Kita sekarang sudah masuk hampir setengah bulan berpuasa. MASKULIN agak mungkin anda pun sudah kekeringan idea nak minum air apa untuk berbuka nanti.

Jangan risau. Ini MASKULIN nak kongsi satu resipi kopi terbaik punya! Antara jenama kopi popular di pasaran ialah Starbucks. Tapi itulah tak semua orang nak beli banyak-banyak untuk seisi keluarga. Kalau minum sekali-sekala tu bolehlah, kan?

Resipi Berbuka Air Ala-Starbucks Versi Super Jimat

BACA: 11 Idea Resepi Air Detoks Untuk Buang Toksin, Kesannya Pasti Kempis & ‘Flat’ Punya Perut Tu Dalam Seminggu!

IKLAN

Buat anda penggemar kopi Starbucks, ini resipi mudah yang boleh anda cuba untuk berbuka puasa nanti.

Seorang pengguna Twitter @amaazmi pernah membuat perkongsian resipi istimewanya kepada follower. Ternyata ramai yang sangat berminat dengan resipinya ini.

IKLAN

Berikut merupakan resipinya. Ini merupakan bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat kopi ala-Starbucks ini.

IKLAN

Bahan-Bahan:

Resipi Berbuka Air Ala-Starbucks Versi Super Jimat

  • 2 sudu Milo
  • 1 paket Nescafe Latte
  • 1 paket Oldtown White Coffee Mocha
  • 1 sudu Nutella (Tak letak pun takpe)
  • Susu putih (Dutch Lady)

Cara-Cara:

Resipi Berbuka Air Ala-Starbucks Versi Super Jimat

  1. Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan.
  2. Masukkan 2 sudu Nutella pula dan larutkan air panas.
  3. Masukkan 1/4 cawan susu putih. Letak ais.

Senangkan? Selamat mencuba semua!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI