Kompak, versatail dan lengkap dengan spesifikasi telefon pintar premium masa kini.

Jika ditanya secara menyeluruh itulah jawapannya yang boleh kami beri kepada prestasi yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy S21. Hadir sebagai ‘adik bongsu’ kepada siri terbaru yang turut terdiri daripada Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra, ia sebenarnya sedikit pun tidak memberikan banyak kekurangan pada Galaxy 21.

Hampir seminggu mencuba sendiri menggunakannya, apa yang boleh dirumuskan Galaxy 21 menepati jangkaan awal seperti yang diletakkan.

Perkara pertama yang mungkin ramai akan perasaan ialah kotak Galaxy S21 hadir dalam bentuk kecil dan nipis. Terdapat beberapa sebab mengapa ia dipakejkan begitu. Pertama sekali ia tidak hadir dengan palam pengecas atau charger dan juga sebarang fon telinga.

Ini adalah trend terbaru yang kita semua harus terima. Suka atau tidak, pakej telefon pintar yang diramal menjadi trend bermula pada tahun ini. Di sebalik keputusan tidak menyertakan sekali charger sebenarnya ia adalah usaha memulihara alam sekitar dan pengurangan bahan buangan elektronik.

FEEL ON HAND

Berbalik kepada fokus utama iaitu telefon pintar Galaxy S21. Apabila memegangnya kita tidak dapat lari dari berasa kagum dengan kualiti pembuatannya yang cukup kemas. Walaupun ia agak nipis dan ringan namun memegangnya sahaja sudah tahu bahawa ia adalah sebuah peranti premium.

Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini

Tampil dengan skrin sesentuh Dynamic AMOLED 6.2 inci, kualiti paparannya juga cukup mengagumkan. Bercakap tentang ukuran, secara peribadinya bagi penulis inilah saiz telefon pintar yang paling selesa untuk digunakan dalam aktviti seharian. Ia tidak terlalu besar dan juga kecil. Malah ia juga cukup ringan dengan berat hanya 169 gram.

Perlindungan skrinnya juga tidak kurang hebat dengan teknologi Corning Gorilla Glass Victus. Hadir dengan resolusi 1080 x 2400, inilah di antara telefon pintar dengan paparan paling jelas dan mantap di pasaran sekarang.

PEMBAHARUAN REKAAN

Di antara perbezaan paling ketara Galaxy 21 dengan model terdahulu ialah reka bentuknya yang berbeza. Kali ini Samsung benar-benar melakukan perubahan cukup besar berbanding model Galaxy 20.

Antara perubahan paling ketara ialah penggunaan ‘Glasstic’ pada bahagian belakang menggantikan full glass. Ia hadir dengan kemasan matte yang melengkapi kedudukan tiga lensa kameranya.

Untuk pengetahuan anda, Glasstic merupakan material yang dibangunkan oleh Samsung yang dikatakan mempunyai ciri-ciri gabungan glass dan plastik.

IKLAN

Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini

Ia tidaklah terasa premium seperti model terdahulu namun dengan penggunaan ini ia lebih ringan dan sedap dipegang di tangan. Dan material ini sebenarnya pernah digunakan menerusi Galaxy Note 20. Cuma apa yang membezakannya ialah kemasan matte yang kami rasa lebih sesuai.

Pada bahagian sisi pula menampilkan penggunaan metal edge yang menambah sentuhan premium. Dari segi penampilan keseluruhannya pula ia cukup menarik dengan tema warna Phantom Grey. Selain warna ini, Samsung menawarkan tiga lagi warna yang tidak kurang menariknya iaitu Phantom Violet, Phantom Whita dan Phantom Pink.

Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini
Empat variasi pilihan warna Samsung Galaxy S21

Reka letak kameranya juga diberikan nafas baharu dan sangat berbeza dengan model-model Samsung yang lain. Pengenalan baharu ini diberi nama ‘Contour Cut Camera’ yang tampil sedikit menonjol dengan varian warna berbeza kecuali Phantom Gray.

Warna-warna ditawarkan semestinya mampu memenuhi setiap cita rasa berbeza mengikut personaliti anda. Berbanding model terdahulu, Galaxy S21 ternyata tampil lebih premium dan eksklusif.

PAPARAN SKRIN

Bagi pemilik S20 yang ingin updgrade versi terbaru, kategori ini mungkin sesuatu yang tidak menggembirakan anda. Perubahan yang mungkin agak kontroversi apabila Samsung memilih paparan lebih rendah, skrin Full HD+ berbanding Quad HD berbanding versi tahun lalu.

Namun itu tidaklah bermakna kualitinya jauh berbeza. Ini kerana kerana skrin dan paparannya masih terang, jelas dan warna yang sebenarnya tidaklah jauh berbeza dengan versi terdahulu.

Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini

IKLAN

Paparan Galaxy S21 menampilkan kadar refresh maksimum 120Hz, satu angka yang cukup tinggi bagi kualiti penggunaan skrin. Ia juga mempunyai kemampuan kapasiti adaptive mengikut penggunaan. Sebagai contoh jika sedang bermain video game, ia akan kekal dengan kadar 120Hz.

Manakala jika penggunaan lebih rendah seperti audiobook, ia akan automatik merendahkan kadar refresh bagi memastikan penggunaan bateri lebih efisien. Samsung turut mempertingkatkan pengimbas cap jari dengan sensor lebih besar dan senang untuk diakses.

KAMERA

Darisegi hardware, tidak banyak perubaham yang dilakukan Samsung beranding versi tahun lalu. Walau bagaimanapun terdapat penambahbaikan signifikan menerusi perisian kameranya.

Di belakanngnya menampilkan tiga kamera yang mampu memberikan kepuasan fotografi buat pengguna. Ia terdiri daripada kamera utama 12MP, 12MP ultra-wide, 64MP telefoto yang mampu melakukan 30x optical digital zoom. Kami dapati foto yang diambil pada kadar zoom 10x ke bawah kualitinya cukup baik sekali. Dan jika ia lebih tinggi daripada tersebut, foto akan tampil sedikit grainy.

Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini

Kamera selfienya juga cukup efisien dengan kedudukannya yang tidaklah terlalu menonjol dan ‘mengacau’ keseluruhan skrin hadapan.

Selain itu Galaxy S21 turut memperkenalkan beberapa ciri baharu mode Director View di mana kita boleh merakamkan foto kamera beakang dan hadapan secara serentak.

Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini

IKLAN

Buat vlogger, ini merupakan ciri yang cukup dinantikan mereka untuk memudahkan rakaman kandungan video reaksi.

Rakaman videonya juga cukup memberangsangkan dengan pilihan 8K pada 24 frame per second. Ini merupakan kualiti video terbaik pada telefon pintar buat masa sekarang.

Lihat beberapa sampel foto yang diambil oleh kami menggunakan kamera Galaxy S21.

Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini
Kamera utama
Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini
Wide-angle
Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini
Zoom 10X
Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini
Telephoto zoom 30X

Galaxy S21 menggunakan sistem operasi Android 11 dengan Samsung One UI 3.0, antara paparan pemuka terbaik di pasaran sekarang. Selain itu, Samsung turut menyediakan Galaxy S21 sebagai telefon pintar tersedia dengan sokongan 5G.

Walaupun di kawasan anda belum lagi mendapat sokongan 5G namun sekurang-kurangnya telefon pintar ini sudah tersedia untuk penggunaan teknologi tersebut di masa akan datang.

BATERI

Salah satu faktor yang sangat penting terutamanya di kalangan pengguna di Malaysia ialah ketahanan bateri. Secara keselruhannya, pengguaan bateri Galaxy S21 bolehlah kami rumuskan sebagai sangat baik. Untuk cas penuh, penggunaannya mampu bertahan selama satu hari dengan penggunaan yang agak tinggi.

Untuk pengecasan pula ia menggunakan kabel USB type C. Selain itu ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar dan compatible dengan Qi wireless. Galaxy S21 turut menyediakan fungsi reverse charging secara tanpa wayar untuk kegunaan peranti lain ketika kecemasan.

RUMUSAN KESELURUHAN

Jika anda mahukan telefon pintar yang bersaiz sangat selesa dipegang, mempunyai sensasi premium, kualiti spesifikasi tinggi dan kamera memuaskan, Samsung S21 mampu menjadi jawapannya. Walaupun skrin bersaiz 6.2 inci nampak besar pada angkanya namun dengan rekaan nipis dan ringan menjadikan ia sebagai telefon pintar Android paling selesa di pasaran.

Samsung Galaxy S21 kini boleh didapati di pasaran dan di laman sesawang rasminya dengan tawaran promosi hadiah percuma yang menarik.

Rating keseluruhan: 4.5/5

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI