Selalunya apabila hidung berdarah, kita akan mendongakkan kepala kononnya untuk menghentikan aliran darah tersebut. Namun sebenarnya cara yang selama ini kita buat apabila hidung berdarah itu rupanya salah.

Sebab-sebabnya diperjelaskan lagi oleh Dr Ezairy M.Sallih yang bertugas di Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung & Tekak) menerusi entri di laman Facebook miliknya.

Menurut beliau, mendongakkan kepala ketika hidung berdarah berisiko menyebabkan darah hidung masuk ke saluran pernafasan. Jadi apa yang sepatutnya anda buat?

Ini perkongsian beliau tentang langkah sewajarnya yang anda patut buat apabila hidung berdarah.

Risiko Darah Masuk Ke Paru-Paru, Nasihat Doktor Ini Jangan Dongakkan Kepala Bila Hidung Berdarah!

Jangan dongak kepala ketika pendarahan hidung!

Ini yang selalu masyarakat kita lakukan. Mendongak ke atas supaya darah berhenti dan tidak lagi keluar.

IKLAN

Dua perkara perlu dipastikan apabila pendarahan hidung sedang berlaku.

1. Pendarahan hidung berhenti.
2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.

Oleh itu, beberapa langkah perlu dan MESTI dilakukan apabila pendarahan hidung berlaku.

1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.

IKLAN

2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!

3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.

4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.

IKLAN

5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.

6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.

Sila #kongsi tulisan ini kepada mereka yang anda sayang. Moga ia bermanfaat.

Dr Ezairy M.Sallih
#doktortelingahidungtekak

Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI