Nasi panas yang dimakan bersama ikan atau daging bakar, pasti membangkitkan selera. Cicah pula dengan air asam yang cukup perasa. Lagilah buat nasi anda bertambah.

Kalau berbuka nanti anda bercadang untuk makan ikan atau daging bakar, apa kata cuba resipi air asam mabeless yang dikongsikan Cikgu Afy AL Habibi ini.

Bukan satu, tapi ada dua versi air asam yang telah beliau kongsikan. Bahan-bahannya juga mudah yang selalu ada di dapur. Pastikan anda mencubanya. Gerenti makan berselera!

Resipi Air Asam Mabeless

Air asam ni kena buat stok lebih letak dalam peti. Salah satu menu diet cikgu. Cicah dengan daging bakar lagi terangkat jiwa. Haaa.

Selamat mencuba semua.

RESIPI BAKAR IKAN CENCARU

1. Belah belakang kedua-dua bahagian.

2. Masukkan bahan tumbuk:
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang merah
– 1/2 inci belacan
– 2 sudu besar cili kering kisar
– 1/2 inci kunyit hidup
– 3 hiris serai
– Sedikit garam dan gula

IKLAN

3. Perap seketika sebelum dibakar.

4. Ikan pari dibakar tanpa garam.

RESIPI BUAT AIR ASAM VERSI 1

Bahan kisar:
– 2 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– sedikit belacan (bakar terlebih dahulu semua bahan di atas sehingga keperangan)
– 3 tangkai cili padi merah
– 3 tangkai cili padi hijau *kuantiti cikgu tunjuk gambar tu untuk extra pedas ye
– 2 biji asam limau kasturi (buang biji- kisar bersama kulitnya)
– 1/2 gelas air asam jawa (2 cubit kecil asam jawa + 1/2 gelas)

Masukkan semua bahan dalam pengisar. Tambahkan 3 sudu besar gula dan 3/4 sudu besar garam bukit (sukatan bukan menggunung ye). *kuantiti terpulang kepada cita rasa sendiri. Kisar semua bahan hingga sedikit lumat.

IKLAN

Masukkan dalam mangkuk.

Tambahkan bahan hiris lain:
– 2 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili padi hijau
– 1 biji tomato
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 1/2 biji bawang besar merah Bombay
– 2 biji asam limau kasturi

Masukkan semua bahan hiris dalam mangkuk. Kacau rata.

IKLAN

Sedia untuk dihidangkan. Sedap!

Selamat mencuba?

Air asam power

RESIPI BUAT AIR ASAM VERSI 2

Untuk versi lain, ambil 2 sudu besar dari air asam yang sudah siap. Tambahkan sambal kicap dan picit asam limau kasturi. Pun sedap juga.