Saban tahun peminat dan juga penggemar peranti pintar pasti menantikan kemunculan telefon pintar terbaru daripada pembikin dari Korea Selatan, Samsung Electronics Co. Ltd. Walaupun berdepan dengan segala macam cabaran dan persaingan dari jenama pesaing namu kedudukannya sebagai antara jenama telefon pintar paling dipercayai masih lagi utuh.

Di antara siri yang paling dinantikan setiap tahun ialah menerusi siri ‘S’ yang merupakan kategori flagship mereka. Dan pengguna dan peminat yang menantikan telefon pintar terbaru daripada Samsung pastinya tidak kecewa kali ini dengan pengenalan Samsung Galaxy S21.

Pada majlis pengenalannya yang dilakukan secara penstriman secara langsung baru-baru ini telah diperkenalkan model terbaru Samsung Galaxy S21 yang tampil dengan tiga versi berlainan. Setiap satunya tidak lari darippada citi-ciri teknologi dan inovasi terkini diperkenalkan mereka.

Seleksi telefon pintar terbaru tersebut ialah Samsung Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra 5G. Menurut Presiden dan Ketua Komunikasi Perniagaan Mobil Samsung Electronics, TM Roh, “Galaxy S21 Ultra merupakan satu contoh bagaimana Samsung sentiasa menjadi penggerak bermakna dalam inovasi serta menawarkan pengalaman lebih kaya buat pengguna untuk mengekspresikan diri”.

Samsung Galaxy S21, Diangkat Sebagai Siri Telefon Pintar Epik Segenap Sudut

“Melihatkan betapa pentingnya teknologi peranti pintar kini dalam kehidupan seharian, kami mahu membawa dan merentas sempadan dengan inovasi terunggul,” jelasnya lagi.

Sudah lebih 10 tahun Galaxy S series membawakan pelbagai teknologi unggul dan memberikan pengalaman terbaik buat pelanggannya. Kini dengan siri terbaru Galaxy S21, ia diyakini mampu meneruskan legasi tersebut.

SAMSUNG GALAXY S21 ULTRA 5G

Versi paling premium dan berada pada kelasnya tersendiri, Galaxy S21 Ultra 5G membuka lembaran terbaru jenama Samsung untuk mengukuhkan semula kedudukan mereka di pasaran global.

IKLAN

Tampil dengan skrin paparan 6.8 inci Quad HD+, ia tampil dengan bezel yang cukup nipis di sekelilingnya. Di bahagian atas terdapat ‘lubang kecil’ yang menyaksikan kedudukan kamera 40MP kamera selfie.

Samsung Galaxy S21, Diangkat Sebagai Siri Telefon Pintar Epik Segenap Sudut
Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Paparan skrinnya menggunakan teknologi AMOLED 2X yang mampu melakukan refresh rate, 120Gz. Ini bermakna skrin terbaru model ini mampu melakukan Adaptive 120Hz refrsh rate dengan resolusi Quad HD+. Secara tal langsung menawarkan pengalaman yang lebih kaya dan lancar buat kepuasan pengguna.

Melihat dari segi kekuatan dalamannya pula, Galaxy S21 Ultra dikuasakan pemproses Exynos 2100 dengan memori 12GB atau 16GB RAM. Manakala untuk seleksi storan dalaman pula ia menyediakan dua tiga varian iaitu 256GB dan 521GB yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Dari segi bateri pula, Galaxy S21 Ultra menggunakan bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar sehingga 15W dan juga boleh digunakan sebagai reverse wireless charge untuk peranti lain.

IKLAN

Samsung Galaxy S21, Diangkat Sebagai Siri Telefon Pintar Epik Segenap Sudut

Berita baik untuk peminta fotografi kerana Galaxy S21 Ultra menawarkan set up quad kamera. Ia dilengkapi kamera wide angle 108MP, ultra wide angle 120MP dan dua telefoto 10MP yang menawarkan 3x optical zoom dan 10x optial zoom.

Walaupun mempunyai rangkaian kamera tersebut, ia masih mampu melakukan 100x Space Zoom. Bagi memastikan kualiti fokus foto dan video yang terbaik, Galaxy S21 Ultra turut dilengkapi AF modul.

Dan feature yang mungkin agak mengejutkan turut tampil pada Galaxy S21 Ultra ialah S Pen. Selain itu, ia turut mempunyai tahap kalis air IP68 dan juga tahan habuk. Sistem audio pula dilengkapi dengan kulaiti audio Dolby Atmos.

IKLAN

GALAXY S21 & S21+

Perbezaan ketara dua model yang tidak kurang hebatnya daripada siri Galaxy S terbaru ini adalah saiz. Galaxy S21 tampil dengan saiz 6.2 inci manakala S21+ pula sama seperti versi Ultra iaitu pada ukuran 6.7 inci. Kedua-duanya menawarkan memori 8GB RAM storan dalaman (tawaran di Malaysia) 256GB.

Samsung Galaxy S21, Diangkat Sebagai Siri Telefon Pintar Epik Segenap Sudut
Samsung Galaxy S21

Ia juga lengkap dengan skrin Full HD+ Dynamic AMOLED dengan Adaptive 120hz (48hz sehingga 120Hz). Secara keseluruhan rekaan di bahagian hadapannya tidak jauh beza dengan versi Galaxy S21 Ultra. Di bahagian belakang pula terdapat tiga lensa kamera utama dengan 12MP wide, 12MP ultra-wide dan 64MP telephoto.

Samsung Galaxy S21, Diangkat Sebagai Siri Telefon Pintar Epik Segenap Sudut
Samsung Galaxy S21+

Antara ciri yang paling menarik perhatian ialah sistem keselamatan Samsung Knox Vault. Ia merupakan platform keselamatan yang diperkenalkan Samsung bagi memastikan keselamatan data pengguna dengan lebih baik. Selain itu, ia turut memperkenalkan fungsi Private Share di mana pengguna boleh mengawal siapakah yang boleh mengakses kandungan yang dihantar dan boleh bertahan berapa lama.

DIBUKA SEKARANG

Kesemua model terbari dari siri Samsung Galaxy S21 yang dinyatakan di atas kini dibuka untuk pra-tempah sehingga 28 Januari 2021. Apa yang menarik setiap pra-tempah yang dilakukan, pengguna bakal mendapat fon telinga pintar terbaru, Samsung Galaxy Buds dan Galaxy SmartTag secara percuma.

Samsung Galaxy S21, Diangkat Sebagai Siri Telefon Pintar Epik Segenap Sudut

Buat anda yang berminat boleh layari laman sesawang rasmi mereka untuk maklumat yang lebih lanjut.

Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update gajet terkini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI