Perlumbaan menghasilkan telefon pintar yang paling unggul di kalangan pengeluar pelbagai jenama seakan tiada henti. Setiap bulan pasti ada sahaja inovasi dan rekaan baru yang diumumkan demi menarik perhatian pengguna.

Sebagai salah satu jenama yang bertindak sebagai antara main player dalam industri ini, Samsung tidak pernah gagal memperkenalkan pembaharuan, melakukan pertukaran drastik atau menghentikan mana-mana feature sebelum ini yang tidak digemari pengguna mereka.

Dan Samsung kini dilihat semakin pulih selepas kes ‘meletup’ pada series Note 7 sebelum ini yang sangat menjejaskan reputasi jenama mereka. Perlahan-lahan mereka telah berjaya mengembalikan semula keyakinan pengguna.

Samsung S10 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan kini dikhabarkan akan dikeluarkan dalam tiga saiz skrin berbeza. Info terkini yang dikongsi oleh pengguna Twitter @evleaks telah berkongsi beberapa maklumat yang cukup menarik. Dia yang dikenali sebagai serial leakster mendapat info tersebut daripada pembuat sarung telefon tidak bernama.

Samsung Galaxy S10 Bakal Tampil Dengan Tiga Saiz Skrin Berbeza

IKLAN

BACA: Pulihkan Telefon Yang Masuk Air Hanya Dengan Menggunakan Beras!

Sebelum ini Samsung biasnya memperkenalkan dua model untuk S series iaitu untuk size biasa dan juga saiz lebih besar yang dikenali sebagai ‘plus’. Jadi pembaharuan ini merupakan sesuatu yang tidak dijangka oleh ramai pengikut setia teknologi telefon pintar mahupun peminat jenama itu sendiri.

IKLAN

Samsung Galaxy S10 dijangka mengeluarkan tiga saiz berbeza iaitu 5.8 inci, 6.1 inci dan 6.4 inci. Bagi saiz yang paling kecil ia bakal membawa nama S10 Lite diikuti dengan S10 (model standard) dan S10+ (sais terbesar).

Samsung Galaxy S10 Bakal Tampil Dengan Tiga Saiz Skrin Berbeza
Untuk model S10 Lite, ia dijangka mempunyai pengimbas cap jari di bahagian tepi
Samsung Galaxy S10 Bakal Tampil Dengan Tiga Saiz Skrin Berbeza
Dual-camera di bahagin belakang, feature yang kini cukup sinonim dengan mana-mana telefon pintar kelas flagship

 

IKLAN

Nampaknya Samsung didapati cukup peka dengan permintaan daripada pelbagai lapisan pengguna dengan memenuhi semua kelas saiz. Walaupun semakin banyak jenama lain memperkenalkan skrin besar tanpa bezzle di pasaran sekarang namun Samsung sedar terdapat pengguna lebih gemar telefon pintar bersaiz kecil dan sederhana.

Samsung Galaxy S10 Bakal Tampil Dengan Tiga Saiz Skrin Berbeza
Ramalan rekaan paparan untuk model Samsung Galaxy S10 yang kini tersebar

 

Samsung Galaxy S10 bakal muncul dengan paparan Infinity-O yang mempunyai cut-out-hole untuk kamera. Namun untuk model S10+ terdapat dua ruang kamera yang mencadangkan bahawa terdapat dua kamera hadapan.

Dalam masa yang sama terdapat juga ura-ura mengatakan rekaan yang dibocorkan itu tidak berapa tepat dan mendakwa kamera hadapan terletak di bahagian tepi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI