Sebenarnya ikan sardin mempunyai 1001 khasiat yang mungkin kita tidak ketahui. Ada yang merasakan menu ikan sardin adalah juadah waktu kecemasan, apatah lagi ia mudah untuk dimasak.

Namun siapa sangka, rupanya ikan sardin mempunyai banyak khasiat untuk anda dapatkan badan sado. Selain itu, ada 8 lagi khasiat lain kenapa ikan sardin pelru ada dalam menu anda.

1. Pembentukan otot

Ikan sardin adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan protein. Protein tersebut dapat membantu dalam pembentukan otot pada badan kita.

2. Menjadikan kulit lebih sihat

Jika anda inginkan kulit yang sihat, cantik dan bersinar, amalkan makan ikan sardin kerana ia kaya dengan lemak Omega 3. Lemak penting ini berperanan untuk meningkatkan sel-sel kulit, mengurangkan peradangan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

3. Meningkatkan antibodi

Antibodi badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan makan ikan sardin kerana kajian menunjukkan selenium dalam ikan sardin dapat menghindari radikal bebas, meningkatkan sel-sel sistem antibodi dan melindungi organ dari kerosakan.

4. Melindungi daripada penyakit jantung

Ikan sardin kaya dengan lemak Omega-3 yang berperanan penting dalam membantu mencegah dan melindungi jantung daripada pelbagai penyakit. Penelitian telah menunjukkan bahawa asam lemak Omega-3 seperti EPA atau Eicosapentaenoic Acid dan DHA atau Docosahexaenoic Acid dapat memecahkan kolesterol jahat LDL dalam tubuh dan membantu dalam mencegah penyakit jantung. Omega-3 juga sangat baik untuk memecah plak pada arteri yang menyumbat arteri dan meningkatkan tekanan darah. Dengan membersihkan plak, asam lemak ini juga akan membantu mengawal tekanan darah.

5. Perkembangan otak

Lemak Omega 3 sangat diperlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak. Ia dapat menguatkan memori dan meningkatkan daya tumpuan.

6. Membantu pertumbuhan & menguatkan tulang

Vitamin D yang terkandung dalam ikan sardin dapat membantu menyerap kalsium di dalam badan, sekali gus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah mencegah osteoporosis.

7. Mencegah pembekuan darah

Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk sistem jantung. Jadi, lemak Omega-3 yang ditemui dalam ikan sardin baik untuk jantung kerana ia dapat mencegah pembekuan darah daripada berlaku.

8. Mengurangkan risiko degenerasi makula yang berkaitan rapat dengan faktor usia

Degenerasi makula terkait usia (AMD) adalah satu kondisi yang biasanya dilihat pada mereka yang berusia 50 atau lebih, makula dan degenerasi retina adalah kehilangan daya penglihatan. Kajian menunjukkan bahawa makan ikan terutama ikan sardin  dapat mengurangkan risiko pengembangan AMD. Dari sisi lain pula, makan lemak biasa atau lemak jenuh dapat meningkatkan risiko mengembangkan AMD.

9. Bersifat anti-kanser

Penelitian tentang kanser telah menunjukkan bahawa khasiat kalsium dan vitamin D dapat membantu dalam mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser kolorektal. Ikan sardin adalah salah satu sumber terbaik kalsium dan vitamin D.

Reaksi alahan makan ikan sardin:

Ikan sardin juga dapat menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang. Kajian menunjukkan bahawa beberapa senyawa organik yang dikenali sebagai amina vasoaktif seperti tyramine, serotonin, typtamine, phenylethylamine dan histamin ditemukan dalam ikan sardin. Ini dapat menyebabkan reaksi alahan seperti penyempitan otot-otot usus, peningkatan denyutan jantung, sakit kepala, asma, penyempitan pembuluh darah, peningkatan hipertensi dan lain-lain. Dalam kebanyakan kes, pengambilan ikan sardin yang sangat tinggi dapat mengakibatkan gejala ini. Jadi makanlah berpada-pada

Sumber: tipscaramanfaat

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI