Ads

Sakit Belakang vs Slipped Disc: 5 Perbezaan Ketara Yang Wajib Anda Tahu Dalam 2 Minit!

SAKIT BELAKANG
Image by 8photo on Freepik

Ramai lelaki anggap sakit belakang itu ‘biasa’ sebab hari-hari buat kerja berat. Tapi sedarkah kita, seawal usia 20-an pun tulang belakang boleh mula ‘menjerit’?

Statistik menunjukkan lebih 80% individu, terutamanya kaum adam, menderita masalah ini sehingga mengganggu kualiti hidup.

Bayangkan, pemandu kenderaan komersial di Malaysia mencatatkan risiko setinggi 60%! Jangan tunggu sampai usia 40 tahun untuk menyesal, kerana sakit belakang bukan sekadar lenguh, tapi ancaman kepada produktiviti harian anda.

Sakit Belakang vs Slipped Disc: 5 Perbezaan Ketara Yang Wajib Anda Tahu Dalam 2 Minit!

Jangan pandang remeh jika belakang anda mula rasa kejang atau kaki mula rasa kebas menyucuk.

Sakit yang menjalar turun ke kaki itu bukan lenguh biasa, malah ia boleh ‘menjerit’ setiap kali anda batuk, bersin, atau sekadar duduk lama.

Nak elakkan? Kuncinya adalah bergerak! Lawan obesiti dengan senaman dan jaga pemakanan, kerana beban berat badan adalah musuh utama tulang belakang.

Paling penting, kurangkan tabiat ‘tunduk’ menghadap gajet yang diam-diam merosakkan postur anda.

SAKIT BELAKANG & SLIP DISC

Ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc̓.

“Disc ialah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabkan sakit belakang.

Ads

Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, mencucuk dan kebas.

Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterapi.

TANDA-TANDA SAKIT BELAKANG

  • Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
  • Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
  • Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.

CARA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSIS

  • Sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal
  • Ujian sinar X dan MRI

BACA: Jika Sering Kencing Tak Lawas, Jangan Ambil Mudah Kerana Ia Mungkin Petanda Sakit Lebih Serius

Sakit Belakang vs Slipped Disc: 5 Perbezaan Ketara Yang Wajib Anda Tahu Dalam 2 Minit!

PANDUAN HINDAR SAKIT BELAKANG

  • Mengangkat barang

Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.

  • Duduk

Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.

Ads

Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai. Gabungkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.

  • Memandu

Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang. Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.

  • Tidur

Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.

  • Berdiri dan berjalan

Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.

Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.

Ads

Sakit Belakang vs Slipped Disc: 5 Perbezaan Ketara Yang Wajib Anda Tahu Dalam 2 Minit!

RAWATAN

  • Fisioterapi
  • Ubat-ubatan
  • Pembedahan

Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.

BACA: Pemain Bola Sepak Terkenal Sebelum dan Selepas Melakukan Transplan Rambut

Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.

Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.

Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.

Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
sadio mane

Sadio Mane Selamatkan Final AFCON, Tonjol Sifat Ketua Di Tengah Kontroversi...

Sadio Mane mempamerkan kepimpinan luar biasa dalam final AFCON apabila berjaya menenangkan pasukannya selepas kontroversi VAR, membawa Senegal kembali ke padang dan akhirnya menjulang kejuaraan bersejarah.