Baru-baru ini video trailer filem dijangka gempak untuk tahun 2019, John Wick 3 : Parabellum sudah mula dipertontonkan kepada umum.

Ramai yang berkongsi semula video trailer itu dan menyatakan keterujaan masing-masing untuk menonton filem aksi yang akan ditayangkan pada pertengahan May tahun ini.

Apa yang menarik dalam John Wick 3?

1. Filem kali ini akan memperlihatkan bagaimana John Wick berdepan dengan masalah yang paling besar dialaminya

2. Chad Stahelski akan kembali ke kerusi pengarah dan begitu juga penulis skrip siri ini, Derek Kolstad.

3. Chad berkata beliau akan memastikan Chapter 3 akan lebih banyak aksi berbanding dua filem sebelum ini.

IKLAN

Kepada yang belum pernah menonton atau sudah lupa bagaimana jalan cerita filem John Wick ini, apa kata kita refresh storyline John Wick 1 & 2 yang dipetik dari media sosial berserta sinopsis John Wick 3 yang akan ditayangkan nanti.

John Wick 1 (2014)

Rindu Keanu Reevas? Ini Fakta Menarik Kemunculannya Dalam John Wick 3 : Parabellum

Ulas MixMovie Malaysia, pertama kali John Wick diperkenalkan pada tahun 2014, penonton disajikan aksi Keanu Reevas, seorang bekas pembunuh upahan profesional yang cuba mengubah cara hidup dari seorang pembunuh kepada manusia normal. Dia terlalu ingin kehidupan yang aman dan bahagia bersama isterinya tetapi malangnya, isterinya mati kerana sakit dan menghadiahkan seekor anak anjing buat peneman John Wick selepas kematiannya.

IKLAN

Kisah bermula apabila John dipaksa untuk kembali kepada dirinya pada suatu masa dulu apabila anak anjing hadiah dari isterinya dibunuh oleh anak mafia besar hanya kerana anak mafia itu berkenan dengan kereta John Wick. Anak Mafia itu tidak tahu menahu bahawa lelaki yang dikacaunya itu adalah John Wick seorang legend pembunuh upahan yang terkenal dikalangan oldtimer.

Mafia tersebut merasa takut apabila mendengar anaknya mencari pasal dengan John Wick. Biarpun jauh di sudut hatinya, dia sudah pasti anaknya akan mati dia masih cuba sedaya upaya untuk membunuh John Wick terlebih dahulu dengan menghantar ramai pembunuh untuk membunuh John Wick dan menawarkan wang jutaan ringgit kepada semua pembunuh-pembunuh upahan dunia supaya menghapuskan John Wick.

John Wick 2 (2017)

Rindu Keanu Reevas? Ini Fakta Menarik Kemunculannya Dalam John Wick 3 : Parabellum

IKLAN

John Wick 2 pula adalah kesinambungan daripada bahagian 1 dan untuk tahun 2017, John Wick yang telah bersedia untuk hidup aman damai dipaksa untuk kembali semula oleh geng lamanya untuk melakukan tugasan yang tidak boleh ditolak. Ini kerana John Wick pernah berjanji untuk menolongnya pada suatu masa dulu dan dalam John Wick 2 menyaksikan, penjahat itu menagih janji dari John Wick. Antara babak menarik dalam filem ini, John Wick bertemu lawannya yang sama tangkas dan cekap di Rome. Memang satu aksi yang cukup mendebarkan.

John Wick 3 : Parabellum

Rindu Keanu Reevas? Ini Fakta Menarik Kemunculannya Dalam John Wick 3 : Parabellum

Menurut laman Cinema Online, bahagian 3 kali ini menyaksikan pembunuh upahan lagenda John Wick kini dalam pelarian atas dua sebab. Yang pertama, kontrak bernilai USD14 juta untuk nyawanya telah menyebabkan dia kini menjadi sasaran pembunuh upahan hebat di seluruh dunia. Kedua, dia telah melanggar peraturan dengan membunuh ahli High Table dalam kawasan Continental Hotel dan diberi masa sejam oleh pengurus Continental, Winston, untuk melarikan diri sebelum keahliannya dibatalkan dan dia dilarang daripada segala perkhidmatan. Ini adalah satu-satunya peluang untuknya melawan dan keluar dari New York.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI