Berita kurang menarik dari Bollywood, pelakon Saif Ali Khan, 54, kini sedang dirawat dan dikatakan kritikal.
Khan tinggal di sebuah apartmen di pinggir bandar Bandra, Mumbai bersama isterinya Kareena Kapoor, yang juga seorang pelakon, dan dua anak mereka, Jeh dan Taimur.
Timbalan Pesuruhjaya Polis, Zon 9, Dixit Gedam berkata,
“Seorang yang tidak dikenali menceroboh kediaman pelakon Saif Ali Khan. Pelakon dan penceroboh itu bergaduh. Pelakon itu cedera dan sedang dirawat. Siasatan sedang dijalankan.” Kejadian berlaku kira-kira jam 2:30 pagi ketika Khan bersama isterinya Kareena Kapoor Khan dan ahli keluarga lain sedang tidur.
Menurut polis Mumbai, disyaki penceroboh itu melakukan cubaan merompak di kediaman pelakon Saif Ali Khan dan dalam usaha untuk menghalang pencuri itu daripada melarikan diri, Khan telah bergelut dengannya dan diserang dengan objek tajam, meninggalkannya dengan enam kecederaan.
Ads
Saif yang terdengar bunyi bising bangun dan berhadapan dengan perompak tersebut dan berlaku pergelutan antaranya dengan perompak terbabit.
Pelakon filem Hum Saath-Saath Hain itu dilaporkan cedera akibat ditikam beberapa kali dengan pisau dan telah dikejarkan ke Hospital Lilavati, Mumbai kira-kira jam 3.30 pagi.
Ads
Menurut Pegawai Eksekutif hospital berkenaan Niraj Uttamani, Saif mempunyai enam kecederaan di tubuhnya. Dua daripada merupakan luka yang sangat dalam. Satu daripada kecederaan hampir dengan tulang belakang.
“Kami akan menjalankan pembedahan terhadapnya dan akan dilakukan beberapa orang doktor bedah termasuk doktor bedah kosmetik. Kami akan memberi maklum balas selepas pembedahan selesai dilakukan,” katanya.
Polis berkata penyerang melarikan diri selepas kejadian itu dan siasatan telah dilancarkan, dengan anggota polis giat melakukan buruan, kata media.
Ads
Moga yang baik-baik sahaja untuk Saif Ali Khan ini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Method plyometric adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk otot kaki yang sempurna dan seimbang dalam mencipta keseluruhan fizikal yang ikonik.
Apa itu Plyometric
Plyometric merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam latihan untuk mengembangkan ‘exposive power’ dengan melakukan beberapa ‘super set’ yang disesuaikan dengan kemampuan diri. Latihan plyometric lebih memperlihatkan ‘intensity’ kekuatan penuh otot dengan respons yang sangat pantas dan beban yang dinamik serta ketegangan otot yang optimum lantaran memaksa anda untuk mengeluarkan kekuatan dan tenaga penuh agar mencapai ‘peak performance’. Bagi mendapatkan otot kaki yang sempurna, lakukan latihan kaki dua kali seminggu dan ‘split’ kaedah berbeza mengikut hari dengan latihan ‘heavy leg workout’ dan ‘plyo leg workout’.
Jalani teknik ini dengan menggunakan ‘squat rack’. Letakkan barbell pada rak yang sudah diselaraskan dengan ketinggian dada anda. Kemudian, pegang barbell dari arah bawah dengan posisi tangan menyilang lantas angkat barbell dari rack. Mulakan gerakan squat dengan melipatkan lutut sekitar 90 darjah dan kembali berdiri. Ulangi langkah ini sebanyak empat set dengan ulangan lima belas kali.
Latihan ringkas yang menggunakan otot kaki secara maksima. Berdiri di hadapan box dalam jarak sesuai. Kemudian lompat di atas box tersebut dengan kedua belah kaki mendarat secara bersamaan lantas lompat kembali ke posisi asal dan ulangi sebanyak dua puluh lima kali sebanyak empat set.
Lakukan dengan berdiri tegak dan memegang dumbbell pada kedua-dua belah tangan di sisi. Bengkokkan salah satu bahagian kaki sehingga melutut dan menyentuh lantai serta lakukan pertukaran antara bahagian kaki mengikut kiraan masa. Lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
Berdiri di hadapan ‘bench’ sambil memegang dumbbell di sisi kedua-dua belah tangan. Naik ke atas ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri sehingga berdiri di atas ‘bench tersebut. Kemudian, turun semula daripada ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan kemudian kaki kiri. Ulangi semula pergerakan tersebut dengan menggunakan kaki kiri dan lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
Posisikan postur kaki selari dengan keluasan bahu. Silangkan kedua bahu anda di bahagian dada. Lakukan gerakan squat dengan membengkokkan kaki sehingga paras 90 darjah . Kemudian lompat sehingga kaki anda berada dalam keadaan lurus dan kedua-belah tangan kekal bersilang lantas mendarat dengan posisi squat. Lakukan secara berulang sehingga tiga puluh lompatan dalam sempat set.
Dunia hiburan tanah air bakal menggegarkan Miri, Sarawak dengan sebuah acara berskala mega yang pastinya cukup dinanti-nantikan. Buat julung kalinya, jenama hiburan paling popular, MeleTOP, melebarkan sayapnya ke luar Semenanjung Malaysia melalui kerjasama strategik antara Astro dan TVS.
Hasil gabungan tenaga ini, lahirlah ‘Konsert MeleTOP TVS’, sebuah konsert mega yang bakal mencatat sejarah sebagai edisi pertama MeleTOP yang diadakan di Bumi Kenyalang.
Dengan taglinenya penuh semangat, “Nang Champiyen Nang Lagend”, Konsert MeleTOP TVS bakal diadakan secara langsung di Stadium Bandaraya Miri (tertutup) pada 17 Mei 2025, jam 9.00 malam.
Bagi anda yang tidak dapat hadir secara fizikal, usah risau. Konsert hebat ini boleh disaksikan secara langsung di TVS (saluran 122), Astro ONE dan juga melalui aplikasi sooka. Jika terlepas siaran langsung, siaran ulangan tersedia di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei 2025, jam 9 malam.
Kerjasama antara Astro dan TVS ini bukan sekadar membawakan hiburan ke Miri, tetapi juga menjadi simbol penyatuan dua entiti media gergasi dalam meraikan kepelbagaian budaya dan bakat tempatan.
Sebelum konsert kemuncak berlangsung, Astro turut membawakan siri aktiviti menarik di bawah jenama ‘Hello Miri’. Program ini akan berlangsung dari 9 Mei hingga 11 Mei di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri, yang turut bertindak sebagai rakan penaja lokasi.
Hello Miri merupakan satu inisiatif Astro untuk mendekatkan diri dengan peminat dan pelanggan di Borneo. Ini memberi peluang kepada mereka bertemu secara langsung dengan artis-artis kesayangan serta menikmati pra-tonton kandungan menarik daripada Astro.
Sepanjang tiga hari ini, Permaisuri Imperial City Mall bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti interaktif. Pengunjung berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan barisan artis popular yang hadir seperti Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Wani Kayrie, Adira, Firdaus Rahmat, Ayu Damit (GV), Noryn Aziz (GV), Shahrul Kamal, Nikki Palikat (GV), Kaka Azraff, Tomok, Priscilla Abby, Dinda Dania, Isaac Voo, serta pelakon antarabangsa dari drama bersiri “Little Nyonya”, Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.
Kehadiran mereka pastinya bakal memeriahkan lagi suasana dan memberi pengalaman eksklusif buat para peminat di Miri.
Inti pati utama acara ini tentunya adalah Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei. Difahamkan konsert ini direka khas dengan mengangkat warisan kebudayaan Borneo sebagai tema utama. Ia menggabungkannya secara kreatif dengan budaya pop kontemporari.
Sekali gus menjanjikan ia sebagai sebuah acara unik, kaya dengan elemen tempatan namun tetap relevan dengan cita rasa penonton moden.
Di antara nama besar yang bakal tampil melakukan persembahan termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong (Miss Universe Malaysia 2020), Hairee Francis, Wani Kayrie dan Noki.
Seleksi gabungan artis dari Semenanjung dan Borneo ini bukan sekadar barisan penghibur, tetapi juga cerminan perpaduan dalam seni.
Mengemudi malam penuh gemilang ini adalah gandingan pengacara MeleTOP yang popular seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana, bersama-sama pengacara TVS iaitu Ghaz Zawawi, Cheryl Toh, dan Fattah Bolh. Gabungan pengacara ini pastinya akan menambah seri dan kemeriahan konsert.
Dalam rangkaian acara Hello Miri, satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan bagi mereka yang mempunyai bakat terpendam ialah Uji Bakat Kilauan Emas 2025. Sesi uji bakat ini akan berlangsung pada 9 Mei, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi yang sama.
Jika anda merupakan bakat-bakat veteran yang ada di Miri dan kawasan sekitarnya, inilah masanya menonjolkan kebolehan dan mungkin menjadi bintang Kilauan Emas yang seterusnya.
Selain itu, sepanjang acara Hello Miri, peminat juga boleh mengunjungi booth Astro yang disediakan. Di sini, pelbagai maklumat terkini mengenai produk dan promosi terbaru dari Astro, termasuk pelbagai tawaran menarik untuk pakej langganan.
Bagi anda yang ingin menikmati Konsert MeleTOP TVS dan pelbagai kandungan hiburan lain, Astro menawarkan pilihan penstriman melalui Astro ONE atau aplikasi sooka.
Pakej Astro ONE memberikan akses kepada lebih 95+ saluran dengan kemampuan penstriman sehingga 4 peranti serentak, menjanjikan Hiburan Tanpa Henti untuk seisi keluarga.
Tingkatkan lagi pengalaman digital anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps pada harga istimewa RM90 sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro ONE, layari www.astro.com.my sekarang. Secara keseluruhan, siri acara ini, dari Hello Miri hingga Konsert MeleTOP TVS, menjanjikan sebuah ekstravaganza hiburan yang menggabungkan bakat tempatan dan nasional, serta meraikan kekayaan budaya Borneo.
Jadi bro, jangan lepaskan peluang ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan rata-rata pengeluar telefon pintar kini terutamanya dalam kategori flagship atau premium pasti akan memasarkan sebaik mungkin sokongan rangkaian 5G. Di dalam industri ini sendiri pemain-pemain utamanya sering melaungkan bahawa ‘5G adalah masa hadapan’.
Akan tapi satu perkara yang kita harus akui bahawa kebanyakan lokasi di negara kita dan sekitar Asia Tenggara masih lagi beroperasi menggunakan rangkaian 4G. Perkembangan meluaskan rangkaian 5G kini dilihat giat dijalankan dan dijangkakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang kita bakal menikmatinya dengan lebih meluas.
Di antara jenama yang mengeluarkan peranti sokongan 5G pada harga berpatutan ialah vivo. Menerusi telefon pintarnya terbaru vivo V20 Pro ia dipakejkan dalam nilai estetika yang sangat menarik dengan sarat pelbagai ciri-ciri pintar terkini.
Semakin hari semakin ramai pengguna memilih untuk menggunakan telefon pintar yang mempunyai sokongan rangkaian 5G. Mungkin anda yang sudah memilikinya tertanya-tanya apakah kelebihan dan apakah yang oleh dilakukan oleh telefon pintar 5G?
Ikuti perkongsian menarik di bawah.
Pernahkan anda membuat panggilan video di mana pihak lain cuma nampak seperti tompok kabur? Dengan 5G yang hampir sifar jeda dan data berkelajuan tinggi, panggilan video berkualiti rendah tidak lagi menjadi isu – kerana memiliki telefon 5G bermakna kini anda boleh membuat panggilan tanpa gangguan.
Digandingkan dengan 44MP Eye Autofocus Dual Front Camera vivo V20 Pro, anda pasti dapat menikmati panggilan video yang cukup jelas dengan ciri 4K Selfie Video bersama rakan-rakan dan keluarga, sepanjang hari dan di mana sahaja.
Kelewatan dalam proses penghantaran emel dengan fail bersaiz besar atau teks pesanan yang disertai video berat adalah perkara biasa yang disebabkan pendaman atau jeda masa yang diambil untuk memindahkan data. Akibatnya, pengguna biasanya rasa kecewa sementara menunggu emel atau teks pesanan mereka ‘lepas’ dan berjaya dihantar.
Setelah teknologi 5G dilaksanakan, pengguna akan menikmati kekuatannya dalam kelajuan dan tempoh pendaman yang rendah dan apabila ia diterapkan pada telefon 5G, pengguna akan dapat menghantar atau menerima emel, teks pesanan dan memuat turun fail besar tanpa halangan.
Pernahkah anda berdepan dengan masalah untuk melakukan mengemas kini saluran Instagram anda kala berada dalam kereta api atau bilik yang sesak? Ini kerana terdapat terlalu banyak peranti yang cuba untuk disambungkan ke rangkaian yang sama, maka lebih keraplah pengguna melihat skrin telefon mereka dalam proses pemuatan, berbanding mengakses kandungan sebenar.
Kapasiti lebar jalur 5G dijangka akan jauh lebih besar daripada rangkaian 4G, paparan skrin muat naik yang perlahan tidak lagi akan menjadi isu kepada pengguna dan skrin paparan pantas bakal menjadi fenomena.
Pengguna juga boleh menjangkakan untuk menikmati kelajuan yang lebih pantas dan menyiarkan kemas kini status atau melihat Instagram Story rakan-rakan mereka dengan lancar, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Kelajuan adalah antara elemen terbesar dan paling dinanti-nantikan dalam teknologi 5G. Walaupun kelajuan rangkaian 4G sekarang sudah pantas, namun kelajuan 5G dijangka akan 100 kali lebih pantas1, yang membolehkan kita untuk memuat turun atau menyiarkan video dalam beberapa saat sahaja.
Melalui keupayaan teknologi 5G, telefon pintar akan membolehkan pengguna untuk menyiarkan video dengan lancar tanpa waktu menunggu. .
Permainan di telefon juga akan menerima peningkatan yang besar. Buat masa ini, permainan mudah alih yang memaparkan realiti berperantara bergantung kepada sambungan data telefon untuk mencipta elemen maya sekeliling kita (seperti Pokemon Go). Dan dengan sambungan 5G yang lebih pantas, pengguna boleh menikmati pengalaman bermain dengan lebih meriah dan mengasyikkan.
Lebih daripada itu, inovasi baru dalam permainan seperti permainan masa nyata akan memberi manfaat kepada pemain di seluruh dunia, kerana dengan menggunakan peranti bersambung internet tanpa wayar membolehkan mereka bermain permainan yang sama, pada waktu yang sama.
Jangan lupa untuk ikuti & subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video menarik tentang gaya hidup lelaki terkini.
Kredit: vivo Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.