Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menunjukkan tren peningkatan rekod cemerlang 18 buah sekolah menengah agama negeri (SMAN).

Pencapaian yang cukup luar biasa bagi insititusi pendidikan ini juga pasti membuatkan ibu bapa membuka mata dan mula memilih menghantar anak anda ke Sekolah Agama atau sekolah tahfiz.

Pilih Sekolah Tahfiz Berkualiti Untuk Anak, Tip Ini Boleh Jadi Rujukan

Mungkin kalau korang nak masuk sekolah kebangsaan/menengah biasa rasanya tak banyak masalah kerana kebanyakannya diuruskan melalui sistem kerajaan negara.

Namun begitu, jika mahu memilih untuk masuk sekolah Tahfiz, mungkin ada yang risau dan tertanya-tanya sekolah mana yang baik untuk menyambung pengajian.

IKLAN

Jadi kali ini, kami kongsikan antara tip sebelum memilih sekolah tahfiz yang baik untuk anak.

Aspek sekolah

IKLAN
  • Sekolah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri
  • Sekolah mempunyai sijil kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Sekolah menyediakan modul pendidikan dan silibus pengajian akademik dan seimbang
  • Sekolah menggalakkan pelajar tahfiz terlibat dengan program/aktiviti ko-kurikulum lain
  • Sekolah tidak mengarahkan/memaksa/memprogramkan kanak-kanak meminta sedekah/derma kepada orang ramai atas pelbagai alasan, termasuklah kebajikan atau latihan keusahawanan
Pilih Sekolah Agama Berkualiti Untuk Anak, Tip Ini Boleh Jadi Rujukan
Gambar hiasan

Aspek asrama

  • Guru/warden boleh dihubungi dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang pelajar ada di asrama
  • Sekolah tidak menyekat pelajar untuk menghubungi ibu bapa pada bila-bila masa, termasuk semasa orientasi
  • Ibu bapa penjaga dan penaja dibenarkan melihat tempat anak belajar, tidur dan bilik air serta menu makanan yang diberikan kepada pelajar
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun tinggal di dorm/asrama berasingan daripada kanak-kanak di atas 12 tahun

Aspek hubungan/tanggungjawab ibu bapa

  • Sekolah membenarkan ibu bapa terlibat dalam semua program pembangunan pelajar tahfiz, sahsiah diri dan akhlak
  • Sekolah menggalakkan ibu bapa mengadakan WhatsApp group untuk mengetahui perkembangan semasa
Pilih Sekolah Agama Berkualiti Untuk Anak, Tip Ini Boleh Jadi Rujukan
Gambar hiasan.

Aspek disiplin murid

  • Sekolah tidak mengenakan sebarang syarat atau hukuman yang tidak munasabah, mengaibkan atau apa-apa hukuman yang melibatkan penderaan fizikal, emosi atau seksual
  • Sekolah memastikan interaksi dan hubungan fizikal antara pelajar senior dan junior diterangkan dan dikawal dengan jelas
  • Sekolah mempunyai polisi jelas yang menolak sebarang bentuk ragging dan buli

Aspek keselamatan

  • Sekolah menyediakan guru atau staf pengiring sewaktu membawa pelajar keluar dengan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu
  • Sekolah menerbitkan poster/buku peraturan disiplin yang jelas kepada semua pelajar dan ibu bapa serta tindakan yang dibuat sekiranya pelajar melanggar peraturan tersebut
  • Lembaga Pengurusan Sekolah menyediakan polisi/SOP perlindungan dan keselamatan pelajar
  • Sekolah menapis semua individu, kumpulan atau NGO luar yang datang menjalankan program di sekolah dan memaklumkan ibu bapa tentang program berkaitan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

BACA LAGI : Qari Negeri Sembilan Jadi Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2024

IKLAN

Sumber: Fadhlina Sidek Sid

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI