Image by jcomp on Freepik

Cuba anda tanya diri sendiri apakah perkara pertama yang terlintas di minda anda apabila terdengar perkataan ‘nikotin’. Besar kemungkinan ia tidak lain tidak bukan adalah berkait rapat dengan rokok.

Itu perkara yang cukup normal kerana kandungan nikotin secara semula jadinya terdapat di dalam daun tembakau.

Salah satu salah faham terbesar tentang nikotin adalah bahawa ia adalah bahan yang menyebabkan kanser atau bahan yang sangat berbahaya. Nikotin sendiri sebenarnya bukan penyebab utama kanser, tetapi ia adalah kandungan yang membuatkan ketagihan.

Walaupun nikotin boleh menyebabkan ketagihan banyak penyakit yang berkaitan dengan penggunaan rokok sebenarnya disebabkan oleh bahan kimia dan toksin lain yang terdapat dalam asap rokok, bukan nikotin itu sendiri.

Salah Faham Nikotin Di Kalangan Umum, Salah Satunya Dianggap Penyebab Penyakit Kronik

Rokok tembakau yang dibakar mengandungi ribuan bahan kimia berbahaya, termasuk tar, karbon monoksida, amonia, dan bahan karsinogen (penyebab kanser). Menghisap rokok dan menghirup asap tembakau menyebabkan risiko tinggi terhadap penyakit jantung, kanser, penyakit paru-paru, dan masalah kesihatan lainnya.

IKLAN

Salah satu perkara lagi sangat penting untuk kita faham bahawa nikotin bukan sahaja terdapat dalam rokok tetapi juga dalam produk penggantian nikotin seperti vape dan juga e-cigarette yang menggunakan kaedah pemanasan dan bukannya pembakaran.

Tidak dinafikan berhenti merokok merupakan jalan terbaik dari kebergantungan kepada nikotin.

Namun salah satu pilihan yang ada ialah dengan pendekatan harm reduction iaitu pendekatan bertujuan untuk mengurangkan risiko dan kesan buruk yang berkaitan dengan amalan merokok.

Walaupun merokok diketahui sebagai amalan berbahaya dan berpotensi membahayakan kesihatan, harm reduction dalam konteks merokok melibatkan strategi dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif merokok pada individu.

IKLAN

Berikut adalah salah faham yang paling umum tentang nikotin:

Nikotin punca penyakit 

Salah faham ini berpunca daripada kaitan nikotin dengan rokok yang membahayakan kesihatan. Namun, nikotin sendiri tidak diketahui mempunyai risiko serius terhadap kesihatan manusia.

Nikotin menyebabkan kanser

Kanser berkaitan dengan rokok sebagian besar disebabkan oleh bahan kimia lain dalam asap tembakau, bukan nikotin itu sendiri.

Semua produk nikotin itu sama

Terdapat banyak produk yang mengandungi nikotin, seperti rokok, vape, chew, dan patch nikotin. Setiap produk mempunyai risiko dan kesan yang berbeza. Sebagai contoh produk yang tembakau dibakar dan mengeluarkan asap diketahui umum mengandungi banyak bahan berbahaya.

IKLAN

Nikotin tidak mempunyai faedah

Nikotin sebenarnya boleh memberi beberapa kebaikan terhadap fungsi otak, termasuk peningkatan perhatian, daya ingatan, dan tumpuan.

Hanya dalam produk tembakau

Nikotin boleh didapati secara semula jadi kerana sumber asal bahan ini adalah daripada tumbuh-tumbuhan dari keluarga Solanaceae atau lebih dikenali sebagai nightshade.

Semoga perkongsian ini benar-benar memberikan manfaat untuk anda!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI