
Dalam dunia jam tangan mewah, kerjasama antara jenama dan personaliti bukan sekadar strategi pemasaran. Ia merupakan satu langkah dan titik pertemuan antara gaya hidup dan nilai yang dikongsi bersama. Terkini, jenama jam tangan ikonik Jepun, King Seiko, secara rasmi melantik pelakon berkarisma Ryohei Suzuki sebagai duta global mereka yang baharu.
Pelantikan ini bukan sekadar simbolik. Dikenali sebagai pelakon yang penuh dedikasi dengan portfolio merentas pentas Jepun dan antarabangsa, Ryohei Suzuki membawa aura yang mencerminkan falsafah King Seiko.
Jam mewah yang tampil dengan ketelitian, keaslian dan semangat penerokaan. Menurut Seiko, semangat eksplorasi dan falsafah beliau terhadap seni lakonan amat selari dengan nilai-nilai jenama King Seiko.
Memetik kenyataan media Seiko, “Semangat eksplorasi dan falsafah Ryohei Suzuki terhadap seni lakonan amat selari dengan nilai-nilai jenama King Seiko.”
Bagi meraikan pelantikan ini, Seiko melancarkan video promosi khas bersama satu sesi temu bual eksklusif bersama Suzuki.
Menerusi video tersebut, Ryohei Suzuki menggayakan King Seiko VANAC SLA083, jam tangan yang menjadi simbol utama dalam kempen ini.
Rekaan asal King Seiko VANAC diperkenalkan pada tahun 1972, terkenal dengan warna-warna berani dan rekaan kotak yang tajam serta bersegi.
Kini, lebih 50 tahun kemudian, ia kembali semula dengan nafas moden. Namun masih kekal setia dengan semangat pioneer yang menjadi asasnya.
BACA: Manny Pacquiao Buat Comeback Di Gelanggang Tinju, Namun Catatkan Keputusan Seri
Bagi peminat filem dan gaya, Ryohei Suzuki bukan nama asing. Bintang Jepun ini dilhairkan pada 29 Mac 1983 di Nishinomiya City, Hyogo.
Terbru, Ryohei Suzuki tampil membintangi filem Netflix ‘City Hunter’ yang ditayangkan di seluruh dunia.
Namanya turut diiktiraf di pentas antarabangsa dengan pelbagai anugerah hebat. Di antaranya Anugerah Pelakon Terbaik dalam Peranan Komedi dan Pelakon Lelaki Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024, Excellence in Asian Cinema Award di Asian Film Awards ke-17, serta Rising Star Asia Award di New York Asian Film Festival 2023.
Pelantikan ini sekali gus mengangkat King Seiko bukan sahaja sebagai jenama jam tangan, tetapi sebagai penanda aras gaya hidup yang menghargai warisan, inovasi dan ketulenan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.