Siapa kata kaum wanita sahaja yang menitik beratkan usia muda wajah? Hari ini juga, ramai kaum lelaki yang turut memberi keutamaan kepada raut wajah untuk tampak lebih muda dan bersinar. Usah risau, produk terbaru dari SK-II Men ini bakal mencurah kuasa magis pada raut wajah anda!
Hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh pihak SK-II menunjukkan bahawa kulit wajah lelaki bakal berubah apabila sudah mencapai usia 30-an. Apabila berada dalam ‘tipping point’ ini, kulit wajah akan menunjukkan beberapa perubahan dari segi tekstur kulit iaitu pembesaran lubang pori-pori, tompok hitam, kusam, hilang keanjalan dan tampak lebih kasar.
MULAKAN LANGKAH BIJAK DENGAN PRODUK TERBARU INI.
Apabila ia berkaitan dengan kulit, ia menjadi satu keutamaan untuk menjaganya sebelum terlambat. SK-II Men Facial Treatment Essence, mampu merawat, memulih dan menjadikan kulit lebih muda. Hasil gabungan amino acids, vitamins, minerals dan organic acids membantu untuk menganjalkan dan menegangkan kulit, mencerahkan dan melembutkan tekstur kulit wajah,
Jadi apa tunggu lagi?
Ads
SK-II Men Facial Treatment Essence (75ml) MYR307
SK-II Men Facial Treatment Essence (160ml) MYR485
Ads
SK-II Men Facial Treatment Essence (230ml) MYR657
Ads
Layari http://www.sk-ii.com.my untuk makluman lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
6 selebriti lelaki ini sememangnya diketahui memang sucess dalam bidang seni, namun malangnya belum ada lagi yang mencuri hati mereka walaupun sudah mencecah usia 40an. Masa kini ramai je lelaki yang lambat mendirikan rumahtangga mungkin juga atas sebab kos sara hidup yang makin tinggi.
Memang sukar untuk memperkatakan tentang penyanyi lelaki yang seorang ini, dia memang cukup berahsia tentang hal peribadinya terutama kisah cinta. Dalam usianya sudah menghampiri usia 50an, Anuar tetap sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi tersohor. Pernah dikaitkan dengan nama-nama besar menjalinkan hubungan cinta seperti Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza suatu ketika dahulu.
Siapa tak kenal dengan pelakon kacak ini yang digilai ramai wanita. Hans tidak seseakali hilang auranya dalam dunia lakonan. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan jelitawan dari Malaysia seperti Erra Fazira, Neelofa dan bekas ratu cantik, Elane Daly.
Mahmud Ali Bashah bukanlah nama asing dalam industri tanahair. Wajahnya sentiasa muncul di kaca TV menerusi drama dengan memainkan pelbagai watak. Kini beliau sudah berusia 47 tahun dan masih belum bertemu dengan pilihan hati. Beliau masih aktif dalam dunia lakonan dan kini sibuk menjalankan perniagaan sendiri.
Ketika Zamani dalam usia remaja sebagai vokalis kumpulan Slam, beliau menjadi kegilaan ramai wanita sehinggakan ada yang hampir histeria tatkala melihat dia melakukan persembahan di pentas. Pernah mencetuskan kontroversi dengan penyanyi No 1 Negara iaitu Datuk Siti NUrhaliza sebelum ini. Gosip mengatakan mereka berdua bercinta hangat sekitar tahun 1997-1998 namun mereka berdua tidak pernah mengesahkan gossip tersebut.
Satu ketika dahulu, nama penyanyi yang berasal dari Sibu, Sarawak ini cukup popular manakala lagu-lagunya seperti Selingkar Kasih dan S.O.T (Semua Orang Tahu) sering kali menjadi siulan peminatnya. Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 42, masih belum merancang untuk menamatkan zaman bujang. Dia menyerahkan perkara itu kepada Allah dan sekiranya menemui gadis yang menepati ciri-ciri idamannya, dia tidak teragak-agak untuk terus berkahwin.
Azwan Ali memang terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara dan mengkritik orang. Azwan Ali atau nama sebenar Mohamed Azwan Haji Ali dilahirkan pada 13 Februari 1966 sangat aktif di media sosial.Suatu ketika dulu pernah Azwan pernah menaruh hati pada penyanyi popular Ziana Zain. Ketika Azwan Ali bukanlah Azwan Ali yang sekarang kerana dahulu dia berperwatakan macho dan boleh dikatakan lelaki yang bergaya. Sayangnya perasaan cinta dan kasih sayang Azwan Ali terhadap Ziana Zain telah di”reject” ketika itu.
Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Simpang Tiga’. Dalam pada itu pelawak berasal dari Negeri Sembilan ini berkata, seandainya beliau mahu berkahwin, wanita pilihannya itu mestilah seorang yang bukan saja boleh menerima dirinya malah keluarganya.
6 artis dari Malaysia ini sememangnya masih tampan dan segak namun malangnya belum ada lagi yang mencuri hati mereka. Apa-apa pun dalam hati kita tertanya-tanya adakah jika kita punyai wajah yang tampan dan ada kerjaya yang baik maka berat jodoh?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Arus kemodenan terus menukar setiap benda dan perkara menjadi lebih mudah dan canggih termasuk la kenderaan 4 roda yang kita panggil kereta tu. Kebanyakkan kereta sekarang dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan dan teknologi perkomputeran yang membolehkan segala-galanya berjalan dengan lancar, fungsi kereta moden kini begitu mudah untuk dikendalikan. Senang kata segalanya ada di hujung jari.
Namun begitu, semoden dan secanggih mana pun kenderaan yang anda miliki, masih terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan daripada dilakukan untuk menjamin wang anda terselamat dari ke bengkel atau workshop. .
Jika anda tanpa sengaja menekan butang berkenaan semasa sedang memandu, tiada perkara buruk yang akan berlaku. Kebanyakan kereta moden mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang pelbagai perkara. Tetapi sebaiknya, elak daripada melakukannya.
Satu lagi larangan yang harus anda ikuti adalah, memilih ‘reverse’ semasa memandu. Walaupun sistem komputer dalam kereta anda tidak akan mengikut perintah ‘reverse’ yang anda lakukan semasa memandu, sebaiknya elakkan.
Jangan sesekali mencubanya. Komputer dalam kereta anda akan menghalang perintah ini bagi tujuan keselamatan tetapi sekiranya anda melakukannya, anda mungkin akan merosakkan kenderaan anda.
Kunci yang terlalu banyak akan menjadi berat sekali gus berpotensi untuk merosakkan suis pencucuhan. Asingkan segala kunci daripada kunci kereta.
Ikuti arahan spesifikasi yang dikeluarkan oleh pengilang tentang kekerapan untuk menukar minyak. Sesetengah pengilang menggunakan minyak khas yang harus ditukar selepas 1,000 km perjalanan.
Setiap kali mengisi minyak enjin, anda harus mengisi sehingga ke paras penuh pada penanda khas. Jika terlebih isi, kereta anda akan rosak teruk dan mungkin mengeluarkan asap.
Semua jenis petrol mempunyai partikel-partikel halus yang akan tenggelam di dasar tangki minyak kereta anda. Jika anda membiarkan tangki minyak kosong, partikel-partikel yang mendap ini akan tersekat pada enjin.
Tidak semua kenderaan mempunyai simbol amaran yang sama tetapi kebiasaannya, simbol-simbol ini mempunyai kod warna tertentu.
Hijau atau biru menandakan sistem berkenaan telah diaktifkan
Kuning menandakan sesuatu perlu diservis
Merah bermaksud terdapat masalah pada kereta anda dan anda harus segera memberhentikan kenderaan kerana ia mungkin tidak selamat untuk digunakan
Apa yang lebih penting, jika lampu pada simbol berkenaan sudah tidak menyala, anda harus segera menghantar kenderaan anda untuk diperiksa.
Anda harus sentiasa memeriksa tekanan tayar. Memandu dalam keadaan tayar tiada angin boleh membahayakan nyawa dan menghauskan tayar.
Jika anda terlanggar lubang pada jalan raya dan sebagainya, segera hantar kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan keseimbangan dan penjajaran (alignment). Jika tayar tidak seimbang, kawalan pemanduan juga akan menjadi lemah sekali gus membolehkan anda terlibat dalam kemalangan.
Sumber: BrightSide
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebelakangan ini kerap pula berlaku kejadian kepala air. Kepala air ini berlaku apabila hujan lebat terjadi di bahagian hulu sungai walaupun cuaca di lokasi orang ramai mandi adalah baik.
Sebelum itu penting juga untuk kita maklum bagaimana kejadian kepala air ini boleh berlaku.
Kepala air boleh berlaku apabila gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Air yang tenang boleh berubah secara mendadak apabila kepala air membawa gelombang air, ranting kayu, batu batu, Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya termasuk manusia.
Fenomena kepala air boleh dikesan melalui beberapa tanda awal;
1. Langit gelap di hulu sungai, bersama bunyi guruh berdentum.
2. Perubahan warna air daripada jernih kepada gelap atau kehitaman.
3. Aliran air tenang bertukar deras selain membawa bersama ranting, dahan kayu serta sampah-sarap yang berkumpul di satu tempat.
4. Akan kedengaran bunyi letupan kuat, dari tanah pecah, pokok tumbang dan dahan yang patah.
5. Air akan naik mendadak, kepala air ini boleh naik satu hingga dua meter dalam lima hingga 10 minit. Air daripada dua meter sesaat boleh naik sehingga 10 meter sesaat, sangat laju.
Jika mendapati ada petanda awal kepala air berlaku segera selamat diri kerana anda hanya ada 10-15 minit untuk keluar dari kawasan sungai!