Industri peranti teknologi terutamanya telefon pintar merupakan antara yang paling pantas bergerak. Saban tahun pasti ada sahaja pengenalan teknologi serta inovasi baharu yang diperkenalkan. Ia merupakan satu bonus kepada pengguna kerana dihidangkan dengan pelbagai variasi inovasi yang hebat.

Sebagai antara pemain utama teknologi preanti pintar, Samsung juga tidak terkecuali memperkenalkan inovasi yang sentiasa dinantikan oleh pengguna. Bagi mereka perubahan itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Telefon pintar telah menjadikan kehidupan kita menjadi lebih mudah. Segalanya mampu dilakukan dengan hanya menggunakan peranti tersebut. Dari bangun tidur sehinggalah ke waktu tidur, kehidupan kita banyak berkisar pada peranti canggih seperti telefon pintar.

Samsung Ketengahkan Idea Eksplorasi & Inovasi Kepelbagaian Fungsi Galaxy Z Flip

IKLAN

Dengan imaginasi yang baharu syarikat gergasi dari Korea Selatan ini memperkenalkan Samsung Galaxy Z Flip yang hadir dalam pakej cukup menarik. Perubahan paling signifikan ialah penampilannya yang boleh lipat atau lebih popular dengan istilah ‘flip’.

PENGALAMAN LEBIH KAYA

Peranti yang bakal diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat ini hadir dengan skrin sesentuh 6.7 inci Dynamic AMOLED yang dikuasakan teknologi video HDR10+ bagi kepuasan visual maksimum. Apabila dilipat bahahian luarannya tampil pula dengan skrin 1.1 inci Super AMOLED.

IKLAN

Dengan skrin tersebut pengguna boleh mengakses notifikasi, mengawal muzik dan menjadi viewfinder untuk previe foto.

IKLAN

Samsung Ketengahkan Idea Eksplorasi & Inovasi Kepelbagaian Fungsi Galaxy Z Flip

Dan salag satu eksplorasi inovasi yang ingin diketengahkan Samsung ilah Multi-Active Window bagi fungsi multitasking melebihi satu aplikasi pada skrin. Samsung Galaxy Z Flip direka begini oleh mereka untuk memberikan pengalaman lebih kaya dan unik kepada pengguna.

Kemunculan telefon pintar ini pasti menjadis alah satu highlight paling dinantikan di kalangan penggemar industri peranti pada tahun 2021. Adakah telefon flip seperti ini bakal menjadi trend yang bakal digilai semula? Sama-sama kita nantikan!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI