
Suasana sahur dan berbuka puasa di rumah orang bujang pasti akan menggamit kenangan yang tersendiri terutamanya jika memiliki sahabat yang jenis satu kepala.
Kalau dapat geng serumah yang kaki masak pula, sambut bulan Ramadan mesti jadi lagi best sebab dapat nikmati pelbagai menu yang sedap-sedap.
Buktinya dapat dilihat menerusi persahabatan yang terjalin di antara lima sabahat ini. Perkongsian Farid di laman Twitternya ternyata mencuit netizen.
Ramai yang memberikan pujian dengan komitmen kelima-lima sahabat itu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan biar pun berbeza latar belakang.
Masak bersama
Menerusi foto yang dikongsikan, kesemua mereka yang masih bujang sanggup bangun pada awal pagi dan standby untuk memasak pada sebelah petang demi meraikan bulan puasa.
Yang jadi luar biasa, rakan-rakan serumahnya itu terdiri daripada mereka yang berbangsa Cina dan India tetapi sanggup bangun awal pagi dan menahan lapar bersama.
Bukan itu sahaja, mereka juga tidak kisah untuk masak bersama dan perkongsian foto itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang lain.
Menu simple, ikatan kukuh
Antara reaksi yang disuarakan wargamaya adalah walaupun menu yang dimasak nampak simple tetapi ikatan yang terjalin antara mereka sangat kuat.
Selain itu, ramai yang mendoakan kesejahteraan lima sabahat ini dan berpendapat persahabatan itu adalah bukti perpaduan rakyat Malaysia yang perlu dicontohi.
Sumber : Twitter Farid
Jangan Sewa Kenderaan Tiada Insurans Perlindungan Jika Bercuti Di Thailand

Sebagai pengguna yang bijak dan mahu menikmati percutian dengan indah tanpa sebarang masalah, anda perlu mengambil tahu semua kemungkinan yang boleh terjadi.
Misalnya jika anda memilih untuk bercuti di Thailand, anda tidak digalakkan untuk menyewa kenderaan yang tiada insurans pengguna daripada ejen tidak sah atau syarikat tidak berdaftar.
Ini kerana sekiranya anda terlibat dengan kemalangan di sana dengan kereta yang disewa tetapi tidak memiliki insurans perlindungan, pasti anda akan mendapat susah.
Berdasarkan cerita kemalangan yang sering berlaku di Thailand, seorang pengguna Facebook, Badruzzaman Ishak ada menulis tentang isu tersebut dan berikut adalah artikel asal daripada beliau :
Ramai yang bertanya kepada saya mengenai isu kemalangan yang melibatkan kenderaan yang disewa di Thailand.
NASIHAT IKHLAS DARIPADA SAYA .. JANGAN menyewa kenderaan yang tidak mengambil insurance perlindungan untuk penyewa apalagi daripada syarikat atau ejen yang tidak berlesen
Sekiranya tiada kenderaan sewa seperti yang saya nyatakan di atas, bawalah kenderaan sendiri atau naik shj kenderaan awam.
Namun, bagi menjawab soalan tersebut, pandangan saya adalah seperti di bawah.
Sekiranya anda mengikuti tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya telah mencadangkan supaya kita ambil 4 jenis Insurance sebelum melancong ke Thailand iaitu :
1. Compulsory Insurance Thailand
2. Voluntary Insurance Thailand
3. Extension 101
4. Travel Insurance
Kesemua Insurance yang saya nyatakan di atas ada Coveragenya tersendiri. Saya tidak bercadang untuk mengulas kesemua Insurance di atas memandangkan saya telah menulis secara panjang lebar mengenai isu kemalangan di Thailand sebelum ini.
Ada Personal Liability Coverage di dalam Travel Insurance yang mungkin boleh membantu kita sekiranya ada tuntutan daripada pihak ketiga.
Contoh Travel Insurance di bawah memberi Coverage sebanyak RM 1 juta. Coverage ini boleh membantu kita Sekiranya ada 3rd Party Claim.
Persoalannya, adakah Travel Insurance yang ada Personal Liability Coverage memberi Coverage apabila kita menyewa kenderaan di luar negara Atau ia Hanya Cover 3rd Party Claim apabila kita menggunakan kenderaan sendiri, Udara atau kenderaan awam. Check lah dengan Travel Insurance Company tersebut apa Coverage yang diberikan & baca Polisi Travel Insurance tersebut betul-betul. Setiap Insurance yang kita ambil ada rules & regulations yang perlu dipenuhi apabila hendak membuat sesuatu claim.
Ini hanyalah pandangan peribadi saya secara ringkas. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa kesilapan fakta atau undang-undang di dalam tulisan ini. Pembaca dinasihatkan membuat ‘Research’ sendiri dan boleh bertanya terus kepada syarikat-syarikat Insurance mengenai Coverage yang ditawarkan oleh mereka.
Terpulang kepada anda sama ada hendak ambil Compulsory Insurance sahaja, Compulsory & Voluntary Insurance sahaja, Compulsory, Voluntary & Extension 101 sahaja Atau kesemua Insurance yang saya cadangkan di atas termasuk Travel Insurance.
Hak masing-masing. Buatlah pilihan sendiri. Pandangan saya, sediakan Payung Sebelum Hujan. Malang Tidak Berbau. Ia boleh menerpa pada bila-bila masa & kepada sesiapa sahaja.
Sebaik-baiknya, ambillah keempat-empat Insurance yang saya cadangkan di atas sekiranya anda melancong ke Thailand dengan membawa kenderaan sendiri.
Sekiranya anda melancong dengan kenderaan awam sama ada melalui darat atau udara, sebaik-baiknya ambillah Travel Insurance.
Sekali lagi saya ulang, Jangan menyewa kenderaan yang tidak ada Coverage Insurance kepada Penyewa.
Sekadar peringatan. Kita juga perlu tahu sedikit sebanyak mengenai undang-undang Thailand seperti Thailand melarang kita untuk membawa Walkie Talkie, Vape atau E-Cigarette, Dadah dan Drone. Patuhilah undang-undang tersebut.
Semoga tulisan saya ini ada memberi manfaat kepada pembaca.
Wallahu A’lam. Salam ikhlas daripada saya.
Bateri Smartphone Cepat ‘Kering’, Ini Antara Penyebab Utama

Bayangkan anda sedang memandu menggunakan Waze ke destinasi hendak dituju. Tiba-tiba telefon anda mati disebabkan bateri smartphone telah habis dan perlu dicas. Masalahnya anda tidak bawa charger!
MASKULIN yakin anda pernah berdepan situasi hampir sama seperti di atas. Masalah bateri telefon kering ini bukan sahaja melecehkan tapi boleh membuatkan aktviti dan kerja harian tergendala.
Kita cukup bertuah kerana pada masa kini pengeluar telefon pintar menghasilkan peranti yang mampu bertahan lama. Namun satu perkara yang pasti, prestasi bateri akan merosot dari semasa ke semasa.
Walaupun begitu terdapat juga beberapa faktor mengapa bateri telefon boleh kering dengan lebih cepat dari biasa. Dajn inilah yang mungkin memeningkan anda. Menukar bateri itu jalan paling pantas dan juga menelan belanja.
Sebelum menukar bateri, sekurang-kurangnya anda juga ingin tahu mengapa bateri telefon pintar boleh ‘kering’ dengan cepat.
Namun terlebih dahulu anda harus tahu bagaimana untuk memeriksa penggunaan semasa bateri anda.
ANDROID
- Pergi ke menu Settings
- Klik pilihan Battery
- Tekan tiga titik di bahagian menu, kemudian pilih Battery Usage
- Klik bahagian tiga titik dan pilih Show Full Device Usage
iOS
- Pergi ke Settings
- Kemudian pilih Battery
- Skrol ke bawah untuk lihat pengunaan bateri sama ada ketika skrin buka atau tutup
Jika anda sudah periksa dan perasan bahawa bateri cepat sangat habis ketahuilah terdapat beberapa sebab utama menyebabkan ia berlaku.
PAPARAN SKRIN
Ini dianggap sebagai penyumbang utama bateri jadi habis dengan cepat. Penggunaan skrin paparan bercahaya dalam tempoh masa panjang boleh menyebabkan bateri lebih cepat habis. Terdapart beberapa penyelesaian untuk masalah ini:
- Cuba guna pada setting low brightness
- Anda juga boleh cuba pilih feature Adaptive Brightness yang boleh menetapkan kadar kecerahan skrin berdasarkan keadaan sekeliling.
- Cuba elak guna ‘live wallpaper’. Dan jika display anda dari AMOLED, cuba tukar guna wallpaper hitam dan putih.
APPS
Semakin hari semakin banyak aplikasi atau apps yang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Namun terdapat beberapa jenis apps yang sifatnya ‘memakan’ bateri lebih tinggi berbanding yang lain. Antaranya aplikasi penstiman video atau permainan video yang tampil dengan kualiti grafik tinggi.
MENCARI RANGKAIAN INTERNET
Telefon pintar anda sifatnya akan sentiasa mencari sambungan Internet sepanjang masa. Apabila anda berada di kawasan dengan liputan kurang memuaskan, telefon akan bekerja dengan lebih keras untuk mencari sambungan Internet. Jadi bateri akan kering dengan lebih cepat.
GPS, BLUETOOTH, WI-FI
Sambungan telefon anda ke pelbagai rangkaian seperti GPS, Bluetooth dan juga Wi-Fi juga boleh memberi kesan terhadap bateri kering dengan lebih cepat. Mungkin anda boleh letakkan pada tetapan ‘off’ buat sementara jika tidak menggunakannya.
Jika anda ingin mencari telefon pintar pada harga istimewa, boleh dapatkannya di sini!
‘Makanan Pedas Boleh Jejaskan Kesihatan’, Doktor Ini Beri Pencerahan Lengkap

Orang Malaysia memang terkenal dengan keenakan masakannya. Daripada rasa biasa hinggalah rasa yang sangat pedas. Orang kita punya suka dengan masakan pedas hinggakan cili padi boleh makan macam makan nasi.
Namun begitu, dalam kesedapan pasti ada kesannya. Kesan pengambilan makanan terlalu pedas boleh menjejaskan kesihatan anda kerana bila sudah rasa pedas, kita pasti tidak akan mengunyah makanan dengan sempurna.
Oleh itu, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil memberi pencerahan keburukan terlalu banyak memakan makanan yang pedas.
BACA: Selain Air Masak, Ada Beberapa Lagi Jenis Minuman Sihat Boleh Lambatkan Tanda Penuaan
Ikuti penjelasannya:
Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas.
Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.
Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?
Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.
Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.
Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?
Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.
Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.
Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?
Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.
Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.
BACA: Trik Mudah Buat Wanita Jatuh Hati Pada Anda, Salah Satunya Beri Perhatian Bila Dia Bercakap
Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.
Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha!
Makanan yang kool, adalah makanan yang sihat!