Resepi Semudah A,B,C Coney Dog Ala ‘A&W’, Bila-Bila Masa Boleh Buat!

Share

Sedapnya Coney Dog kan tapi kalau teringin mesti kena pergi ke A&W kan….Apa kata lepas ni kita buat sendiri. Resepinya pun mudah, setakat masak macam ni tak kan la abang-abang yang maskulin tak boleh kan.

Sebenarnya asal usul Coney Dog berasal dari Amerika Syarikat dan sempena nama Pulau Coney…Ia mula dikenalkan dari abad ke-20 di Michigan dan lama kelamaan menjadi makanan kegemaran masyarakat Amerika Syarikat.… Jadi ini perkongsian resepi coney dog dari By Dapur Mama Rrose.

 

 

Bahan-bahannya:

Sedikit Buttercup

Dagin & Ayam cincang

Bawang putih potong dadu

Bawang Holland potong dadu

Sos cili

Sos Black paper

Sos Honey Bbq

Maggie Cukup Rasa

Gula

 

Cara2nya

 

  1. Cairkan buttercup tumis bawang putih dan bawang holland separuh masak,masukkan daging & ayam cincang tadi,kacau bagi sebati dan biarkan sehingga air daging & ayam tu kering
  2. Kacau bagi sebati,masukkan sos cili,sos black paper,sos honey bbq dan kacau rata
  3. Masukkan maggie cukup rasa & gula
  4. Kacau sebati dan tutup api
  5. Rasakan mengikut citarasa sendiri dan pastikan ada rasa pedas,masin dan manis

 

SELAMAT MENCUBA

 

Sumber  : rrose rapii

 

IKLAN