Segmen jam pintar kini telah menjadi salah satu perkembangan peranti yang paling rancak sejak kebelakangan ini. Setiap tahun pengeluar peranti pintar pasti memperkenalkan model-model terbaru dengan pengenalan pelbagai teknologi pintar yang mampu membantu penggunaan lebih efisien dalam kehidupan seharian.

Jadi tidak hairanlah mengapa jam pintar kini sudah menjadi peranti yang cukup ‘essentials’ kepada ramai pengguna terutamanya di kawasan lebih urban. Sebagai salah sebuah jenama gergasi dunia dalam industri peranti pintar, Samsung juga tidak ketinggalan mengetengahkan jam pintar mereka.

Samsung Galaxy Watch4 Tampilkan Pembaharuan Dengan Ciri Kesihatan Holistik & Prestasi Lebih Canggih

Baru-baru ini mereka memperkenalkan variasi terbaru Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic. Pengenalan jam ini juag dikatakan sebagai era baharu inovasi jam tangan pintar. Apa tidaknya, Galaxy Watch4 merupakan yang pertama sekali menampilkan Wear OS yang dibina bersama dengan Google serta dilengkapi dengan One UI Watch. Ia merupakan antara muka yang tercanggih dan cukup mesra pengguna.

“Kami telah melihat pertumbuhan yang luar biasa untuk siri Galaxy Watch kerana pengguna telah menemui faedah kesihatan dan kemudahan alat pakai,” jelas Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, Dr. TM Roh.

“Kami memahami bahawa perjalanan kesihatan bagi setiap orang adalah berbeza, jadi kami membina rangkaian ciri kesihatan dan kesejahteraan yang kukuh untuk memberi pemahaman lebih mendalam dan bermanfaat kepada orang ramai mengenai kecergasan mereka secara keseluruhan.”

Samsung Galaxy Watch4 Tampilkan Pembaharuan Dengan Ciri Kesihatan Holistik & Prestasi Lebih Canggih

IKLAN

CIRI KESIHATAN TERCANGGIH

Jam pintar Galaxy Watch4 dilengkapi Sensor BioActive 3-dalam-1 yang inovatif serta hadir dengan reka bentuk lebih kecil dan kompak. Namun ia tidak mengurangkan ketepatan ukuran. Alat pengukur Komposisi Badan serba baharu pula memberi pengguna pemahaman lebih mendalam mengenai kesihatan dan kecergasan umum mereka.

Pengguna juga boleh memeriksa komposisi badan anda dengan mudah melalui pergelangan tangan dengan hanya dua jari. Dalam masa kira-kira 15 saat, sensor jam tangan anda akan menangkap 2,400 titik data.

Samsung Galaxy Watch4 Tampilkan Pembaharuan Dengan Ciri Kesihatan Holistik & Prestasi Lebih Canggih

Ia turut dilengkapi pelbagai ciri kesihatan untuk mengesan aktiviti harian seperti panduan senaman, menikmati Cabaran Berkumpulan dengan rakan dan keluarga anda, atau menyediakan gimnasium di rumah dengan menyambungkan Galaxy Watch4 ke Samsung Smart TV anda yang sepadan. Kiraan kiraan kalori dan metrik kadar degupan jantung boleh dipaparkan di skrin untuk penjejakan yang lebih mudah .

Dengan One UI Watch, aplikasi yang sepadan akan dipasang secara automatik pada jam tangan anda apabila ia dimuat turun pada telefon anda , dan tetapan penting anda – seperti waktu tanpa gangguan dan pemanggil yang disekat – juga akan diselaraskan serta-merta.

IKLAN

Samsung Galaxy Watch4 Tampilkan Pembaharuan Dengan Ciri Kesihatan Holistik & Prestasi Lebih Canggih

Auto Switch pula memastikan fon telinga tanpa wayar anda dapat menukar audio antara telefon dan jam tangan anda, bergantung pada penggunaannya. Anda juga dapat mengawal pengalaman mudah alih anda dengan mudah melalui suara Bixby , bezel dan Kawalan Gerakan.

Gerakkan lengan bawah ke atas dan ke bawah dua kali untuk menerima panggilan dan putar pergelangan tangan anda dua kali untuk menolak panggilan — atau untuk mengetepikan notifikasi dan penggera.

Siri Galaxy Watch4 juga merupakan generasi pertama jam tangan pintar yang menampilkan Wear OS Dikuasakan oleh Samsung — platform baharu yang meningkatkan setiap aspek pengalaman jam tangan pintar.

IKLAN

Dibina oleh Samsung dan Google, platform canggih ini membolehkan anda untuk menggunakan ekosistem yang meluas secara terus daripada pergelangan tangan anda – dengan aplikasi popular Google seperti Google Maps, dan perkhidmatan Galaxy yang digemari, seperti Samsung Pay, SmartThings dan Bixby.

Samsung Galaxy Watch4 Tampilkan Pembaharuan Dengan Ciri Kesihatan Holistik & Prestasi Lebih Canggih

Platform baharu ini turut menyokong aplikasi pihak ketiga yang terkemuka seperti Adidas Running, Calm, Strava, dan Spotify yang boleh didapati di Google Play. Bersama dengan perkakasan canggih kami dan antara muka pengguna yang lebih intuitif, anda dapat menikmati pengalaman bersepadu yang lancar dan mudah dengan Galaxy Watch4.

Sebagai contoh, kompas terbina-dalam kami yang ditambah baik berfungsi seiring dengan Peta Google untuk memudahkan anda meneroka kawasan baharu.

Ikuti dengan lebih lanjut mengenai Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic menerusi laman sesawang rasmi Samsung Malaysia di sini.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI