Buat peminat peranti audio khususnya fon telinga pastinya sudah tidak asing dengan ‘line’ Samsung Buds yang saban tahun memperkenalkan model terbarunya.

Diperkenalkan bersama-sama barisan peranti lain pada beberapa minggu lalu, Galaxy Buds2 Pro turut mencuri perhatian apabila diuar-uarkan bakal tampil dengan pembaharuan yang cukup signifikan.

Pengenalan model terbaru pada tahun ini memperlihatkan satu peningkatan kualiti dan juga rekaan yang ditampilkan menerusi Samsung Galaxy Buds2 Pro.

Samsung Galaxy Buds2 Pro: Earbud Audio Paling Selesa Di Pasaran

Lebih menarik, ramai melihat pengenalan Galaxy Buds2 Pro merupakan satu penambahbaikan yang cukup agresif daripada model terdahulunya. Setelah menggunakan sendiri peranti audio terbaru dari Samsung, ini yang apa yang kami boleh rumuskan.

KESELESAAN MANTAP

Selesa dan tidak merumitkan. Itulah yang boleh MASKULIN nyatakan secara kasar apabila menggunakan sendiri Galaxy Buds2 Pro. Selain faktor sambungan yang cukup mudah serta pantas, Galaxy Buds2 Pro menepati ramalan apabila mampu membekalkan kualiti audio tahap high-end atau premium.

Malah tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa Galaxy Buds2 Pro merupakan antara earbud paling selesa pernah MASKULIN guna. Dalam pakej kotaknya disertakan dengan tip besar dan kecil untuk kesesuaian anda. Selain itu, pengecasannya pula menggunakan kabel USB-C kepada USB-C bagi memberikan kualiti pengecasan pantas terbaik.

Samsung Galaxy Buds2 Pro: Earbud Audio Paling Selesa Di Pasaran

Selain itu, Galaxy Buds2 Pro mempunyai reka bentuk yang cukup mesra dengan ruang telinga. Rekaannya memang cukup padan dengan bentuk telinga manusia. Setelah menggunakannya atau meletakkannya di telinga selama beberapa jam tanpa henti ia langsung tidak memberikan rasa sakit atau tidak selesa.

IKLAN

Salah satu faktornya mungkin beratnya yang agak ringan iaitu hanya 5.5 gram sahaja.

KUALITI AUDIO

Sesuatu peranti yang membawa nama ‘Pro’ pastinya akan hadir dengan sesuatu yang lebih ‘gempak’ berbanding versi biasa. Begitu jugalah Galaxy Buds2 Pro.

Antara ciri yang paling menarik ialah quick pairing dan juga active noise cancellation (ANC) yang mampu menghalang sebarang bunyi kotor dari mengganggu pengalaaman anda menggunkan peranti ini.

Walaupun ciri-ciri ini telah dijangka ramai akan dimuatkan pada Galaxy Buds2 Pro namun ia cukup mengejutkan apabila menggunakannya sendiri. Sistem ANC yang dilengkapinya cukup hebat apabila mampu menghalang bunyi luaran termasuklah bunyi kibod komputer yang diketik mahupun bunyi angin dari penghawa dingin.

Samsung Galaxy Buds2 Pro: Earbud Audio Paling Selesa Di Pasaran

IKLAN

Mode ambiens pula membenarkan bunyi luaran memasuki sistem audio sesuai buat anda yang masih ingin berjaga-jaga dengan sebarang pengumuman seperti di lapangan terbang. Ia juga dilengkapi dengan ciri Voice Detect di mana ia mampu mengaktifkan mode ambient dan merendahkan volume peranti apabila mengesan anda sedang bercakap.

Ia seolah menjangkakan anda sedang berkomunikasi dengan seseorang lalu mengaktifkan fungsi tersebut secara otomatik. Selepas 10 saat kemudian ia kembali seperti mode sedia kala.

Samsung turut menambah ciri 360 Audio ke dalam Galaxy Buds2 Pro. Ia merupakan ciri yang lebih kurang sama dengan Spatial Audio keluaran Apple yang memberikan efek audio sekeliling ketika anda mendengar muzik atau menonton video.

Samsung Galaxy Buds2 Pro: Earbud Audio Paling Selesa Di Pasaran

Kedua-dua ciri ini iaitu Voice Detect dan 360 Audio harus diaktifkan secara manual dengan menggunakan Wearable app. Dari segi kualiti audio pula Samsung menambah sokongan audio sehingga 24-bit Hi-Fi. Namun ia hanya boleh dinikmati bersama audio atau penstriman yang menyokong format tersebut.

IKLAN

KUASA BATERI

Salah satu faktor yang cukup penting di kalangan pengguna ialah ketahanan bateri. Bagi Galaxy Buds2 Pro mampu bertahan sehingga lebih lima jam bagi penggunaan berterusan bersama pengaktifan ANC. Manakala penggunaan tapa ANC pula boleh mencecah sehingga lapan jam.

Samsung Galaxy Buds2 Pro: Earbud Audio Paling Selesa Di Pasaran

Wireless charging port pula mampu bertahan sehingga 18 hingga 29 jam bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Lebih menarik ia turut menyokong pengecasan Wireless Powershare dan serasi bersama peranti Galaxy yang lain.

Ia hadir dengan tiga variasi warna cukup menarik iaitu Bora Purple, Graphite dan White.

Samsung Galaxy Buds2 Pro: Earbud Audio Paling Selesa Di Pasaran

Secara keseluruhannya Galaxy Buds2 Pro merupakan antara peranti audio yang paling selesa di pasaran sekarang. Sesuai dengan namanya, Galaxy Buds2 Pro memang terbukti cukup ‘pro’ dalam segenap aspek.

Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Buds2 Pro anda boleh layari laman sesawang Samsung di sini.

RATING MASKULIN: 4.5/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI