Salah satu sebab mengapa ramai lelaki enggan meenyimpan rambut panjang adalah takut berdepan situasi rambut gugur dengan banyak.

Apabila usia semakin meningkat ke 30-an, rambut akan mula menunjukkan petanda berlakunya ‘penuaan’. Walaupun ia berbeza-beza mengikut individu dan keturunan namun ramai yang berdepan masalah rambut gugur disebabkan tabiat yang dilakukan dalam kehidupan seharian.

Dan kebanyakan tabiat ini sebenarnya anda tidak tahu telah menjadi punca utama keguguran rambut!

RAMBUT DIIKAT KETAT

Bagi lelaki berambut panjang inilah antara gaya yang boleh menyerlahkan sifat macho mereka. Dan gaya manbun juga telah menjadi trend ikutan ramai. Tapi tahukah anda tabiat mengikat rambut ini hanyalah menggalakkan rambut mudah gugur. Rambut yang diikat secara tocang atau fesyen ekor kuda menyebabkan rambut ditarik dengan kuat oleh ikatan. Lalu menyebabkan kehilangan rambut secara beransur-ansur. Jika anda seorang yang selalu ikat rambut cuba lihat berapa banyak rambut gugur selepas ikatan dibuka.

BERDEPAN TEKANAN

IKLAN

Ini juga antara penyebab utama berlakunya keguguran rambut di kalangan lelaki. Terdapat dua jenis tekanan berbeza iaitu tekanan fizikal dan mental. Contoh tekanan fizikal ialah bila berdepan dengan kecederaan luaran melibatkan seperti pembedahan. Ini sebab yang memang tak dapat kita elak. Namun tekanan mental pula berbeza kerana ia berkait dengan kondisi mental. Jika anda selalu stres itu boleh menyebabkan rambut gugur dengan mudah.

Rupanya Tabiat Anda Lakukan Ini Jadi Punca Utama Rambut Mudah Gugur

HIPOTIROIDISME

Mungkin anda berkerut dahi membaca istilah di atas. Hipotiroidisme ialah kondisi di mana berlakunya kekurangan sesetengah hormon tertentu yang menyebabkan rambut mudah gugur terutamanya di kawasan alopecia areata.

IKLAN

Penyebab utama kondisi ini ialah disebabkan kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun dan pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.

BERLAKU JANGKITAN KUMAN

Antara jangkitan yang paling memberi kesan terhadap keguguran rambvut ialah penyakit kulit seperti kurap. Ia berlaku disebabkan oleh kulat dikenali sebagai Tinea capitis.

IKLAN

Dan ia amat mudah dijangkiti jika anda sentiasa terdedah dengan kawasan kotor, panas dan lembap. Jika anda gemar memakai topi atau menutup kepala dengan bandana pastikan rambut sentiasa dicuci dengan baik bagi mengelak terkena kurap.

Rupanya Tabiat Anda Lakukan Ini Jadi Punca Utama Rambut Mudah Gugur

BILA KURANG VITAMIN

Faktor pemakanan juga memainkan peranan sangat penting bagi memastikan rambut sentiasa sihat. Kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi atau anemia.

Ia satu kondisi di mana badan tidak mempunyai sel-sel darah merah mencukupi. Ia sangat penting untuk membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan bagi membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Jika berlaku kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein ia boleh menyebabkan rambut gugur.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI