
Sempena dengan kemunculan filem epik pada bulan hadapan, ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ (SWTROS) pelbagai jenama mengambil kesempatan melakukan kolaborasi istimewa.
Samsung juga tidak ketinggalan turut serta meraikan kemunculan filem hebat ini dengan memperkenalkan Samsung Galaxy Note10+ Star Wars Edition. Rekaan luarannya diinspirasikan daripada watak antagonis, Kylo Ren.
Bagi meraikan filem terakhir daripada filem saga ini, telefon pintar Samsung ini didatangkan dengan sarung eksklusif, S-Pen berbentuk seperti lightsaber, badge item edisi khas dan sepasang Samsung Galaxy Buds yang hadir dengan warna dan tema sama.
BACA: Menggunakan Telefon Pintar Lebih 5 Jam Sehari Boleh Jadi Punca Obesiti
Dengan warna dominan hitam dan merah, ia membawa sentuhan karakter Kylo Ren memberikan homage terbaik kepada karakter anti-hero terkenal. Pada bahagian belakang pula logo Star Wars jelas kelihatan dibawah insignia First Order dari Kylo Ren.
Selain itu, ia juga lengkap dengan pelbagai feature digital yang eksklusif seperti wallpaper, animasi shutdown, ikon dan bunyian dari filem Star Wars yang pasti memberikan nostalgia tersendiri kepada peminatnya.
Keluaran khas ini dijangka dipasarkan dalam kuantiti yang terhad dan bakal menjadi rebutan ramai.
Hati-hati, Stres Kerja Juga Boleh Menyebabkan Anda Terkena Strok & Sakit Jantung

Pakar kesihatan mendedahkan stres atau tertekan hingga mengabaikan kesihatan menjadi punca utama jantung tidak berfungsi dengan normal dan mengakibatkan golongan muda maut akibat serangan jantung.
Seperti yang kita tahu, ia bukan dipengaruhi oleh faktor kesihatan sahaja seperti darah tinggi, diabetes dan obesiti. Malah stress juga boleh menjadi ‘pembunuh’ dalam diam di mana akan menyebabkan seseorang itu terkena serangan jantung.
Menurut pakar kesihatan Dr Zubaidi Ahmad, kebanyakan orang tidak menyangka dirinya sedang menghadapi tekanan, namun apabila diperiksa kadar denyutan jantung degupannya laju.
“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.
“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.
“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya lagi, kerja juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Dirinya pernah didatangi seorang coach yang berkerja di gymnasium. Oleh kerana terlalu banyak kerja dia jarang berehat dan akhirnya dia kena strok.
“Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,” katanya yang memberi komen tentang mengapa golongan muda pada masa kini mudah berdepan risiko serangan jantung walaupun menjalani kehidupan yang sihat.
Sumber: Sinar Harian
Jenis-Jenis Makanan Ini Bukan Saja Tak Berkhasiat Tapi Boleh Buat Anda Nampak Tua Dari Usia Sebenar

Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting agar setiap lelaki dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya. Dan itulah menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
1. Minuman berkarbonat
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.

2. Minuman kafein berlebihan
Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.
3. Produk yang kaya dengan tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4. Kek dan pastri
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5. Makanan dan minuman pek segera
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
BACA: 9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!
6. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7. Makanan bergoreng
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
8. Makanan segera
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
9. Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.
Jangan Buang Palam & Wayar Pengecas Telefon Pintar, Anda Boleh Jual Ke Pusat Kitar Semula

Barangan elektronik seperti telefon pintar kini menjadi peranti yang sudah sebati dalam kehidupan kita. Tak dapat nak bayangkan bagaimana kehidupan sekarang tanpa telefon pintar.
Segalanya boleh dilakukan menggunakan peranti ini. Dari laman media sosial, beli-belah, perbankan an seterusnya untuk tujuan keselamatan. Namun hari demi hari ramai tidak sedar bahawa bahan buangan barangan elektronik kini semakin meningkat.
Tahukah anda sebanyak 53.6 juta tan metrik sisa elektronik telah dicatatkan di seluruh dunia bagi tahun 2019. Dan ia dijangka akan terus meningkat sehingga 21 peratus dalam tempoh lima tahun.
Menurut UN Global E-Waste Monitor 2020 hanya 17.4 peratus sisa elektronik yang dikutip dan dikitar semula. Manakala selebihnya menjadi sisa pepejal yang boleh menjejaskan alam sekitar.
Salah satu sisa buangan elektronik yang paling sinonim datangnya dari pelbagai kelengkapan telefon pintar. Antaranya ialah palam dan juga wayar pengecas yang kini dilaporkan menjadi antara penyumbang tertinggi. Di negara kita sendiri terdapat pelbagai usaha dan inisiatif daripada kerajaan dan NGO untuk mengurangkan sisa buangan seperti ini.

Mungkin ramai di kalangan anda tidak tahu bahawa palam pengecas dan kabel yang lama kini boleh dijual dan ditukar kepada bentuk wang?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Facebook Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) yang menyatakan bahawa bahan buangan elektronik itu boleh dikitar semula dan ditukar dengan wang.
Dan badan yang bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan kitar semula tersebut ialah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp. Berikut merupakan beberapa langkah anda boleh lakukan untuk kitar dan jual sisa buangan elektronik.
1. Jual/berikan kepada pusat kitar semula. Senarai pusat kitar semula yang menerima sampah elektronik anda boleh ditemui melalui direktori Jabatan Alam Sekitar di sini.

2. Jual kepada ERTH (https://erth.app/). ERTH menawarkan servis pengutipan percuma jika anda mempunyai sekurang-kurangnya tiga sampah elektronik. Dan anda akan dibayar! Anda hanya perlu mengisi borang tempahan pengutipan di laman sesawang mereka.
Jangan lupa follow IG MASKULIN ya!