Bukan senang orang berbadan besar ingin kurus. Jika tiada kesungguhan dalam diri pasti gagal untuk kurus.
Lebih membakar semangat untuk kurus apabila dia pernah diperli dan diejek dengan pelbagai gelaran memalukan sehingga kemurungan.
Gara-gara pengalaman pahitnya menjadi gemuk sejak tadika, Caden Harris berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan dengan tujuh tip kurus demi membantu orang yang ada masalah berat badan sepertinya.
Jom baca pengalaman dan perubahan yang dialaminya. Semoga perkongsian ini memberi anda semangat untuk menurunkan berat badan.
Dalam dunia kecergasan, pencapaian luar biasa bukan datang daripada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi juga kekuatan mental dan ketahanan jiwa. Itulah yang dibuktikan oleh Soh Wai Ching, pelari menara kebangsaan yang berjaya mencipta sejarah apabila mencatat rekod dunia baharu mendaki setinggi 1.788 kilometer menggunakan mesin tangga, bersamaan dengan empat kali ketinggian Menara KLCC, dalam masa hanya satu jam.
Ya, anda baca betul. Satu jam, empat kali KLCC. Tanpa henti.
Soh bukan nama asing dalam arena larian menara global. Tapi kali ini, beliau melonjak lebih jauh dengan rekod yang diiktiraf dunia, memadam rekod lama milik atlet dari UK, David Mahoney (1.748 km). Percubaan ekstrem ini dilakukan dalam suasana indoor, tanpa sebarang gangguan luar hanya mesin, masa, dan semangat.
“Mencabar minda, tanpa henti selama satu jam. Memang sukar. Masih tak percaya saya berjaya harunginya,” kata Soh.
Ia bukan sekadar tentang otot, tetapi tentang fokus, konsistensi, dan pengurusan tenaga — satu kombinasi yang membezakan lelaki biasa dan lelaki luar biasa.
Lebih membanggakan, Soh turut mencipta empat rekod Malaysia Book of Records dalam sesi yang sama:
🏅 Pendakian terpantas setinggi Menara KLCC (451.9m) 🏅 Pendakian terpantas setinggi Merdeka 118 (678.9m) 🏅 Pendakian menegak 1KM terpantas guna mesin tangga 🏅 Jarak pendakian menegak terjauh dalam masa satu jam
Bagi lelaki yang menghargai cabaran, ini bukan sekadar angka. Ia adalah simbol kekuatan tubuh yang terlatih, fikiran yang terjaga dan keazaman tanpa kompromi.
Dalam dunia penuh alasan, Soh adalah definisi lelaki Maskulin sejati yang bukan sekadar bercakap soal disiplin, tetapi hidup dengan disiplin. Dia buktikan bahawa kejayaan bukan sesuatu yang datang semalaman, tetapi dibina daripada rutin yang konsisten dan cabaran yang diterima dengan terbuka.
Tak perlu tunggu Isnin atau tahun baharu untuk berubah. Cabar diri hari ini. Mulakan dengan satu anak tangga, satu set larian, satu langkah berani.
Soh dah buktikan, lelaki Malaysia mampu daki setinggi langit. Sekarang giliran anda.
Nama Shah Rukh Khan tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di negara kita. Populariti filem-filem Bollywood sejak sekian lama cukup mekar di Malaysia. Jadi tidak hairanlah apabila melakukan kunjungan ke negara kita sambutan yang diberikan memang luar biasa.
Karier Shah Rukh Khan yang kini sudah berusia 57 tahun masih lagi utuh. Terbaru filem lakonannya berjudul ‘Pathaan’ akan mula ditayangkan di India bermula penghujung bulan ini. Ia turut dibintangi dua bintang berpengaruh Bollywood iaitu Deepika Padukone dan John Abraham.
Menerusi trailer ‘Pathaan’ yang boleh ditonton di atas talian pasti anda semua terpesona melihat fizikal Shah Rukh Khan yang cukup tegap dan padu dengan six-pack. Melihatkan fizikal seperti itu pada seorang lelaki yang usianya sudah 57 tahun sedikit sebanyak membibitkan rasa kagum.
Pastinya anda juga sama seperti MASKULIN tertanya-tanya apakah rutin latihan yang dilakukan oleh yang popular dengan filem berstatus legenda seperti ‘Kuch Kuch Ho Ta Hai’ dan ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’ ini?
Pada Mac tahun lalu, Shah Rukh Khan mula memberikan teaser bentuk badannya tersebut menerusi Instagram kendaliannya. Apakah rahsia Shah Rukh Khan?
Rahsia latihan intensif yang dilakukannya dikongsikan oleh jurulatih fizikal atau peribadi, Prashant Subhash Sawant yang telah berkerja bersama Shah Rukh Khan sejak dua dekad lalu.
“Saya telah melatih Shah Rukh Khan sejak 24 tahun. Dalam empat tahun lebelakangan ini kami bersama-sama berusaha untuk filem ini. Walaupun berdepan pandemik namun Shah Rukh Khan tetap konsisten dengan latihannya,” jelas Prashant.
Kongsinya lagi, Shah Rukh Khan banyak melakukan aktiviti angkat berat. Sebelum itu dia turut melakukan latihan litar dan senaman kardio.
“Tetapi kini kami telah menggabungkan lebih banyak latihan kekuatan yang membantu dia kelihatan lebih baik dan lebih besar. Kami mengambil masa dua tahun untuk membina susuk tubuh kencang yang anda lihat di skrin. Rangka dan rupanya telah berubah sepenuhnya,” kata Prashant dalam satu temu bual bersama Indian Express baru-baru ini.
Jelasnya lagi, filem ‘Pathaan’ akan menjadi sebuah naskhah yang cukup berbeza kerana transformasi yang dilakukan oleh Shah Rukh Khan. Tambahnya lagi, perkara ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kerja keras dan dedikasi luar biasa oleh aktor tersebut.
Malah dia turut menggelarkan Shah Rukh Khan sebagai ikon kecergasan buat semua peringkat usia selain memberikan fokus yang spesifik terhadap dietnya.
“Setiap perkara yang dilakukannya akan diambil kira dan dirancang dengan teliti. Dari pengambilan karbohidrat, lemak dan protein. Transformasinya itu dianggap sebagai kerja sepasukan.
Lihatlah dedikasi yang ditunjukkan oleh Shah Rukh Khan. Walaupun usianya sudah separuh abad namun ia tidak menghalangnya untuk menjalani gaya hidup lebih sihat dan mampu membina bentuk fizikal yang mantap!
Semoga menjadi inspirasi untuk kita semua ya.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memakai pelitup muka bagi melindungi mulut dan hidung kini sudah menjadi sebahagian daripada norma baru kehidupan kita berdepan dengan ancaman wabak COVID-19.
Malah jika kita hendak memasuki mana-mana premis perniagaan kini kebanyakannya mewajibkan kita memakai pelitup muka. Kita cukup bertuah kerana kerajaan sentiasa mamastikan bekalan pelitup muka sentiasa mencukupi di pasaran.
Selain pelitup muka yang diimport kini semakin ramai yang menghasilkan pelitup muka sebagai punca pendapatan. Begitu juga dengan pereka-pereka tempatan. Antara yang bakal menampilkan rekaan pelitup muka ialah pereka fesyen tersohor negara, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Menerusi perkongsian beliau di laman media Instagram, sekeping foto dimuat naik menunjukkan rekaan pelitup mulut disertai bungkusan yang mempunyai bentuk seperti plastik ubat.
Perkongsian foto pelitup muka diberi nama RIMASK tersebut merupakan teaser rekaannya yang bakal dikeluarkan pada masa akan datang.
“Segak na?
“Akan datang… #RImask”
Dengan kapsyen pendek sahaja ia mampu membibitkan rasa teruja warganet terutamanya follower-nya. Rata-rata peminat setia Rizalman tidak sabar-sabar menantikan ia dipasarkan.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.