Foto : Buzzkini

Majlis persaraan bukan sekadar acara perpisahan, tetapi juga satu penghargaan simbolik atas jasa dan pengorbanan seorang pendidik yang telah mencurahkan bakti mendidik anak bangsa.

Begitulah yang dapat digambarkan dalam satu majlis persaraan yang kini tular di media sosial, apabila seorang pengetua diraikan dengan penuh istimewa diarak menaiki kereta mewah BMW i8 Roadster sambil disambut dengan senyuman dan tepukan gemuruh warga sekolah.

Tular Detik Menyentuh Hati Di SMK Bukit Gambir

Kejadian yang berlaku di SMK Bukit Gambir, Tangkak, Johor ini dirakam dan dimuat naik oleh pengguna TikTok @eiza_liza.

@eiza_liza

Selamat Bersara Cikgu AB. Mutalib.. Pengetua SMK Bukit Gambir… cikgu yg sangat di sukai dan di senangi oleh guru2..ibubapa.. dan para pelajar…

♬ Memori Tercipta – è

Ads

Video itu menunjukkan pengetua sekolah berkenaan, Cikgu AB. Mutalib Mahad, yang melambai mesra kepada guru-guru dan pelajar dalam suasana penuh rasa sayu dan penghargaan.

Majlis Bertemakan Kasih Sayang dan Penghormatan

Apa yang menjadikan majlis ini begitu istimewa bukan sekadar kereta mewah yang digunakan, tetapi aura keikhlasan dan kasih sayang yang jelas terpancar di setiap sudut.

Dari barisan guru yang berdiri menghormati, hingga ke pelajar yang melambai dan menjerit panggilan mesra “Cikgu!”  suasana tersebut cukup menyentuh perasaan.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh pemilik video, kebanyakan perkara yang terlibat dalam penganjuran majlis itu termasuk penggunaan kereta mewah adalah hasil tajaan pihak luar yang ingin menghargai jasa Cikgu AB. Mutalib.

Ads

Jelasnya lagi, tiada dana sekolah digunakan.

“Maaf semua, jangan salah faham. Tak guna duit sekolah pun. Semua layanan untuk majlis persaraan ini memang layak untuk beliau,” tulisnya di ruangan komen TikTok sebagai penjelasan kepada kekeliruan netizen.

BACA LAGI : Amar Baharin & Qobin Hampir Akhiri ‘Journey to Tanah Haram’

Ads

Ramai Bekas Pelajar Tampil Memberi Sokongan

Rata-rata pengguna media sosial yang juga bekas pelajar SMK Bukit Gambir meluahkan rasa bangga dan terharu melihat bekas pengetua mereka diraikan sebegitu rupa.

Mereka mengakui Cikgu AB adalah seorang pemimpin sekolah yang tegas tetapi penyayang, dan sentiasa meletakkan kebajikan pelajar sebagai keutamaan.

Majlis persaraan Cikgu AB. Mutalib bukan sekadar majlis perpisahan, tetapi satu simbol kasih sayang dan penghormatan tulus dari seluruh warga sekolah.

Dalam dunia yang sering terpalit dengan isu ketidakpercayaan terhadap institusi pendidikan, kisah ini menjadi bukti bahawa guru yang ikhlas dan berdedikasi tetap akan dikenang dan disayangi ramai.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI