Pejam celik kita sudah pun melepasi hari ke-30 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Dan kita kita sudah pun memasuki fasa ketiga yang bermula pada 15 April lalu.
Adakah tempoh ini akan dipanjangkan lebih lama lagi? Ia sebenarnya terpulang kepada kita semua. Duduk di rumah, kurangkan pergerakan dan InsyaAllah kita akan berjya melandaikan kadar penularan COVID-19.
Sepanjang 30 hari yang lalu adakah anda bersenam di rumah. Setiap orang ada motivasi berbeza-beza dan mungkin bagi orang bujang lebih senang nak bersenam. Berbeza dengan orang yang berkeluarga mungkin sibuk mengendalikan hal-hal rumah.
Tapi itu sebenarnya bukan alasan untuk tidak bersenam. Tahukah anda tidak perlu masa yang lama pun untuk bersenam.
Kali ini MASKULIN nak kongsi tip bersenam selama 4 minit sahaja. Tetapi ia perlulah dilakukan secara konsisten setiap hari.
Lakukan secara berpanjangan selama beberapa bulan nescaya perubahan itu akan anda dapat rasakan dengan ketara.
Ads
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
Squats jumps – 20 saat
Rehat – 10 Saat
Ads
Push up – 20 saat
Rehat – 10 saat
Burpees – 20 saat
Ads
Rehat – 10 saat
Sit ups – 20 saat
Rehat – 10 saat
*ulang step dari mula
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak badan. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aktiviti berlari ini semakin mendapat sambutan dan popular di negara kita. Ramai yang mula menjinakkan diri dengan larian. Terdapat banyak faktor menjadikan larian anda semakin baik dan efisien, antaranya bernafas dengan betul.
Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya apakah jenis dan teknik bernafas yang betul dan boleh dipraktikan di dalam larian anda. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh menjejaskan prestasi anda sendiri.
Ini dia 4 teknik bernafas saat berlari yang boleh anda praktikkan.
Berlari memang memerlukan oksigen yang banyak untuk masuk ke dalam badan. Teknik bernafas menggunakan hidung dan hembuskan melalui mulut sangat digalakan. Ini kerana apabila anda menggunakan teknik nafas melalui hidung sahaja akan mengecilkan saluran penafasan anda. Sekiranya anda bernafas melalui kedua-dua bahagian ia akan lebih lancar dan akan menambahkan lagi stamina anda.
Apabila berlari, pastikan anda berlari tiga langkah anda mengambil nafas dan tiga langkah lagi menghembuskan nafas. Jika anda ingin menambah kelajuan, pastikan anda mengambil dua langkah menarik nafas dan selangkah menghembus nafas. Teknik ini sangat membantu untuk anda menjaga penafasan dan tempo larian anda.
Gunakan nafas perut kecuali memecut
Sekiranya anda berlari perlahan, jangan gunakan teknik nafas dalam atau melalui dada. Gunakan teknik nafas perut atau ‘Diafragma’ untuk memberi udara masuk terus ke tubuh dan membolehkan anda berlari lebih banyak pusingan.
Keadaan postur badan semasa anda berlari sangat penting bagi melancarkan penafasan anda. Patikan badan tidak terlalu membongkok kerana ia akan mengecilkan postur dada. Luruskan badan anda dan bukakan dada dengan baik barulah anda boleh bernafas dengan betul dan lebih lancar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanyalah mana-mana lelaki, memiliki perut berotot tegap dan six-pack pasti menjadi idaman. Namun tak semudah itu untuk dapatkan six-pack.
Begitu juga dengan usaha mengekalkan kondisi otot yang tegap, sangat mencabar buat lelaki. Dengan kesbukan aktiviti harian anda mungkin rasa tak sempat untuk ke gim.
Disiplin dalam permakanan juga memainkan peranan sangat penting. Jadi apa rahsia lelaki berperut six-pack? Bagaimana mereka boleh maintain?
Mungkin 7 perkara ini jawapannya!
Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk minda dan tubuh badan. Menurut pakar diabetes, pengajar kecergasan dan juga pemilik studio kecergasan dan nutrisi iaitu Jim White, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali.
UNTUK MENINGKATKAN LEBIH STAMINA, LAKUKAN PELBAGAI JENIS SENAMAN SEPERTI CAMPURKAN LATIHAN KARDIO SEPERTI BERLARI, BERYOGA DAN MELAKUKAN SENI PERTAHANKAN DIRI.
Godaan makanan yang sedap dan permainan iklan yang menggugatkan selera anda boleh menjadi penghalang untuk mempunyai tubuh badan yang tegap. Anda perlukan motivasi tambahan dengan mencari teman yang juga mempunyai impian yang sama.
SELAIN BERKONGSI MINAT MEMPUNYAI BERTUBUH KEKAR, ANDA BOLEH BERSAING SECARA SIHAT DAN INI AKAN MEMBUATKAN ANDA MAHU BERUSAHA LEBIH KERAS.
Membaca label pada makanan yang anda beli adalah tindakan penting untuk menikmati pemakanan seimbang yang diambil selain mengelak makan makanan yang tidak baik. Elak membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan hadkan kandungan gula.
Pilih makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil di dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.
Memasak makanan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba untuk memasak dengan kaedah bakar, gril, kukus atau sauté berbanding makanan bergoreng. Pastikan anda masak menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin.
UNTUK PERISA, ELAK MENGAMBIL GARAM SEBALIKNYA GANTIKAN DENGAN HERBA.
Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat, tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa di gim tetapi anda boleh melakukan ‘push-up’ untuk menguatkan otot abdomen, dada dan bahu ketika dirumah mahupun pejabat. Ambil beberapa minit untuk melakukan senaman ini supaya ia boleh dijadikan rutin dan membentuk otot dengan mudah.
Ramai yang beranggapan, senaman kardio perlu ada ‘treadmill’ di rumah dan perlu ke gim. Sebenarnya, senaman kardio boleh berlaku ketika anda sedang menaiki tangga dan berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai tetapi ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.
Bagaimana untuk mengira saiz hidangan? Anda boleh mengira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk maklumat pada label nutrisi. Jika anda makan di luar, tinggalkan separuh dari hidangan ke dalam peti ais untuk dinikmati pada keesokan hari.
Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak. Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda.
Sesekali mengambil batang seleri dan cicah bersama mentega kacang atau meratah lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich.
BUAHAN CAMPUR YANG DIHIRIS DAN DIGAUL BERSAMA YOGURT DI DALAM MANGKUK BOLEH DIJADIKAN SNEK SIHAT SEPANJANG MASA.
Melatih diri dengan senaman kardio dan mengetahui saiz hidangan bukanlah perkara susah sebaliknya ia menjadi perkara paling menarik lebih-lebih lagi jika anda hanya melakukannya dengan santai. Santai, santai juga tetapi hasilnya pasti menakjubkan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya penguji kehamilan digunakan oleh wanita yang ingin menentukan bahawa mereka hamil atau tidak. Tidak pernah pula admin mendengar lelaki sengaja nak menguji air kencing mereka di alat tersebut. Namun mungkin kerana DIA hendak memberitahu kepadanya bahawa suaminya mengalami penyakit kaser testis, tergerak hati suaminya untuk suka-suka membuang air di alat berkenaan.
“ Ceritanya suatu hari seorang suami terjumpa alat penguji kehamilan isterinya ketika dia berada dalam bilik air. Dia pun saja-sajalah membuang air kecil pada alat penguji kehamilan tu.
Alangkah terkejutnya bila dua garis kehamilan warna merah muncul pada alat itu. Biasanya kalau dua garis tu muncul itu tanda wanita itu hamil. Tapi takkanlah dia mengandungkan?
Dengan niat nak bergurau dia pun postlah status tu dekat Reddit.. sekali dengan gambar alat penguji tu.
Sampailah dalam salah satu komen bertulisan “Jika ianya benar, anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengesahkan adakah ianya kanser testis.”Dan dia pun segeralah berjumpa dengan doktor.
Syukurlah dengan tindakannya itu, kerana hasil pemeriksaan mendapati dia memang ada kanser testis. Mujurlah ianya masih diawal stage lagi.
Ini Infonya:
Dalam alat penguji kehamilan, ia akan mengesan HCG (Human Chorionic Gonadottropin) yang mana hormon akan meningkat dalam diri seorang wanita yang hamil. Hal ini samalah dengan penghidap kanser testis. Sebab itulah tindakbalas hormon HCG turut membolehkan kanser testis dikesan.
Ternyata gurauannya itu telah berjaya menyelamatkan nyawanya.
Sumber : Mingguan Wanita
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.