Dengan munculnya wabak Covid-19, masyarakat kini semakin berjaga-jaga apabila diserang demam, batuk dan selesema.

Apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, tubuh badan anda akan mudah diserang demam, batuk dan selesema.

Selain memakai pelindung muka, anda juga digalakkan menjaga kebersihan diri untuk memastikan kita terhindar daripada masalah demam, batuk dan selesema.

Untuk mengatasi masalah demam, batuk dan selesema, ikuti tip alami yang dikongsikan Dr Suri Roowi di laman Facebooknya ini.

Semoga bermanfaat.

12 TIP ALAMI UNTUK BANTU ATASI DEMAM, BATUK & SELESEMA

Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selesema.

Caranya adalah;

1. Minum air bawang putih

Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.

Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin. Selepas itu barulah ditambah air suam. Sebaiknya diambil bersama madu. Dapatkan madu yang asli.

IKLAN

Saintis Ini Kongsi 12 Tip Alami Untuk Bantu Atasi Demam, Batuk & Selesema!

2. Halia

Herba popular untuk bantu rawat batuk.

Hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli. Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.

Saintis Ini Kongsi 12 Tip Alami Untuk Bantu Atasi Demam, Batuk & Selesema!

3. Nenas

Mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

4. Minum madu asli

Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

IKLAN

5. Minum yogurt atau madu kelulut

Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.

6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk

Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;

“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” (Surah Ashshu’ara’ ayat 80)

Saintis Ini Kongsi 12 Tip Alami Untuk Bantu Atasi Demam, Batuk & Selesema!

7. Limau nipis dan lemon

Membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

IKLAN

8. Bawang merah

Sumber yang mudah didapati untuk membantu mengurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

9. Bahan meruap mint (Mentha piperita)

Membantu mengurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus

10. Kunyit

Secara semula jadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.

Saintis Ini Kongsi 12 Tip Alami Untuk Bantu Atasi Demam, Batuk & Selesema!

11. Air garam

Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam

12. Kayu manis

Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis

Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Doktor anda

#DrSuriRoowi
Principal Scientist 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI