Food photo created by wayhomestudio - www.freepik.com

Sebenarnya kaki ayam bukanlah asing dalam pemakanan masyarakat di negara-negara Asia. Lihatlah negara seperti Thailand, Korea Selatan, China dan negara kita sendiri. Orang Asia memang terkenal menghargai setiap bahagian ayam yang boleh dimakan termasuklah bahagian kaki.

Mungkin bagi sesetengah daripada anda berasa geli apabila membayangkan kaki ayam. Tapi tahukah anda kaki ayam mempunyai banyak khasiat yang baik terutamanya kaya dengan kolagen?

Selain itu ia juga terkenal sebagai antara makanan yanh boleh membantu anda lebih awet muda! Berikut MASKULIN kongsi beberapa kelebihan yang anda akan dapat bila mengamalkan makan kaki ayam.

KAYA KOLAGEN

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dari Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mempunyai banyak kolagen.

Penyelidikan di universiti ini juga mengesahkan yang kaki ayam sebagai sumber alternatif yang baik untuk kolagen. Malah makan kaki ayam juga adalah rahsia orang Cina dan Korea untuk kelihatan awet muda. Malah kolagen juga dapat membantu untuk meningkatkan metabolisme terhadap lemak sekali gus membantu menurunkan berat badan.

Ruginya Orang Tak Makan Kaki Ayam, Selain Kaya Kolagen Ia Dapat Bantu Kuatkan Sendi & Tulang

IKLAN

TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI

Kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus.

Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina sisitem kekebalan tubuh badan. Dan disebabkan itulah sekiranya demam, anda disarankan makan sup kaki ayam.

MENCERAHKAN KULIT

Kini anda sudah tidak perlu lagi menyuntik vitamin C atau makan pil untuk mencerahkan kulit. Hanya makan kaki ayam saja, anda dah boleh dapatkan khasiat yang sama. Jadi rugi kalau anda tak cuba!

Ruginya Orang Tak Makan Kaki Ayam, Selain Kaya Kolagen Ia Dapat Bantu Kuatkan Sendi & Tulang
Kerabu kaki ayam
Foto: rasa.my

KURANGKAN RISIKO TULANG RAPUH

Kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen yang mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini dapat membantu mengukuhkan struktur tulang dan mencegah kerapuhan tulang apabila usia meningkat tua.

IKLAN

MELANCARKAN PERNCERNAAN

Kolagen yang terdapat pada kaki ayam dapat membantu memperbaiki pencernaan dengan menjaga lapisan mukosa pada usus. Asid amino pada kolagen juga membolehkan anda mendapatkan pencernaan yang sihat sekali gus menyihatkan metabolisme tubuh.

Semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan glucosamine larut apabila dimasak menjadi sup. Ini penting untuk menjadikan usus lebih lembut sehingga membuatkan saluran pencernaan lebih sihat.

LUKA SEMBUH LEBIH BAIK

Seorang penyelidik dari Amerika menerusi kajiannya mendedahkan bahawa potensi nutrisi seperti protein dan kalsium yang ada pada kaki ayam boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk menjana semula saraf, otot dan tulang manusia.

IKLAN

KESIHATAN KUKU

Kaki ayam yang sudah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

MENYIHATKAN GUSI

Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain boleh menyebabkan berlakunya masalah pada gusi. Atasinya dengan makan banyak kaki ayam kerana ia adalah makanan yang mengandungi nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino dan beberapa zat pembentukan gelatin. Malah khasiat nutrisi inilah yang akan membantu membaiki kesihatan gusi anda.

BANTU SEIMBANGKAN HORMON

Kaki ayam juga menghasilkan asid amino yang sangat baik. Asid amino yang dilepaskan daripada kaki dikenali sebagai arginin dan salah satu membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan atau stres. Bukan itu sahaja, arginin ini juga penting dalam hormon pembiakan baik untuk lelaki ataupun perempuan.

Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaatnya kepada anda. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!

Ruginya Orang Tak Makan Kaki Ayam, Selain Kaya Kolagen Ia Dapat Bantu Kuatkan Sendi & Tulang

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI