kubur juga antara topik hangat ketika ini, namun menurut kerajaan, SOP bagi aktiviti itu semasa Aidilfitri hanya akan dikeluarkan sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian
Ismail Sabri berkata buat masa ini KKM hanya menasihati orang ramai supaya tidak menziarahi kubur seperti kelaziman yang dibuat setiap kali hari raya bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dalam komuniti.
Jika kesemua ini dipatuhi, besar kemungkinan, Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha melihat angka kes positif baharu COVID-19 berada pada jumlah kurang dari 10, tidak lama lagi.
Ini dijelaskan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa yang antara lain menyifatkan, pihaknya masih terus memburu sasaran itu dan melihat kepada tempoh dua minggu sejak awal bulan ini, kes-kes baharu COVID-19 memang tidak menampakkan kenaikan ketara, namun ia juga tidak berkurangan sepantas yang diharapkan.
Pelaksanaan PKP membolehkan angka jangkitan baharu kes postif penyakit itu berada pada dua digit, dan yang lebih penting ialah tiada lonjakan secara tiba-tiba dalam jumlah kes positif baharu yang dikesan.
Lebih 7,500 peserta menyertai Toyota Start Your Impossible Outrun 2026, sekali gus berjaya mengumpul RM200,000 bagi membantu National Cancer Society of Malaysia.