Mungkin ramai yang menganggap bahawa penggunaan tablet kini sudah tidak begitu popular. Tidak dapat dinafikan kemunculan telefon pitar yang kini bersaiz lebih besar membuatkan ramapi peminat peranti beralih arah.

Walaupun begitu segmentasi untuk tablet masih lagi ada permintaan yang agak tinggi terutamanya penggunaan di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun ke bawah.

Tredn menggunakan tablet untuk proses pembelajaran peringkat awal atau di rumah kepada kanak-kanak kini bukanlah satu perkara baru. Namun sejauh manakah spesifikasi untuk penggunaan bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi orang dewasa mampu dipenuhi oleh tablet yang berada di pasaran.

Samsung Galaxy Tab A, Tablet Kompak Direka Khas Untuk Semua Peringkat Umur
Samsung Galaxy A Tab ditawarkan dengan dua warna iaitu black & silver.

BACA: Tip Beli Telefon Pintar Secara Online Agar Tak Jadi Mangsa Scam

IKLAN

Samsung sebagai antara peneraju utama pengeluar peranti pintar telah memperkenalkan sebuah tablet terbaru yang dicanang oleg mereka sebagai peranti yang mampu menggantikan penggunaan komputer peribadi dan pada masa yang sama sangat mesra untuk kanak-kanak.

MODE SELAMAT

Pengenalan Samsung Galaxy Tab A yang tampil dengan skrin 8 inci merupakan peranti mampu milik berupaya memberikan solusi pelbagai penggunaan harian kepada anda.

IKLAN

Antara ciri-ciri yang paling menarik perhatian MASKULIN ialah Kids Home di mana kanak-kanak boleh mengakses pelbahan bahan pembelajaran. Ia boleh diakses dengan tetapi mode selamat.

Bermakna anda sebagai ibun atau bapa boleh menetapkan bahan online yang diakses mereka. Selain itu tetapan tempoh masa juga boleh dilakukan bagi mengelakkan penggunaan berlebihan. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan tempoh 3 jam sebagaio contiohnya sebelum peranti itu terpadan dengan sendiri.

IKLAN

SPESIFIKASI BERPATUTAN

Dilengkapi kamera 8MP & 2MP, tablet yang ditawarkan dengan dua warna iaitu black dan silver, Samsung Galaxy Tab A turut diperkasakan dengan pemproses Qualcomm (QUAD 2.0 Ghz) serta bateri mampu bertahan lama dengan kapasiti 5,100 mAh.

Dengan berat hanya 347 gram, tablet ini juga mempunyai storan dalaman 32GB dengan kadar memori 2GB.

Samsung Galaxy Tab A, Tablet Kompak Direka Khas Untuk Semua Peringkat Umur
Spesifikasi penuh

Jika anda mencari tablet dengan harga berpatutan yang boleh digunakan oleh seisi keluarga, Samsung Galaxy Tablet A boleh menawarkan opsyen yang cukup baik. Dengan harga RM599, ia merupakan harga yang cukup kompetitif dan mampu milik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI