Bercakap tentang telefon pintar pada harga berpatutan atau murah dan disertai dengan kualiti setaraf dengan peranti yang lebih mahal, Samsung Galaxy A33 5G mungkin jawapan yang selama ini anda cari.

Diperkenalkan dalam tempoh lebih kurang sama dengan Galaxy A53 dan Galaxy A73, telefon ini merupakan versi paling murah di antara ketiganya. Namun jangan terpedaya dengan kemampuan hebat yang dimiliki oleh telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G ini.

Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya

Setelah melalui sendiri pengalaman menggunakan telefon pintar ini selama beberapa minggu, penulis dapat rumuskan bahawa ia mampu bersaing dengan mantap dengan beberapa jenama lain yang ditawarkan pada kelas yang sama.

KAMERA

Bagi sebuah telefon pintar yang pada mulanya dirasakan agak ‘penuh plastik’ di tangan, Galaxy A33 bukan sahaja datang dengan binaan kemas serta kukuh malah spesifikasi dalamannya juga tidak kurang hebatnya.

Galaxy A33 ditawarkan dalam menerusi empat variasi warna berbeza iaitu Awesome Blue, Awesome Black, Awesome White dan Awesome Peach. Keempat-empat variasi ini hadir dengan kemasan ‘matte’ yang nampak lebih moden.

Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya

Tumpuan pada bahagian belakang semestinya tertumpu kepada modul kamera yang tersemat kemas dalam rekaannya. Warna pada modul kamera juga memberikan rekaan lebih ringkas namun cukup elegan.

IKLAN

Untuk kamera terdapar empat lensa sensor pada bahagian belakang dan satu di bahagian hadapan. Seleksi quad-kamera meliputi 8MP ultra-wide, 48MP kamera utama, 2MP potrait dan 5MP kamera modul makro.

Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya

Secara keseluruhannya keempat-empat kamera belakang ini memberikan kualiti yang cukup memuaskan. Dibandingkan dengan kualiti foto daripada telefon pintar flagship memang agak ketara namun itu tidaklah jauh membezakan kualiti dibawa oleh Galaxy A33.

Perlu diingat bahawa kebanyakan telefon pintar mid-range pesaing hanya menawarkan dua kamera sahaja. Jadi seleksi hebat seperti ini memberikan banyak kelebihan kepada Galaxy A33. Lebih menarik untuk versi terbaru ini ia turut disertakan dengan sistem Optical Image Stabilization (OIS). Jadi tidak hairanlah hasil foto lebih jelas dan kurang kesan gegaran.

IKLAN

BERIKUT UJIAN FOTO GALAXY A33

Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya

SKRIN & BATERI

Perkara yang mungkin menjadi keresahan buat ramai pengguna yang ingin memiliki telefon pintar pada kelas ini ialah kualiti skrinnya. Bagaimana pula dengan Galaxy A33?

Ia ternyata tidak mengecewakan. Hadir dengan skrin 6.4 inci Super AMOLED dengan resolusi 2400 x 1080 piksel, ia turut menyokong kadar refresh sehingga 90Hz.

IKLAN

Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya

Walaupun ia tidaklah sehebat A53 dan A73, namun secara keseluruhannya skrin Galaxy A33 bolehlah dikatakan agak berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Tambahan lagi ia turut mempunyai rating IP67 untuk perlindungan percikan air dan ketahanan skrin Gorilla Glass 5.

Manakala untuk bateri pula ia bolehlah dikatakan memberikan tempoh penggunaan yang memuaskan. Galaxy A33 dibekalkan dengan bateri 5,000 mAh yang boleh bertahan sehingga kira-kira 11 jam setengah. Bagi tempoh pengecasan pula ia mengambil masa kira-kira 90 minit untuk pengecasan bateri penuh.

KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, Galaxy A33 adalah sebuah telefon pintar yang berbaloi pada nilainya dengan spesifikasi serta kualiti rekaannya. Bagi anda yang ingin mencari sebuah telefon pintar untuk kegunaan ringan dan ringkas, Galaxy A33 mampu memberikan apa yang anda mahukan.

Review Samsung Galaxy A33 5G, Definisi Telefon Pintar Hebat Pada Nilainya

Ia juga merupakan model yang mendapat ‘upgrade’ paling banyak dari generasi sebelumnya berbanding dua model ‘abangnya’, A53 dan A73. Pada harga RM1,499 ia merupakan sebuah telefon pintar mid-range yang cukup solid. Dapatkan info lanjut tentang Galaxy A33 di sini.

RATING: 3.5/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI