Bila bercakap tentang peranti audio terutamanya fon telinga perkara yang cukup penting buat kita sebagai pengguna atau peminat muzik khususnya ialah kualiti bunyi. Namun selain itu terdapat beberapa lagi faktor yang boleh menjadikan seseuatu peranti audio itu menonjol.

Salah satunya ialah rekaan yang dinamik, selesa untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama dan menyokong pelbagai ciri-ciri berbeza seperti menjawab panggilan serta kemudahan kawalan muzik.

Samsung Galaxy Buds2 Review: Peranti Audio Kompak Dengan Kualiti Mengejutkan

Kesemua perkara yang MASKULIN nyatakan di atas dibawa dengan cukup bersahaja oleh fon telibga atau earbuds terbaru dari Samsung iaitu Galaxy Buds2.

Adakah prestasi yang dipamerkan oleh Galaxy Buds2 mengejutkan penulis? Sejujurnya ia sedikit sebanyak telah melepasi tahap jangkaan penulis pada asalnya. Selepas menggunakan Galaxy Buds2 selama dua minggu inilah review yang boleh MASKULIN kongsikan bersama anda.

REKAAN DAN SAIZ

Sebelum menyentuh tentang perincian teknikal terlebih dahulu marilah kita berkenalan dengan earbuds terbaru dari Samsung ini menerusi penampilan luaran serta rekaannya. Galaxy Buds2 yang dilancarkan baru-baru ini telah ditawarkan dalam empat warna berbeza iaitu White, Lavender, Graphite dan Olive.

Samsung Galaxy Buds2 Review: Peranti Audio Kompak Dengan Kualiti Mengejutkan

Keemua warna yang ditonjolkan sememangnya jenis yang terkini dan mengikuti trend semasa. Namun secara peribadi MASKULIN lebih cenderung kepada warna putih yang lebih elegan dan universal.

Pertama kali memegang Galaxy Buds2 di atas tangan perkara pertama yang terdetik ialah betapa ringan dan sedikit kecil berbanding rekaan earbuds yang lain terutamanya versinya yang terdahulu. Untuk perbandingan setiap earbud hanya seberat 5 gram berbanding Buds Plus (6.3 gram) dan Buds Pro (6.4g).

IKLAN

Samsung Galaxy Buds2 Review: Peranti Audio Kompak Dengan Kualiti Mengejutkan

Saiznya yang lebih kompak menjadikan ia lebih senang untuk dipakai dan tidak terlalu menonjol keluar dari telinga – sedikit berbeza dengan versi Galaxy Buds yang lain. Akan tetapi dengan saiz yang lebih kecil maka terdapat beberapa kekurangan yang harus diterima seperti bateri yang lebih kecil dengan 61mAh.

Dengan pengecasan penuh ia boleh digunakan selama 5 jam dengan pengaktifan active noise cancellation (ANC) dengan tambahan sebanyak 15 jam pengecasan oleh USB-C charging case. Lebih menarik charging case Galaxy Buds2 turut menyokong pengecasan pantas serta Qi wireless charging.

CIRI DALAMAN

Bagi penggunaan yang lebih menarik Galaxy Buds2 boleh digunakan bersama aplikasi Galaxy Wearbale app di peranti pintar Android. Namun, buat masa sekarang aplikasi tersebut tidak menyokong penggunaan iOS.

Tapi ia tidak bermakna Galaxy Buds2 tidak boleh digunakan untuk sambungan bersama peranti iOS. Cuma ia hanya tersmabung secara terus menggunakan sokongan Bluetooth.

IKLAN

Samsung Galaxy Buds2 Review: Peranti Audio Kompak Dengan Kualiti Mengejutkan

Sokongan Bluetooth 5.2 yang terkini memberikan kualiti sambungan yang mampu mejamin kekuatan signal dan audio yang jauh lebih baik. Sambungan atau pair bersama peranti Samsung seperti MASKULIN gunakan bersama Galaxy Z Flip3 dilakukan dengan cukup mudah.

Galaxy Buds2 turut menyokong ketahanan air IPX2 yang bolehlah dikatakan cukup sesuai untuk penggunaan pelbagai aktiviti. Penggunaan Wearable App pula memberikan pengalaman swapping atau bertukar peranti dengan cukup mudah. Katakan anda menikmati muzik Galaxy Buds2 bersama Galaxy Tab, tiba-tiba ada panggilan masuk menerusi Galaxy Z Flip3.

Hanya perlu angkat telefon dan terus ia akan ‘swap’ secara automatik. Bermakna tidak perlu menutup sambungan yang lebih melecehkan. Wearable App juga menawarkan ciri-ciri ubah suai mengikut keselesaan dan personaliti pengguna.

KOMPAK NAMUN HEBAT!

Apa yang membuatkan earbud kompak ini cukup hebat ialah sokogan ANC yang dibawanya. Apbila diaktifkan kita akan dapat merasakan perbezaan ketara dari segi kualiti bunyi dan muzik.

IKLAN

Galaxy Buds2 memberikan pengalaman yang ‘cukup kaya’ dalam kita menikmati muzik tanpa sebarang gangguan bunyi luaran.

Samsung Galaxy Buds2 Review: Peranti Audio Kompak Dengan Kualiti Mengejutkan

Tanpa perlu menggunakan volume paling kuat pun sudah cukup untuk anda menapis sebarang gangguan luaran yang mungkin agak menjengkelkan. Seleksi untuk ubah suai atau customization juga cukup banyak ditawarkan menerusi Wearable App.

Jadi jangan tertipu dengan saiznya yang mungkin agak kecil berbanding earbud lain di pasaran kerana Galaxy Buds2 mempunyai ‘kekuatan’ tersendiri yang sangat menyerlah.

KESELURUHAN

Samsung Galaxy Buds2 Review: Peranti Audio Kompak Dengan Kualiti Mengejutkan

Secara keseluruhannya MASKULIN cukup kagum dengan kemampuan audio yang dibawa oleh Galaxy Buds2. Malah ia juga merupakan di antara earbud paling selesa pernah melekat di telinga. Bonus buat pengguna telefon, tablet dan jam pintar keluaran Samsung atau Android yang dapat merasai pengalaman menggunakan Galaxy Buds2 dengan aplikasi Wearbale App.

Earbud yang sangat sesuai buat mereka yang mempunyai keinginan memiliki peranti audio berkualiti pada harga berpatutan iaitu hanya RM499. Galaxy Buds2 kini boleh didapati di pasaran tempatan dan juga menerusi laman sesawang Samsung di sini.

Rating MASKULIN: 4/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI