Zaman sekarang segala jenis produk boleh dipesan di atas talian dan kita hanya perlu tunggu di atas kerusi empuk menantikan ia dihantar. Tak hairanlah kini di negara kita juga servis penghantaran makanan contohnya menjadi pilihan ramai pengguna.

Malah syarikat yang menawarkan servis penghantaran makanan juga semakin banyak. Lihat sahaja di atas jalan raya pasti anda boleh temui penghantar makanan bermotosikal membawa makanan di dalam bag besar yang terletak di belakang motosikal mereka.

Salah satu perkhidmatan popular ialah GrabFood, servis penghantaran makanan yang diperkenalkan oleh Grab Holding Inc.

Kebiasaannya penghantar makanan menggunakan motosikal ‘kapchai’ untuk membawa makanan kepada penlanggan. Namun berbeza dengan seorang pemuda yang bertindak menjadi seorang rider GrabFood apabila dia menggunakan motosikal berkuasa tinggi, Ducati Hypermotard!

Rider GrabFood Ini Curi Perhatian Bila Hantar Lemang Dengan Ducati Hypermotard!

Rider GrabFood Ini Curi Perhatian Bila Hantar Lemang Dengan Ducati Hypermotard!

IKLAN

Jejaka dikenali dengan nama Herry Sevani di Twitter memuat naik video dan beberapa keping gambar menyaksikan dia melakukan penghantaran dengan menggunakan motosikal Ducati tersebut.

Keunikan itu lantas mencuri perhatiana pengguna Twitter yang rata-rata berasa kagum dan terkejut. Menerusi sebuah video yang telah mendapat jumlah retweet melebihi 4 ribu kali, Herry Sevani dilihat sedang mengisi lemang untuk dihantar kepada pelanggan.

Rider GrabFood Ini Curi Perhatian Bila Hantar Lemang Dengan Ducati Hypermotard!

IKLAN
Rider GrabFood Ini Curi Perhatian Bila Hantar Lemang Dengan Ducati Hypermotard!
Ducati Hypermotard

Selain menghantar lemang, dia juga turut menghantar minuman viral pada masa kini iaitu bubble tea dari Xing Fu Tang.

Rider GrabFood Ini Curi Perhatian Bila Hantar Lemang Dengan Ducati Hypermotard!

Perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai dari pengguna Twitter. Ada yang bertanya sama ada dia boleh cover atau tidak kos penyelenggaraan dengan menggunakan motiskal mahal itu. Balasnya, ia hanya cukup untuk cover minyak.

IKLAN

Rider GrabFood Ini Curi Perhatian Bila Hantar Lemang Dengan Ducati Hypermotard! Rider GrabFood Ini Curi Perhatian Bila Hantar Lemang Dengan Ducati Hypermotard!

Jelasnya lagi menerusi balasan tweet, dia sendiri mempunyai kerja lain. Kerja sebagai rider GrabFood hanyalah sebagai part time sahaja.

Baginya juga asal dapat cover duit minyak pun sudah cukup.

Apa-apa pun MASKULIN ucapkan syabas buat Herry Sevani kerana tidak segan atau tidak kisah dengan apa orang kata. Tak salah untuk bekerja untuk mencari rezeki walau senang macam mana sekali pun.

Sumber: Twitter Herry Sevani

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI