Foto: Gempak

Melihatkan kadar dan jumlah kes harian yang masih mencatatkan empat angka, bolehlah kita simpulkan pada tahun ini anak perantau akan beraya di perantauan.

Ia pasti sukar untuk kita semua apatah lagi tahun lalu juga tidak dapat beraya bersama keluarga, terutamanya ibu bapa tercinta. Namun, itulah harga yang perlu kita ‘bayar’ demi melandaikan kadar jangkitan. Dengan proses vaksin kita sudah memasuki fasa kedua, diharapkan pandemik ini akan berakhir dengan secepat mungkin.

Bagi pemantauan pada Hari Raya Aidilfitri nanti, pihak polis akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sebagaimana yang dilaksanakan pada tahun lalu.

Warganet sebenarnya tidak perlu rasa marah dengan pihak berkuasa kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab mereka untuk memastikan pematuhan kepada SOP. Mungkin ada segelintir yang berasa kurang senang kerana beranggapan ‘layanan double standard’ bagi golongan VIP dan juga selebriti terkenal.

Namun biarlah kita lebih rasional dalam hal ini. Segala apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa terutamanya dari PDRM adalah untuk memastikan keselamatan orang awam.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar.

Rumah Banyak Kereta Pada Hari Raya, Polis Mungkin Akan Singgah Periksa
Datuk Seri Abd Rahim Jaafar – Foto BERNAMA

Menurut beliau, rondaai tersebut dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak atau pun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Tambahnya lagi, tindakan itu juga sebagai langkah memastikan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 berada pada tahap baik serta mengurangkan risiko jangkitan wabak pada musim perayaan.

Ada kalanya pematuhan SOP dilanggar dan diingkari oleh sesetebgah pihak dengan mengambil peluang merentas negeri ketika cuaca tidak mengizinkan untuk pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan.

“Kadang-kadang bukannya disebabkan surat rentas negeri dan sebagainya, mereka yang terlepas (pemeriksaan) oleh kerana hujan lebat, anggota kita tidak dapat bertugas waktu itu (hujan) kerana membahayakan mereka, jadi mereka berlindung di pondok-pondok (keselamatan).

“Ketika itu (hujan), mereka (orang ramai) ambil kesempatan untuk melepas pemeriksaan. Kalau kita tengok banyak sangat kereta dekat sesebuah rumah, maka anggota kita akan mengadakan pemeriksaan, ada surat kebenaran untuk balik atau sebagainya,” tambahnya lagi.

Semoga kita semua terus patuh dan mendengar segala nasihat dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sama-sama kita jaga kita!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI