Rasanya agak lama kita tidak mendengar sebarang berita dan update terbaru dari Samsung dan siri telefon pintar flagship mereka. Antara produk flagship mereka yang sentiasa mendapat perhatian ramai ialah daripada siri ‘S’.

Setelah sekian lama menanti kini Samsung memperkenalkan versi terbaru siri tersebut. Samsung Galay S20 kini diperkenakan dengan tiga model berbeza iaitu S20, S20+ dan S20 Ultra.

Bagi pengguna Samsung, anda sudah pasti sedia maklum akan inovasi terbaru yang tidak pernah gagal diperkenalkan oleh syarikat tersebut setiap kali menampilkan telefon pintar baru dari siri ini.

Samsung Galaxy S20 Dipasarkan Pada Harga Setanding Harga iPhone

IKLAN

Berikut merupakan spesifikasi ketiga-tiga model Samsung Galaxy S20:

Samsung Galaxy S20

Model standard ini muncul dengan paparan skrin berukuran 6.2-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2x. Dilengkapi memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 128GB, dan bateri 4000mAh. Dari segi kamera pula, ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP + 64MP, sementara kamera swafoto 10MP.

IKLAN

Samsung Galaxy S20+

Perbezaan paling ketara dengan S20 ialah S20+ mempunyai skrin lebih besar. Dibekalkan skrin 6.7-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB, bateri 4500mAh. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan empat kamera belakang, iaitu 12MP + 12MP + 64MP + depth, serta kamera swafoto 10-megapixel.

Galaxy S20 Ultra

Model yang paling ‘berkuasa besar’ dalam ketiga-tiga model ini menampilkan skrin bersaiz 6.9-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X. Selain itu ia turut lengkap dengan memori 16GB RAM, storan dalaman 512GB dan bateri 5000mAh. Bagi rakaman foto ia dibekalkan dengan empat kamera belakang gabungan 12MP + 108MP + 48MP + Depth,. Selain itu, turut menggunakan kamera swafoto 40-megapixel.

IKLAN

Samsung Galaxy S20 Dipasarkan Pada Harga Setanding Harga iPhone

Daripada segi harga, Samsung Galaxy S20 muncul dengan tiga harga berbeza mengikut model. Tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa harganya memang tidak kalah dengan pasing besar mereka iaitu iPhone.

S20 muncuk dengan harga terendah iaitu RM3,599. Kemudian diikuti dengan Galaxy S20+ pada harga RM3,999. Manakala Samsung Galaxy S20 Ultra pula tampil dengan ahrga paling mahal dengan RM4,999.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI