
Walaupun sudah banyak kempen keselamatan jalan raya dijalankan, masih ramai yang memandang remeh kepentingan zebra crossing di Malaysia.
Sebenarnya, zebra crossing bukan sekadar hiasan di atas jalan ia adalah simbol penting yang menandakan pejalan kaki mempunyai hak untuk melintas dengan selamat.
Namun, dalam realiti harian, kita sering melihat pemandu kereta dan penunggang motosikal yang gagal berhenti walaupun ada pejalan kaki menunggu.
Ada juga pejalan kaki yang terpaksa menggunakan ‘the power of hand’ iaitu mengangkat tangan sebagai isyarat minta laluan.
Hakikat ini membuktikan bahawa kesedaran tentang fungsi zebra crossing di negara kita masih berada pada tahap yang membimbangkan.
@kiniviral.myTerima kasih info bang 👏🏼 🎥driving4dummies♬ original sound – Kini Viral Malaysia
Video Lelaki Tegur Pengguna Jalan Tular, Cetus Perbincangan Hangat
Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsi di akaun TikTok @driving4dummies mendapat perhatian ramai apabila seorang lelaki tampil memberi penerangan ringkas tetapi padat tentang tanggungjawab pemandu di zebra crossing.
Menurut lelaki itu, apabila terdapat lintasan belang bersama lampu kuning berkelip (flashing amber light), keutamaan sepenuhnya perlu diberikan kepada pejalan kaki, tidak kira warna lintasan itu sama ada kuning atau putih.
Katanya lagi, setiap pengguna jalan raya perlu cakna tentang peraturan ini supaya tiada lagi kekeliruan atau kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku.

Fahami Beza Warna Zebra Crossing, Kuning dan Putih
Bagi yang masih keliru tentang perbezaan warna zebra crossing, penting untuk tahu bahawa menurut Polis Daerah Keningau, lintasan belang berwarna putih bermaksud pemandu wajib berhenti jika ada pejalan kaki mahu melintas.
Biasanya lintasan putih ini ditemui berhampiran sekolah atau kawasan berisiko tinggi.
Manakala untuk lintasan kuning, situasinya sedikit berbeza keutamaan diberikan kepada siapa yang sampai dahulu di lintasan tersebut.
Jika pejalan kaki sudah berada di garisan, pemandu mesti berhenti. Sebaliknya jika kenderaan yang tiba dulu, pejalan kaki perlu tunggu.
Namun begitu, pengetahuan tentang warna ini masih belum cukup untuk dijadikan alasan mengabaikan keselamatan pejalan kaki.
BACA LAGI : Hazard Light Tak Boleh Suka-Suka Tekan: Ini Fungsi Sebenar Hazard Light

Abaikan Zebra Crossing, Risiko Terima Saman Berat!
Untuk pengetahuan semua, mengabaikan hak pejalan kaki di zebra crossing bukan sahaja salah dari segi moral, malah merupakan kesalahan undang-undang.
Di bawah Seksyen 78 Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana pemandu atau penunggang yang gagal berhenti dan memberi laluan boleh dikenakan tindakan saman.
Ini menunjukkan betapa seriusnya undang-undang negara dalam melindungi pejalan kaki.
Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, kita perlu lebih peka, lebih berhemah, dan sentiasa mengutamakan keselamatan bersama.
Ingat, satu saat anda berhenti untuk pejalan kaki boleh menyelamatkan nyawa mungkin juga nyawa insan tersayang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang















