RODA PANAS 2 EP.1 – Apresiasi Kereta Klasik Dari Kaca Mata Seorang Expert & Pemilik Muda

Share

Masa yang dinantikan telah pun tiba. Bermula esok, 16 Januari 2022 program automotif paling gempak di Malaysia ‘RODA PANAS’ akan kembali untuk musim kedua.

Selepas mendapat sambutan yang cukup menggalakkan pada tahun lalu kini ‘RODA PANAS’ kembali dengan pelbagai pembaharuan serta tema yang bukan sahaja lebih menarik malah penuh dengan perkongsian pengalaman, info serta tip-tip teknikal automotif terbaik.

Menerusi episod pertama yang akan ditayangkan pada jam 6 petang esok menerusi saluran Astro Ria, ‘RODA PANAS 2’ akan membawakan tema ‘Classic Car’. Hos baharu ‘RODA PANAS 2’, Fizo Omar bakal membawakan penonton untuk mendekati dua tetamu jemputan yang mempunyai latar belakang cukup menarik dengan kereta klasik.

Hos RODA PANAS 2, Fizo Omar

Untuk musim ini, ‘RODA PANAS 2’ akan menampilkan seorang expert dan juga seorang tetamu untuk menonjolkan kereta serta membicarakn selok-belok pengetahuan mereka tentang setiap tema yang ditampilkan.

Bagi episod sulung ini, ‘RODA PANAS 2’menampilkan jemputan Dwayne Ho selaku expert dan juga Nazam, seorang pemuda yang merupakan seorang pengumpul kereta klasik.

Dwayne Ho

Selaku jemputan expert, Dwayne membawakan kereta istimewanya, Fairlady S30Z di mana dia membiacarkan banyak peribal teknikal tentang penjagaan kereta yang usianya sudah lanjut. Jika anda inginkan tip terbaik bagaimana untuk menjaga kereta moden klasik beliau merupakan antara individu paing tepat untuk membicarakannya.

Fairlady S30Z

Ini terutamanya dalam kategori kereta sport lama yang mempunyai estetika unik dan tidak terdapat pada kenderaan masa kini.

Manakala Nazam pula mempertontonkan dua buah kereta klasik kesayangannya iaitu Oldsmobile Regency 98 (1972) dan Mini Moke (1965). Kedua-duanya mempunyai karakteristik dan juga elemen kejuruteraan yang cukup berbeza.

Nazam

MASKULIN sempat menemubual Nazam yang usianya baru menginjak 23 tahun. Jelasnya, minat terhadap kereta klasik diwarisi daripada ayahnya. Malah kereta Oldsmobile Regency 98 merupakan kereta ayahnya yang telah dibaik pulihkan semula.

Mini Moke
Oldsmobile Regency 98

“Saya warisi kereta ini dari bapa saya. Selepas tersadai alam di bengkel saya ambil keputusan untuk baik pulih semula pada tahun 2017. Saya ambik keputusan untuk baik pulih kereta ini kerana ia mempunyai nilai sentimental cukup berharga buat saya.

“Kos untuk baikinya menelan belanja kira-kira RM40 dan setakat ini saya berpuas hati dengan hasilnya,” jelas Nazam yang kini mempunyai empat buah kereta klasik dalam koleksinya.

Manakala projek yang kini sedang giat dibangunkan oleh Nazam ialah ingin menyiapkan sebuahlagi kereta klasik iaitu Volvo 112S (1965). Tambahnya lagi, sesiapa pun boleh mempunyai kereta klasik asalkan boleh memberikan komitmen yang baik dalam penjagaannya.

Di antara pengalaman paling unik dilaluinya ialah pernah ditahan anggota polis kerana ingin bergambar dengan keretanya. Ternyata, kereta klasik memang ada aura yang tersendiri!

Jadi jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS 2’ episod satu pada Ahad, 16 Januari 2022 jam 6 petang di saluran Astro Ria. Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!

IKLAN