Seorang lelaki berusia 29 tahun ini membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan tentang menunjuk, tapi tentang sedia berkorban.
Dengan hanya membelanjakan RM4.70 setiap hidangan, dia mampu mengumpul simpanan sebanyak RM845,000 dalam masa enam tahun sahaja. Bunyinya gila? Tapi inilah realiti lelaki yang nekad hidup super minimalis demi masa depan yang stabil.
Bermula Dari Trauma, Bertukar Jadi Tekad
Segalanya bermula bukan kerana trend, tapi kerana kesan trauma masa kecil.
“Masa saya Tahun Lima, ibu jatuh sakit teruk. Kos rawatan terlalu mahal, kami terpaksa berhutang lebih RM65,000. Saya tengok ayah bekerja siang malam, saya tak boleh lupa.”
Sejak itu, dia bertekad: “Kalau satu hari nanti sesuatu berlaku, saya tak mahu bergantung pada orang lain. Saya kena bersedia dari segi kewangan, secara mental.”
Dengan mengehadkan bajet makan bulanannya di bawah 500 yuan (±RM325) dan memilih hidangan ringkas yang dimasak sendiri di rumah, lelaki ini berjaya tingkatkan simpanan secara konsisten sejak tamat pengajian universiti enam tahun lalu.
RM325 Sebulan Untuk Makan — Disiplin Penuh Kawalan
Bayangkan gaji biasa, hidup di bandar besar, tapi perbelanjaan makan tak lebih RM325 sebulan. Ini antara strategi ekstremnya:
Ads
🍚 Masak sendiri setiap hari — beli bahan pukal, rancang menu mingguan 🥣 Setiap hidangan bawah RM5 — tiada jajan, tiada air manis, tiada makan luar 🚫 Tiada Starbucks, tiada GrabFood, tiada ‘nak reward diri’ 📉 Setiap perbelanjaan dicatat, setiap ringgit mesti ada alasan
Dan yang paling menarik? Dia bukan kedekut, tapi pilih untuk bersederhana dengan penuh sedar.
Bukan Tak Mampu, Tapi Tak Mahu
Walaupun mampu, dia sengaja menolak gaya hidup hedonistik.
“Orang susah nak percaya, tapi saya memang tak minat ‘bersantai’. Saya pernah ke Universal Studios, pernah travel ke Sanya tapi semua atas urusan kerja. Bila buat semua tu, saya sedar, tak ada yang benar-benar buat saya gembira.”
Ads
Kepuasan sebenar bagi dia? – Tengok baki akaun simpanan bertambah. – Bayangkan ibu ayah duduk di rumah yang dia beli. – Bayar kereta tanpa hutang. – Rancang percutian khas untuk keluarga, bukan untuk konten media sosial.
Dia kini berjaya menyimpan 1.3 juta yuan (±RM845,000), makin hampir dengan matlamat besarnya — kumpul 2 juta yuan untuk belikan rumah dan kereta buat ibu ayah tercinta.
Tapi… Ada Harga Yang Dibayar
Selepas bertahun-tahun bekerja bawah tekanan dan makan dengan terlalu minimal, kesihatan dia mula terganggu — kolesterol naik, peredaran darah lemah, stres yang menekan.
Namun, dia sedar akan perkara itu dan sedang mula seimbangkan kembali.
“Saya tak nak simpan duit sampai sakit. Sekarang saya dah mula jaga kesihatan. Tapi saya masih pegang prinsip: bertahan sekarang, nikmati kemudian.”
Ads
Matlamat Hidup: Rumah, Kereta & Keluarga Bahagia
Dia menyasarkan untuk simpan RM1.3 juta (2 juta yuan). Dengan wang itu:
🏠 Belikan rumah untuk ibu ayah 🚗 Hadiahkan mereka kereta 🛫 Bawa mereka melancong 💍 Kemudian, berkahwin dan bina keluarga sendiri
“Hidup ini bukan tentang bersenang-senang setiap hari. Saya pilih untuk susah sekarang supaya saya boleh senang nanti dan buat orang tersayang bahagia.”
Kisah ini bukan tentang ekstrem. Tapi tentang kuasa mindset seorang lelaki. Bila seorang lelaki tahu apa yang dia nak, dan sanggup berkorban untuk capainya itulah kekuatan sebenar.
Di zaman moden ini segalanya agak sukar dan mencabar. Walau susah manapun dugaan yang bakal dihadapi, sebagai manusia, kita tetap akan mengharunginya dengan hati yang tabah serta usaha yang tidak berbelah bahagi.
Jika dahulu kita boleh menyara keluarga dengan hanya satu kerja sahaja dan perbelanjaan tidak sesukar hari ini. Namun, realitinya sudah berubah pada hari ini kerana sudah ramai orang yang sudah mula membuat 2 kerja dalam satu masa semata-mata mahu menyara keluarga.
Hari ini tidak pelik jika kita lihat orang kerja sebagai penghantar surat di siang hari, malam pula mengambil upah hantar makanan. Ini semata-mata mahu menyara anak dan keluarga.
Begitu juga dengan seorang graduan di sebuah universiti yang terkemuka di United Kingdom di mana dia sanggup bekerja sebagai tukang cuci. Dia melakukan sedemikian kerana semata-mata mahu membelikan tiket penerbangan untuk ibu bapanya melihat dia menggenggam segulung ijazah di negara asing.
Ikuti kisah perjalanan hidup Mohd Afiq yang diceritakan oleh rakannya Khairul Aiman Hamdan daripada bergelar seorang pemandu lori serta penternak kambing hinggalah graduan kelas pertama di UK.
“Tak payah bohong, cakap je aku dah tau Kelantan, kuat bau budu”. Satu bilik gelak.
Afiq berseloroh, dia tahu dia ‘kantoi’ dan aku tahu dia bercanda. Jarang sekali aku dengar, orang asal Subang, tapi bahasa Inggeris nya berloghat Kelantan. ?
Dan seperti biasa, aku suka untuk tahu latar belakang serta kisah anak-anak Malaysia yang belajar di luar negara. Semua orang ada kisah sendiri. Tambahan kisah-kisah inilah, yang buatkan hidup ini menarik. Ini mungkin cerita biasa bagi kalian, tapi bagi aku, kisah ini istimewa. Perlu aku kongsikan kisah anak muda ini dengan kalian.
Afiq, budak Kuala Krai dari Kampung Batu Mengkebang adalah legenda hidup yang aku bertuah dapat kenali. Umum, mungkin kerana aku asal bandar, bila dimomok cerita anak kampung berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidup adalah satu cerita klise. Mungkin selama ini aku sendiri tak pernah jumpa, maka penyebab aku tak pandang sebelah mata.
Bila aku teliti, pemegang biasiswa JPA ini punya cerita unik sendiri yang mahu aku tuliskan. Anak pasangan Ismail bin Abas dan Norma binti Abdullah ini merupakan seorang insan biasa, lahir di kampung biasa. Dengan ayahnya punyai kebun kelapa sawit dan kambing sebagai ternakan. Si ibu, suri rumah sepenuh masa dan kadangkala buat kerja sampingan jualan kain di kampung.
“Berapa adik beradik kau?”
‘Dua bang, tapi abang saya kelainan upaya. Kaki dia tak kuat macam kita. Jadi saya seorang yang tolong baba jaga kebun dan kambing”.
‘Saya dari kecik sekolah asrama bang. Sekolah pondok. Dari darjah empat, jauh sekolah saya, baba hantar untuk saya belajar elok. Boleh ubah nasib keluarga”.
‘Masa saya tingkat 1, saya masuk sekolah agama swasta. Baba nak bagi terbaik, dia bayar mahal. Yuran sebulan rm300. Dia kerja keras nak bagi segala yang termampu. Cuma masa saya PMR, saya kena keluar sekolah tu, sebab keputusan saya tak dapat ikut capaian minimum”.
“Berapa kau dapat?”
‘4A 4B 1C, masa tu saya sedih sangat. Tak dapat nak banggakan baba dengan umi. Saya anak harapan tapi tak dapat bagi apa-apa. Baba dengan umi ok je, tapi sayalah yang sedih’
“Habis tu, macamana kau boleh sampai sini (UK)?”.
‘Pulun bang, saya pindah sekolah lain, dapat masuk kelas akaun. Dari situ saya dapat rasa, saya minat nombor. Saya tengok matematik saya suka, kira kira saya suka. Bila peperiksaan percubaan saya dapat 9A, semua orang pandang. Masa tu memang saya tak pandang belakang bang. Saya usaha sehabis baik lagi, alhamdulillah SPM saya dapat 10A1B”.
“B apa?”
‘Bahasa Arab’ aku dengan dia gelak sama-sama. Orang kita, bukan ditanya 10A tu apa, tapi tanya yang B tu dulu.
Dia ada cerita dengan aku, zaman remaja dia memang banyak dibesarkan dengan kerja kebun dan jaga kambing. Asal ada masa cuti sekolah, jarang sekali dia jadi macam remaja lain, bercuti atau ke kelas tambahan. Dia tahu tanggungjawab dia adalah dengan keluarga, susah senang dengan keluarga.
Kalau biasanya, dia akan makan singgang sebagai makanan kegemaran dan lauk ayam bukanlah suatu yang biasa. Bukan kerana tak mampu, tapi dah jadi kebiasaan untuk berjimat, makan biasa atau bukan bermewah. Selalunya cuma nasi lauk sayur dengan ikan kering pun dah cukup lega bagi mereka sekeluarga.
Selepas keputusan SPM yang cemerlang, dia ditawarkan pengajian A level kelolaan Intec di Shah Alam, selesai A level terus ke University of Essex dalam pengajian Akaun dan Kewangan.
“Lepas kau tahu kau terbang kau buat apa?”
‘Ba paling bangga bang, dia tumbang lembu seekor dan kambing seekor. Setakat ni tak ada lagi anak kampung saya terbang gi UK. Senyum sungguh dia. Alang alang dah nazar, saya botakkan kepala’
“Tak bang, tapi dah nazar. Sebab tu masa dekat Intec, saya pakai kopiah. Langsung saya kena panggil budak kopiah. Bila rambut dah panjang, saya free hair ??”.
Aku gelak besar. Ada saja akal budak sekolah agama ni. Ketika belajar di Essex, Afiq bekerja Part time sebagai tukang cuci di Universiti.
“Aku tengok banyak jam kau kerja ni. Dah macam staff sepenuh masa, kenapa?’
” Saya nekad bang, alang alang saya tak balik dua tahun, saya nak umi dengan baba datang masa saya graduation. Bila saya terima ijazah, saya nak umi dengan baba ada ketika itu. Saya harap mereka bangga dengan saya. ”
” Maksud kau dengan kerja banyak jam ni?”
” Yalah, saya nak pulun lah kerja banyak bang. Dapat duit. Umi dengan baba tak pernah naik kapal terbang. Saya nak bayar tiket mereka naik flight datang sini, sebagai hadiah buat mereka yang besarkan saya sampai saya berjaya tamatkan pelajaran bang. Seumur hidup, saya hanya nak bagi hadiah terbaik buat mereka. Bukan setakat senggengam ijazah, tapi pengalaman berharga buat mereka untuk dapat tengok anak sendiri terima ijazah”‘.
Aku terdiam. Hadiah apa yang aku pernah bagi untuk mak ayah aku?
Hari ini, hari paling gembira buat kedua umi baba Afiq. Dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur dengan bas, singgah dirumah saudara sebelum terbang buat pertama kali di dalam 54 tahun hidup mereka. Dari KLIA pula transit ke Abu Dhabi, lalu Ke Heathrow, hinggalah ke Colchester. Perjalanan paling panjang dari hidup mereka.
(Oh ya, umi baba afiq tak boleh berbahasa Inggeris. Apatah lagi ini kali pertama mereka ke luar negara. Naik kapal terbang pun tak pernah. Jadi Afiq, tumpangkan umi baba nya terbang bersama ibu rakan Afiq yang turut terbang ke mari untuk majlis graduasi. Risau dia kalau nak lepaskan umi baba terbang sendirian).
Hari ini akhirnya semua jasa umi baba nya terbalas bila dapat tengok anak harapan di atas pentas dengan Ijazah Kelas Pertama. Afiq juga akan mula bekerja di salah satu syarikat perakaunan terbesar di negara (Big Four). Perasaan bangga bukan kepalang. Gugur air mata kedua ibu bapa ini. Moga Afiq terus berpijak di bumi yang nyata dan dapat terus menggembirakan kedua umi dan babanya.
Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu. Aku tumpang bangga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluruh dunia kini mengecam keras tindakan dan jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin terutamanya di Gaza yang berlaku sekarang.
Ini bukanlah kali pertama malah kekejaman daserangan tak berperikemanusiaan ini telah berlarutan selama berdekad lamanya. Lebih malang lagi kebanyakan yang menjadi mangsa ialah golongan orang tua dan juga kanak-kanak. Terbaru, serangan terhadap sebuah hospital telah mengakibatkan ratusan nyawa tidak bersalah telah terkorban.
Selain orang awam individu-individu berpengaruh seperti pemimpin, artis, selebriti dan juga ahli sukan profesional mula menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin dan mengecam jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis.
Namun malangnya suara-suara ini kebanyakannya disekat tertutamanya di negara-negara luar seperti di Eropah. Jaguh dan legenda lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang berkongsi sebuah kissah bagaimana dia hampir disingkirkan dari kejohanan dan perkampungan suka ketika menyertai pertandingan besar di Eropah.
“Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.
Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia,” jelas beliau melalui satu perkongsian di Facebook kendaliannya.
Menurutnya lagi, ketika kejohanan itu berlangsung, Gaza berdepan serangan yang cukup dahsyat dan dibom tentera rejim tersebut. Pada serangan itu juga menyaksikan ramai mangsa menjadi korban termasuklah wanita, kanak-kanak dan juga bayi.
“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.
“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula. Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support,” tambannya lagi.
Azizulhasni terus menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.
Teruskan memberi sokongan anda dari apa jua bentuk dan cara. Semoga Palestin akan bebas!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap kali anak Malaysia memenangi apa-apa pertandingan sukan di peringkat antarabangsa tidak dinafikan kita semua turut berasa sangat bangga. Terbaru, pelari menarai atau tower runner profesional negara, Soh Wai Ching telah menjuarai pertandingan larian memanjat menara terkemuka dunia iaitu Empire State Building Run-Up 2021.
Larian pendakian menggunakan tangga yang sangat mencabar tersebut menyaksikan Soh Wai Cing menlengkapkan pendakian sebanyak 86 tingkat di bangunan yang cukup ikonik dengan nama New York. Lebih membanggakan, beliau mencatatkan masa pendakian yang sangat baik iaitu dalam masa 10 minit 40 saat!
Memetik laman sesawang rasmi pertandingan tersebut, atlet yang menyahut cabaran ini dianggap sebagai salah satu cabaran ketahanan yang sangat tinggi.
Namun begitu sifat kompetitifnya ternyata terserlah apabila sedikit kecewa kerana tidak berjaya mencapai sasaran yang diletakkannya iaitu rekod 9 minit 33 saat yang dicipta Paul Crakepada 2003.
Walaupun agak kecewa namun beliau berazam untuk kembali pada 2022 dan meningkatkan lagi kebolehannya dalam pertandingan tersebut. Beliau turut berharap mempunyai persediaan yang baik pada tahun depan untuk kembali berentap sekurang-kurangnya dua bulan.
Untuk rekod Empire State Building Run-Up merupakan perlumbaan menara paling terkenal di mana pelari perlu berlari menaiki 86 flights atau 1,576 anak tangga!
Perlumbaan yang berlangsung pada 26 Oktober lalu ini juga dilangsungkan bagi mengumpul kutipan dana untuk Equity Designs di mana ia membawa misi untuk melatih 150 orang guru menggunakan aktiviti fizikal bagi mengembangkan pembelajaran dan impak kesihatan kepada lebih 4,500 belia di Bronx, New York.
Lebih menarik Sebastian Stan, pelakon Hollywood terkenal dengan watak adiwira Bucky Barnes/ Winter Soldier turut hadir dan menyokong penganjuran serta kerja amal seperti ini. Sebastian hadir bersama jurulatih kecergasan peribadinya, Don Saladino.
Kemenangan Soh Wai Ching turut mencuri perhatian pelakon tersebut dan mereka sama-sama sempat berfoto bersama mengabadikan momen berharga. Malah Sebastian Stan turut memuat naik pertemuan mereka menerusi laman Instagram kendaliannya.
Soh Wai Ching menerusi Instagram kendaliannya juga turut melahirkan keterujaannya dengan kemenangan dan kesempatan bertemu dengan Sebastian Stan.
“Sangat gembira pada malam ini! Memenangi larian dan berpeluang bertemu dengan Winter Soldier, Sebastian Stan! Marvel fanboy di sini. Berharap agar dapat bertemu dengan Marvel Superhero yang lain!” jelas Soh Wai Ching menerusi kapsyen foto selfienya bersama pelakon tersebut.
Jutaan tahniah MASKULIN ucapkan kepada Soh Wai Ching kerana berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Teruskan berlari!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.