Dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar, persoalan mengenai gaji sering menjadi topik perbualan hangat.
Namun, antara gaji kecil tanpa tekanan atau gaji besar dengan beban kerja tinggi, yang manakah lebih berbaloi?
Gaji Sikit, Hidup Tenang
Bagi sesetengah lelaki, gaji yang kecil tetapi cukup untuk menampung keperluan asas sudah memadai.
Hidup tanpa tekanan memberi lebih ruang untuk menikmati masa bersama keluarga, menjaga kesihatan mental dan mengejar minat peribadi.
Kerja yang tidak menekan juga membolehkan seseorang pulang tepat pada masanya, tidur lena dan bangun pagi dengan lebih bersemangat.
Foto : PngTree
Selain itu, kehidupan yang tenang ini juga membolehkan individu memberi tumpuan kepada pembangunan diri, seperti mengikuti kursus kemahiran, membaca buku atau melakukan aktiviti sukarela.
Keseimbangan kerja dan kehidupan peribadi yang baik juga membantu meningkatkan hubungan sosial dan memberi lebih banyak masa berkualiti bersama insan tersayang.
Namun, cabaran utama pilihan ini adalah keterbatasan kewangan.
Ads
Tanpa simpanan yang mencukupi, perancangan masa depan mungkin terjejas, terutama dalam menghadapi kecemasan kewangan atau perancangan jangka panjang seperti pembelian rumah dan pendidikan anak-anak.
Gaji Besar, Hidup Stress
Sebaliknya, gaji besar sering diiringi dengan tanggungjawab yang lebih berat dan tekanan kerja yang tinggi.
Beban kerja yang menimbun, waktu kerja yang panjang, serta tekanan untuk mencapai sasaran syarikat boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal seseorang.
Namun, kelebihan utama pilihan ini adalah kestabilan kewangan.
Ads
Dengan pendapatan yang tinggi, seseorang boleh menikmati gaya hidup yang lebih selesa, membuat simpanan yang kukuh dan merancang masa depan dengan lebih baik.
Mereka juga mampu melabur dalam pelbagai instrumen kewangan, seperti hartanah dan saham, untuk menambah nilai aset.
Walau bagaimanapun, tekanan kerja yang berpanjangan boleh menyebabkan sindrom burnout, masalah kesihatan dan hubungan sosial yang terjejas.
Tanyalah mana-mana lelaki yang meminati muzik rock yang kini berusia 30-an dan 40-an tentang band Butterfingers, MASKULIN yakin mereka akan kenal.
Butterfingers merupakan salah sebuah band yang muncul dari era underground pada penghujung tahun 1990-an ketika muzik grunge menjadi ikutan ramai. Tidak dinafikan Butterfingers merupakan salah sebuah band yang mempunyai signifikasi cukup besar dalam scene underground atau indie di Malaysia.
Pada awal kemunculan, muzik Butterfingers memang cukup kuat dengan pengaruh bunyian dari Seattle. Namun lama kelamaan mereka mula menemui hala tuju bunyi sendiri dengan dikepalai oleh Emmet dan Loque, Butterfingers mula mengadunkan muzik Melayu dan Nusantara ke dalam karya mereka.
Selepas kali terakhir melakukan konsert pada tahun 2019, Butterfingers hadir sekali lagi melepaskan kerinduan peminat mereka dengan konsert ‘Malayneum 23’.
Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, konsert ini berlangsung pada Sabtu lalu dengan kira-kira 6,000 peminat setianya membanjiri segenap ruang stadium tertutup tersebut.
MASKULIN tiba di lokasi pada kira-kira jam 8 malam. Ketika ini suasana masih tenang dan kelihatan ramai juga yang beratur di khemah yang menjual barangan rasmi Butterfingers. Memasuki ruang stadium satu perkara yang cukup jelas adalah rata-rata yang hadir berusia penghujung 30-an dan juga 40-an.
Ternyata ia bukan sekadar konsert tetapi turut menjadi acara gathering atau pertemuan semula rakan-rakan lama. Inilah salah satu perkara yang menarik wujud dalam scene peminat muzik seperti ini.
Selepas resah menantikan kemunculan Butterfingers yang selang-seli ‘dijamu’ dengan himpunan video artistik menarik, mereka akhirnya muncul di pentas kira-kira pada jam 8:45 malam dengan membawakan lagu ‘Malayneum’. Sorakan gemuruh disambut peminat yang jelas kelihatan cukup merindui persembahan grup dianggotai oleh Emmet, Loque, Kadak dan Loco tersebut.
Persembahan diteruskan tanpa sebaran bicara dengan tiga bauah lagu iaitu ‘No One Else’, ‘Antidotes’ dan ‘State of Abysmal’. Selesai dengan tiga lagu ini, pemetik gitar legenda mereka Loque mengambil peluang untuk bertanyakan khabar. Begitu juga dengan Emmet yang walaupun sudah menginjak usia namun tetap memberikan yang terbaik.
Konsert kali ini juga nampak jauh lebih baik dengan yang terdahulu walaupun kadangkala bunyi dari gitar Loque agak bingit, namun ia masih dalam keadaan terkawal. Begitulah muzik Butterfingers, ada ‘chaos’ dalam seni artistik mereka tersendiri.
Sorakan paling kuat diterima Butterfingers apabila mereka hadir membawakan lagu-lagu dari tiga album penuh terawal mereka iaitu ‘1.2 Milligrams’, ‘Butter Worth Pushful’ dan juga ‘Transcendence’.
Lagu-lagu seperti ‘Ugly’, ‘Royal Jelly’, ‘The Chemistry’, ‘Epitome’, ‘Garden City Of Light’, ‘E’, ‘Wer Blanket’ dan lagu instrumental yang cukup ikonik, ‘Viopipe’ merupakan melodi-melodi yang bagaikan membawa penonton menelusuri nostalgia masing-masing.
Persembahan Butterfingers dengan lagu-lagu dari album selepas itu juga tidak kurang hebatnya. Seleksi lagu-lagu dari album ‘Malayneum’ sebagai contohnya menonjolkan keupayaaan dan kebolehan mereka yang berbeza.
Di antara persembahan yang menarik perhatian MASKULIN ialah menerusi lagu ‘Sad Sunday’, To Gather’, Suddenly’, ‘Mating Season’ dan ‘Floating in a Vacuum’.
Konsert ‘Butterfingers Malayneum 23’ berakhir pada kira-kira jam 12 tengah malam itu dengan dengan ‘encore’ menerusi lagu ‘Jump And Dive’ dan ‘Tahun 2001’.
MASKULIN difahamkan turut hadir di konsert tersebut ialah peminat setia Butterfingers yang juga penyampai radio Hot FM dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Tahniah buat Butterfingers di atas kejayaan penganjuran konsert ini. Semoga akan ada lagi konsert yang menarik dari mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“We are what we eat”. Pengamalan diet yang seimbang dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita.
Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Pengambilan diet yang seimbang perlulah berdasarkan kepada piramid makanan.
Pemakanan dan Stres
Stres boleh menyebabkan kehilangan/ pengurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium.
Semasa stres, kita akan bertendensi untuk;
mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
melangkau waktu makan utama terutama sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta bertendensi untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.
mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan.
mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan.
Perlunya Pengalaman Diet Seimbang
Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres.
Kepelbagaian dan diet yang seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.
Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres
Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah:
Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.
Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.
Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat
Tabiat diet yang tetap
Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.
Ambil diet seimbang
Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.
Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.
Kurangkan gula
Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.
Berhenti dari pengambilan alkohol
Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.
Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang
Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik
Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
Kekalkan berat badan
Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
Hentikan tabiat merokok
Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bertubuh muscular pastinya jadi idaman buat lelaki. Namun, bagi wanita pula jika tubuh mereka seakan-akan tegap, berketul malah lebih menonjol dari lelaki, pastinya akan menimbulkan persepsi yang berbeza.
Jika di luar negara, pertandingan bina badan wanita tidak asing lagi (dengan gelaran Binaragawati). Malah, ada dari mereka yang bertubuh lebih maskulin dari lelaki. Jika di pasaran tempatan, wanita muscular kebanyakkanya terdiri dari jurulatih kecergasan mahupun ahli sukan. Namun, benarkah wanita kategori ini bukan dambaan lelaki?
KENAPA WANITA MAHU BEROTOT?
1.MINAT
Akibat terlalu minat dalam bidang kecergasan, secara tidak langsung mengerakkan minda mereka untuk memiliki tubuh persis lelaki. Malah bagi mendapatkan gaya hidup yang sihat menjadikan wanita ini lebih kuat bersenam dari julat kebiasaan.
2.DESAKAN HIDUP
Berdasarkan pemerhatian, wanita yang ingin membina badan adalah atas kerana desakan dari pelbagai faktor. Antaranya demi menjaga keselamatan apabila berada di luar, tuntuan kerjaya dan lain-lain.
3.INGIN TAMPIL LEBIH MENARIK
Atas kerana ingin lebih menonjol dan cantik, wanita sebegini sanggup berhabiskan wang bukan pada alat solekan mahupun produk kecantikkan, namun berhabis duit ke gim serta membeli utiliti senaman.
Oh semestinya in tidak adil tetapi ia tidak boleh dinafikan. Berdasarkan kajian survei yang Maskulin lakukan terhadap 30 responden mengatakan mereka akan merasa geli dan tidak selesa jika berdampingan dengan wanita yang bertubuh tegap dan berketul. Bagi mereka, wanita sewajarnya lebih anggun jika bertubuh langsing dan biasa di mata mereka.
2_TERCABAR
Ya, jika berpacaran dengan wanita bertubuh maskulin pastinya akan menimbulkan sedikit sebanyak perasaan tercabar malah merasa rendah diri apabila berdampingan dengan mereka.
3_ JANGGAL
Pastinya kelihatan janggal jika berjalan berduaan dengan wanita yang bertubuh lebih tegap benbanding lelaki itu sendiri. Apa agaknya akan berlaku jika tiba-tiba wanita tersebut diganggu dan anda sendiri tidak melindunginya. Malah, lebih perit jika dia sendiri dapat menepis gangguan tersebut tanpa perlukan bantuan anda.
4_ PERSEPSI ‘SONGSANG’
Persepsi ini turut menjengah ruang minda lelaki pada wanita yang berketul seperti lelaki. Lelaki mudah menganggap mereka terdiri dari golongan yang songsang (lesbian) mahupun jolokan ‘pengkid’.