Jika anda membeli-belah barang keperluan dapur di pasaraya, pernahkah anda melihat produk dengan label “No Palm Oil” ataupun “Palm Oil Free”?
Jika ya, pasti perkara pertama yang anda fikirkan ialah minyak sawit membawa mudarat kesihatan dan sebarang produk makanan yang tidak mengandunginya adalah lebih baik, bukan?
Sebenarnya, anda telah dikelirukan dengan label tersebut.
Menurut doktor dan pempengaruh kesihatan, Doktor Malar Santhi, minyak sawit sebenarnya sejenis minyak sihat sama seperti minyak zaitun.
“Sememangnya dah terbukti melalui banyak kajian saintifik yang pemakanan yang kaya dengan minyak sawit membawa impak kesihatan yang sama bila kita gunakan minyak zaitun ataupun minyak sayuran yang lain, macam minyak bunga matahari ataupun minyak kanola,” katanya menerusi sebuah hantaran video di laman Tiktoknya.
Oleh itu, Dr Malar menegaskan yang bukanlah minyak sawit yang bersalah dalam kesihatan anda namun jumlah pengambilannya yang boleh membawa mudarat.
“Dah tiba masanya untuk kita celik bahawasanya bukannya jenis minyak yang memberikan impak kesihatan dari segi penyakit kronik ataupun tahap kolestrol. Tetapi jumlah minyak dan jumlah makanan yang kita ambil saban hari, itu yang memberi impak secara langsung kepada kesihatan kita.
Ads
“Sebab itu lebih penting untuk kita menjaga jumlah makanan iaitu kuantiti kalori, jumlah stress dan juga aktiviti fizikal untuk dapatkan tubuh yang sihat,” jelasnya.
Label “No Palm Oil” Menyalahi Undang-Undang
Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat untuk segera melaporkan ke Kementerian Perdagangan Dalam negeri (KPDN) jika terjumpa sebarang produk berlabel “No Palm Oil” ataupun “Palm Oil Free” di pasaran.
Ads
Hal ini kerana perkara itu melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM 250,00 atau penjara 5 tahun, demikian ujar Dr Malar.
Palm oil free and no palm oil logo icon. Vector logo label for healthy food or cosmetic product package. Gold and black oil drop with palm leaf design element
Tambahan pula, label sedemikian mula digunakan disebabkan tuduhan kononnya industri sawit ini menyebabkan masalah persekitaran.
Padahal 95 peratus ladang sawit di Malaysia mempunyai sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tajul berusia 58 tahun, berbadan gempal dan seorang perokok tegar. Namun, sejak sebulan lalu, dia kerap demam, tidak bermaya dan kurang selera makan sehingga menjejaskan rutin harian. Tidak tahan keadaan itu, Tajul ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan air kencing, terdapat sel darah merah (hemoglobin). Pemeriksaan CT scan pada abdomen, terdapat sel kanser di bahagian sebelah atas buah pinggang.
Kanser buah pinggang atau kanser renal merupakan sejenis kanser yang terbentuk di dalam tisu buah pinggang. Berdasarkan peratusan penghidap, lelaki lebih kerap, yakni dua kali ganda berbanding wanita menghidap penyakit ini.
Menurut Pakar Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara, Dr Soehardy Zainudin, antara penyumbang atau penyebab utama penyakit ini adalah merokok dan obesiti (berat berlebihan).
“Selain itu pendedahan kepada bahan-bahan kimia contohnya, arsenik dan capmist turut dibuktikan meningkatkan risiko terkena kanser ini.
“Walaupun ia tiada kaitan dengan keturunan, tetapi ada sekelompok pesakit yang kena kanser buah pinggang ini disebabkan sindrom yang dipanggil Von Hippel-Lindau (vHL) – di mana pesakit kena banyak jenis kanser – ikut organ mana yang kena, tak semestinya kena buah pinggang,” jelasnya.
Kenapa perokok? Dr Soehardy berkata, kebanyakan penghidap kanser lazimnya ada kaitan dengan bahan kimia (contohnya terdapat dalam rokok) atau bahan-bahan tidak sihat di dalam badan.
“Di dalam badan kita ada sistem imunisasi bagi mengekang perkembangan sel kanser ini. Tetapi, sekiranya gagal dan tidak berfungsi misalnya disebabkan oleh kesan rokok atau bahan-bahan kimia lain, ia akan menyebabkan sel kanser mudah merebak,” ujarnya.
Selain di kalangan perokok, ia juga lebih kerap kepada mereka yang mengalami penyakit buah pinggang dan sudah menerima rawatan dialisis selama bertahun-tahun (lebih 10 tahun) dan juga pesakit yang ada darah tinggi serta kencing manis.
Lingkungan umur yang selalu kena adalah dalam lingkungan 50-70 tahun (dewasa). Jarang sekali dikesan penghidapnya di kalangan umur kanak-kanak, kecuali sejenis kanser buah pinggang yang dipanggil Wilm Tumor, yang biasa dikesan kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
Simptom
Di peringkat awal, sebagaimana kebanyakannya kanser, kanser buah pinggang juga selalunya tidak boleh dikesan kecuali apabila sudah berada di peringkat pertengahan atau akhir. Antara simptom-simptom kanser buah pinggang ialah:
Diagnosis
Walau bagaimanapun, tidak semua simptom-simptom di atas bererti seseorang itu menderita kanser buah pinggang. Walau bagaimanapun, doktor akan membuat diagnosis berdasarkan simptom-simptom berkenaan dengan membuat pemeriksaan air kencing dan darah.
Melalui air kencing, kita akan buat diagnosis berdasarkan jika ada kesan sel darah. Pemeriksaan darah pula kita boleh dapati mungkin ada masalah dengan fungsi buah pinggang, dan sel darah merah (hemoglobin) boleh kurang atau meningkat. Keputusan adalah salah satu daripadanya.
Kemudian pesakit akan melalui pemeriksaan ultrasound, CT scan atau MRI. Walau bagaimanapun, ultrasound kita tak boleh nak diagnosis sangat sebab kadang-kadang nampak, kadang-kadang sebaliknya. Ia juga tidak berapa sensitif untuk kanser buah pinggang. Biasanya yang lebih sensitif untuk diagnosis kanser adalah melalui CT scan atau MRI.
Rawatan
Rawatan untuk kanser buah pinggang adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut sama ada telah merebak ke bahagian/organ lain, tahap kesihatan dan umur penghidap.
Sebagaimana penyakit lain, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Begitu juga pengesanan awal, peluang untuk sembuh adalah tinggi.
Lazimnya, rawatan paling berkesan untuk kanser buah pinggang adalah pembedahan untuk membuang bahagian yang terlibat.
Kemoterapi dan radio terapi tidak sesuai untuk kanser buah pinggang, terutama radio terapi. Biasanya, rawatan yang digunakan adalah dengan cara pembedahan membuang bahagian yang terkena. Contohnya apabila bahagian tersebut melibatkan sebahagian buah pinggang, kita akan buang sebahagian tersebut sahaja kerana biasanya bahagian lain masih berfungsi.
Jarang kanser buah pinggang melibatkan kedua-duanya sekali. Biasanya ia akan melibatkan salah satu. Potensi untuk berjangkit ke sebelah juga agak kecil kecuali jika ia berlaku melalui darah. Tetapi dalam kebanyakan kes, kalau merebak melalui darah, ia terlebih dahulu akan merebak ke organ-organ lain seperti tulang, paru-paru dan otak sebelum sempat untuk pergi ke buah pinggang sebelah.
Jangka hayat
Jika ia tidak merebak ke bahagian lain atau belum sampai tahap kritikal seperti sel kanser telah merebak ke tulang, paru-paru dan otak, dalam masa lima tahun, jangka hayat adalah dalam 50 peratus sementara dalam masa 10 tahun pula adalah 40 peratus, bergantung kepada pengesanan awal dan rawatan yang dijalankan.
Berdasarkan kes seperti dialami Tajul, selepas menjalani pembedahan membuang bahagian yang terdapat sel kanser, sekiranya perokok berhenti merokok, risikonya lebih rendah atau semakin menurun. Apa yang penting, buat pemeriksaan sekiranya terdapat gejala-gejala seperti di atas.
Gambar sekadar hiasan
DR SOEHARDY ZAINUDIN
Pakar Runding Nefrologi
MD (UKM), M. MED (UKM), M. MED (Singapore), MRCP (UK), MRCPS (Glasgow), AM (Mal)
Pusat Perubatan Tropicana
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahun 2020 merupakan satu tempoh yang mencabar buat ktia semua. Dengan penularan pandemik yang masih lagi berterusan dan mengakibatkan ramai nyawa terkorban. Malah, ekonomi juga turut mendapat tempis dengan ramai yang terkesan. Ketibaan tahun 2021 disambut dengan penuh optimis. Namun di sebalik itu muncul pula ujian dalam bentuk hujan lebat yang sekali gus mengakibatkan banjir. Banyak lokasi terutamanya di Pantai Timur sudah terjejas. Kita tidak dapat elak untuk mengharungi dugaan ini dengan hati terbuka.
Selain banjir, hujan lebat juga boleh mengakibatkan berlakuknya rantaian bencana alam yang lain seperti tanah runtuh. Di beberapa lokasi terutamanya di Lembah Klang, cukup berisiko dengan kawasan lereng bukit yang harus diberikan perhatian. Bagi anda yang tinggal di kawasan berisiko perlulah ambil perhatian yang lebih terutamanya kawasan untuk letak kereta.
Sebolehnya kita mahu elak daripada terlibat dalam mana-mana bencanan. Tapi sekurang-kurangnya kita ambil langkah pencegahan. MASKULIN kongsi beberapa lokasi perlu anda elak untuk parking kereta sepanjang musim hujan seperti sekarang.
Kawasan rendah sering terdedah kepada banjir kilat. Pada musim hujan lebat, kawasan tersebut sangat berisiko kerana air naik dengan begitu cepat sehingga boleh merosakkan bahagian dalam kenderaan.
Jika kereta rosak atau rumah anda berhampiran dengan lereng bukit, elak parking kenderaan anda di situ kerana sewaktu musim hujan, tanah mudah terurai dan tanah boleh runtuh sehingga membabitkan nyawa.
Pantai sememangnya kawasan yang sangat terdedah kepada hujan lebat dan angin ribut yang sangat kencang. Ada kalanya, air naik ke pinggiran jalan dan boleh menghanyutkan sesebuah kenderaan lebih 100 meter dari lokasi asal bergantung kepada jumlah air.
Hujan lebat dan ribut boleh mengakibatkan pokok bergoyang secara luar biasa. Lebih menyeramkan, pokok boleh tumbang dan menghempap kenderaan yang berdekatan. Jika tidak tumbang, mungkin ada dahan-dahan yang patah dan mencucuk bahagian kenderaan seperti cermin dan sebagainya sehingga pemilik terpaksa menanggung kerugian.
Buat anda yang terkesan dan terjejas dengan dugaan banjir kali ini, MASKULIN doakan anda untuk tabah menghadapinya. Semoga tahun 2021 memberikan satu harapan yang lebih baik untukkita semua.
Follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya semua tahu cara paling terbaik untuk membasmi segala parut jerawat lama ialah dengan menggunakan teknik skrub atau pengelupasan. Parut jerawat yang gelap dan bertompok ianya dari kesan kulit mati dan pigmentasi berlebihan. Jadi ramai yang berpendapat ini cara paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan ‘warna’ yang tidak mahu pada wajah.
Ambil lidah buaya dan belahkan ia menjadi dua, ambil lendirnya dan gosokkan pada parut. Lakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik
Rendam beberapa helai daun senduduk , sedikit cengkur dan segenggam beras. Giling atau tumbuk kesemua bahan tadi dan sapukan ke bahagian parut. Lakukan 3 kali seminggu untuk lebih berkesan
Ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air, ramas sehingga sebati dan sapukan pada parut. Biarkan ianya kering dan selepas itu boleh bilas dengan air bersih.
Ambil 10 helai daun sirih muda dan tumbuk sehingga hancur, selepas itu anda sapukan pada parut atau jerawat pada kulit anda. Setelah kering anda boleh bilas dengan air bersih.
Ambil beberapa batang kayu manis, tumbuk sehingga halus dan sediakan bedak sejuk yang sudah dicairkan. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan ke atas parut anda. Lakukan 3 kali sehari bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat
Kisar timun tersebut dan tapis airnya. Ambil ampasnya dan tampal ke muka anda. biarkan ianya kering sekejap dan selepas itu anda boleh membilasnya dengan air bersih atau air suam. Lakukan tips-tips ini sekerap yang mungkin bagi mendapatkan hasil yang diingini. Siapa yang tidak mahu kulit kelihatan segar dan cantik bukan? Tidak perlu berhabis duit beribu jika anda tahu bagaimana hendak menggunakan bahan sedia ada ini.
Sebenarnya banyak khasiat-khasiat tersembunyi yang ada dalam bahan-bahan yang mudah dijumpai di dapur, contohnya seperti halia, kunyit, serai. Dimana kegunaannya kebanyakkan baik untuk kesihatan wanita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.