Secara umumnya apakah yang kita mahukan pada sebuah telefon pintar dalam versi lebih baharu? MASKULIN yakin ramai di antara anda mahu melihat telefon pintar tersebut tersedia dengan penambahbaikan yang lebih hebat, mantap dan signifikan berbanding versi terdahulu.

Sebagai di antara siri telefon pintar yang cukup popular di kalangan pengguna, siri ‘Samsung Galaxy S’ sering diangkat sebagai di antara penanda aras terhadap industri peranti pintar global.

Jadi tidak hairanlah apabila Samsung mengumumkan kemunculan siri Samsung Galaxy S22 yang hadir dengan tiga varian iaitu Galaxy S22 Ultra, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 ramai pemerhati cukup teruja.

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

MASKULIN cukup bertuah kerana diberi kesempatan untuk mencuba sendiri menggunakan salah sebuah daripada siri tersebut iaitu Galaxy S22+. Jadi apakah yang menarik dan paling signifikan pada Samsung Galaxy S22+?

PENAMPILAN, REKAAN LUARAN & SKRIN

Secara jujurnya, Galaxy S22+ merupakan di antara telefon pintar yang memiliki rekaan yang cukup elegan. Walaupun ia tidaklah terlalu berbeza dengan siri sebelumnya namun Galaxy S22+ mempunyai karakteristik uniknya tersendiri.

Penampilan paling menonjol pastinya pada rekaan kameranya yang lebih menonjol yang dilitupi dengan kerangka metal. Namun untuk siri terbaru ini, Samsung telah memisahkan modul kamera daripada keseluruhan kerangka. Warna pada model kamera juga sama seperti warna body.

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

Bahagian belakangnya juga lebih licin dan selesa untuk dipegang. Pada bahagian sisi ia menggunakan bahan dari aluminium reflektif. Ciri genggamannya juga sangat baik dan tidak mudah terlucut dari tangan.

Dari segi paparan skrin pula pasti ramai yang meletakkan harapan tinggi. Samsung memang terkenal menghasilkan telefon pintar yang hadir dengan skrin berkualiti tinggi sejak sekian lama. Begitu juga untuk Galaxy S22+ yang hadir dengan paparan FHD+.

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

Ia merupakan di antara paparan skrin terbaik yang ada di pasaran sekarang. Dan mengatakan perkara tersebut bukanlah begitu ringan dengan kecerahan maksima mencecah 1,750 nits. Malah, penggunaannya di kawasan luar dan terbuka juga tidak mendatangkan apa-apa masalah besar.

IKLAN

Hadir dengan skrin paparan AMOLED 2X ia mampu menjana refresh rate pada kadar 48Hz hingga 120Hz menjadikan ia sebagai skrin yang cukup efisien. Dari segi saiz pula Galaxy S22+ dengan ukuran 6.6 inci merupakan saiz yang cukup sedang elok bagi penggunaan harian.

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

Samsung juga dilihat cukup teruja memperkenalkan teknologi Vison Booster rekaannya yang menyediakan penggunaan AI bagi mengukur kecerahan serta kontras dalam keadaan cahaya berbeza. Ia sekali gus memberikan pengalaman penggunaan skrin yang lebih mesra dengan mata dan tidak berdepan masalah sukar untuk dilihat.

KEHEBATAN TRIO KAMERA

Bercakap tentang penambahbaikan yang signifikan, ciri kamera merupakan yang paling ketara bagi Galaxy S22+. Boleh dikatakan Samsung telah mengambil inisiatif menambahbaik kamera pada peranti ini ke taraf lebih mantap.

Paling menyerlah dengan lensa kamera wide-angle dan telephoto. Ia juga menawarkan kadar true 3x optical zoom berbanding versi terdahulu yang hanya dilengkapi dengan 3x hybrid zoom.

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

Pada bahagian hadapan Galaxy S22+ dilengkapi dengan kamera selfie 10MP. Kamera utama pula dengan 50MP bersama-sama dua lensa hebat 12MP ultrawide dan 10MP telephoto. Menurut Samsung, sensor utama kali ini lebih besar yang sekali gus membenarkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.

IKLAN

Ciri ini membuatkan foto pada waktu malam atau di dalam kondisi gelap menjadi lebih berkualiti. Bagi rakaman video pula Galaxy S22+ mampu melakukan rakaman pada kualiti tertinggi iaitu 8K dengan 24fps.

Itu merupakan satu angka yang cukup luar biasa bagi rakaman video pada sesbuah telefon pintar. Apatah lagi Galaxy S22+ hanya dilengkapi dengan 1080p skrin. Namun bukan itu sahaja fungsi rakaman videonya juga menampilkan beberapa ciri tambahan menarik.

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan
Seleksi wanta Galaxy S22+ hadir dengan Phantom White, Green, Pink Gold dan Phantom Black

Salah satunya ciri terbaru Auto Framing yang boleh mengesan sehingga 10 individu berbeza dalam satu masa. Ia akan melakukan ubah suai yang sepatutnya agar setiap wajah yang ada di dalam frame dapat dirakam dengan baik. Rakamannya juga tidak terganggu walaupun subjek sedang bergerak.

BERIKUT UJIAN FOTO MENGGUNAKAN LENSA BERBEZA

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

IKLAN

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

MODE PORTRAIT

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan
Human potrait

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

Jadi buat mereka yang ingin merakamkan aksi anak-anak yang tangkas dan binatang peliharaan seperti kucing yang selalu bergerak bukan lagi menjadi masalah. Secara keseluruhan kamera pada Galaxy S22+ memberikan dimensi penggunaan yang jauh lebih mantap!

PRESTASI BATERI

Seperti anda semua mungkin sudah sedia maklum, Galaxy S22+ menggunakan sistem operasi Android 12 dengan One U1 4.1. Dijana oleh di antara pemproses terbaik di pasaran masa kini, Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1. Itu merupakan pemproses ‘top-tier’ dari Qualcomm yang sedikit lebih laju berbanding versi sebelumnya, Snapdragon 888 pada tahun lalu.

Dari segi bateri pula, Galaxy S22+ dilengkapi dengan bateri Li-Ion 4500 mAh dengan kemampuan fast charging. Ia dipercayai mampu digunakan secara berterusan selama hampir 10 jam. Sepanjang menggunakannya kami juga tidak berdepan masalah besar.

Samsung Galaxy S22+ Review: Formula Kesempurnaan Dengan Penambahbaikan Lebih Signifikan

Pada pemerhatian jika dalam kondisi cas penuh digunakan jam 8 pagi ia mampu bertahan sehingga ke lewat malam. Ternyata penambahbaikan bateri juga agak signifikan walaupun tidaklah terlalu ketara berbanding versi terdahulu.

Samsung Galaxy S22+ kini boleh di dapati di pasaran dengan dua varian storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB. Lebih menarik pembelian Galaxy S22+ secara di atas talian menerusi laman sesawang Samsung Malaysia bakal menerima Galaxy Watch4 dan langganan 100GB OneDrive secara percuma selama 6 bulan.

Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang tawaran ini boleh layari laman sesawang Samsung Malaysia.

RATING MASKULIN – 4.5/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI