
Dalam pasaran global sekarang boleh dikatakan apa sahaja produk yang menawarkan kemampuan pensterilan pasti akan menjadi laku keras. Ia berkemungkinan besar berkait dengan tahap kesedaran tinggi masyarakat terhadap kebersihan maksimum selepas krisis penularan wabak Covid-19 melanda dunia.
Terbaru, Samsung telah memperkenalkan bekas pensterilan UV uang dikhaskan untuk telefon pintar. Pada awal bulan ini id dilaprkan telah mula dipasarkan di seluruh dunia.
Tapi sejauh manakah keberkesanan peranti pencegahan kuman ini? Menurut Samsung, peranti inovasi terkini daripada mereka ini mempu membersihkan telefon pintar selama 10 minit. Mereka juga mendakwa ia boleh menyingkirkan 99% bakteria dan kuman seperti E.Coli, Staphylococcus aureus dan Candida albicans.
Namun adakah ia mampu membunuh coronovirus?
Besar kemungkinan ia tidak menghapuskan virus merbahaya tersebut. Ini kerana satu kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa coronavirus mampu hidup di atas permukaan telefon pintar selama 98 jam.
Samsung UV Sterilizer menggunakan cahaya UVC di mana ia boleh membunuh kebanyakan kuman namun tidak sepenuhnya mampu menjadi agen pemusnah coronavirus. Pakar juga mengatakan seseuatu objek memerlukan pendedahan cahaya UVC yang sangat tinggi untuk membunuh virus tersebut.
Ia adalah satu perkara yang besar kemungkinan tidak dapat dilakukan oleh peranti ini. Akan tetapi ia tidaklah bermakna Samsung UV Sterilizer ini tidak membawa apa-apa kebaikan. Bagi anda yang mementingkan kebersihan dan keselamatan daripada jangkitan kuman merbahaya inilah produk yang harus dimiliki.
Berukuran 196 x 96 x33 mm, peranti ini senang untuk dibawa ke mana sahaja. Malah ia mempunyai kemampuan untuk dicas secara tanpa wayar.
Lelaki Kelihatan Kacak & Seksi Jika Mampu Ajukan 50 Soalan Ini Dalam Masa 35 Minit!

Kajian berpendapat lelaki yang mampu mengajukan 50 soalan kepada wanita dalam masa 35 minit akan kelihatan lebih kacak dan seksi.
Ini kerana wanita adalah golongan yang paling sukar diramal. Mood mereka kadang-kala berubah tak tentu pasal dan ada waktunya, boleh peningkan kaum lelaki.
Namun begitu dalam usaha mewujudkan kesefahaman, komunikasi berkesan merupakan langkah penting yang perlu dititik beratkan.
Sehubungan itu, ini antara 50 koleksi soalan yang boleh lelaki ajukan kepada wanita untuk mengenali golongan tersebut dengan lebih dekat :
50 soalan kepada wanita
- Apa yang terjadi kepada anda yang membuatkan anda menjadi orang yang lebih tabah?
- Apa yang berlaku dalam hidup anda membuatkan anda berasa lemah?
- Di mana tempat yang anda merasakan anda menjadi diri sendiri?
- Di mana tempat kesukaan anda untuk menenangkan diri?
- Siapakah orang yang menurut anda, memberikan pengaruh paling besar terhadap diri anda sehingga ke hari ini?
- Jika anda boleh ubah satu perkara tentang diri anda, apa yang anda ingin ubah?
- Jika anda hanya mempunyai satu hari lagi untuk hidup, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?
- Anda rasa anda paling sesuai dalam dekad apa?
- Siapa orang yang paling rapat dengan anda dalam keluarga? Mengapa?
- Siapakah orang yang paling mengenali anda dengan terbaik dalam dunia ini?
- Apa kualiti kegemaran anda tentang kawan baik anda?
- Ketika anda lebih muda, apa cita-cita anda?
- Jika anda menjadi satu karakter fiksyen (daripada buku atau filem), anda akan menjadi siapa?
- Adakah anda mudah menerima pujian?
- Atau adakah anda tidak sukakan pujian?
- Adakah sumbangan kesukaan anda terhadap diri anda secara fizikal atau bukan fizikal?
- Apakah sumbangan fizikal kesukaan anda terhadap diri sendiri?
- Apakah sumbangan bukan fizikal yang paling anda sukai terhadap diri anda?
- Adakah anda percaya pada cinta pandangan pertama? Adakah anda percaya pada jodoh?
- Pernahkah anda bercinta? Berapa kali pertama?
- Apa yang membuatkan anda jatuh cinta dengan seseorang?
- Apa maksud disakiti pada pendapat anda?
- Apa yang membuatkan anda rasa disakiti?
- Apa perkara yang anda takut untuk bertanya kepada seorang lelaki, tetapi ingin bertanya?
- Jika anda adalah seorang lelaki selama satu hari, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?
- Adakah anda akan terus reject lelaki yang tidak disukai?
- Apa satu perkara yang anda ingin belajar dengan lebih mendalam?
- Apa perkara yang anda tidak pernah lakukan tetapi anda selalu ingin melakukannya? Kenapa anda masih tidak melakukannya?
- Jika wang tidak penting, apa kerja idaman anda?
- Jika anda bercuti dari kerja pada hari ini, apa yang anda akan lakukan?
- Apa perkara terakhir yang membuatkan anda menangis?
- Apa perkara terakhir yang membuatkan anda ketawa?
- Apa kenangan yang paling anda suka?
- Apa perkara terakhir yang sangat memalukan anda? Apa ketakutan anda yang paling besar?
- Dalam seumur hidup anda, pernahkah anda rasa menyesal?
- Kalau tak keberatan, mungkin boleh kongsikan apa penyesalan terbesar anda?
- Pernah tak langgar undang-undang? Jika tidak, undang-undang mana yang anda ingin langgar?
- Apa perkara paling gila yang pernah anda lakukan?
- Adakah anda akan berbual dengan orang yang tidak dikenali?
- Adakah anda akan memberitahu orang yang tidak dikenali, yang tisu tandas melekat pada kasut mereka?
- Atau sesuatu yang memalukan untuk dilihat di khalayak ramai?
- Apa lawak kegemaran anda?
- Kalau lawak itu hambar, apa yang anda akan buat?
- Jika anda boleh menjadi haiwan, haiwan apa yang anda pilih?
- Apakah filem atau buku, yang anda malu nak mengaku anda menyukainya?
- Bagaimana ibu bapa anda menceritakan anda sebagai seorang anak?
- Jika anda boleh kembali ke masa tertentu dalam hidup anda, pada umur atau saat mana yang anda inginkan?
- Apakah perkara yang anda percaya, tetapi orang lain tidak mempercayainya?
- Apa satu perkara yang anda akan katakan, yang membuatkan anda unik daripada orang lain?
- Apakah satu perkara yang anda rasakan, hilang dari hidup anda?
Ini adalah sekadar 50 soalan asas yang boleh lelaki gunakan. Jika wanita membaca ini dan ada lelaki yang cuba mendekati anda tetapi malu-malu, apa kata share artikel ini untuk bacaan mereka sebagai salah satu ‘hint’!
Pengasas Amazon, Jeff Bezos Individu Terkaya Di Dunia Rampas Gelaran Milik Bill Gates

Pernah dihina dan ditertawakan, kini Jeff Bezos merampas gelaran milik Bill Gates sebagai individu terkaya dunia. Jeff Bezos secara rasmi adalah manusia paling kaya di dunia hasil kejayaan syarikatnya, Amazon, dengan visi beraninya menjangkau ke angkasa lepas.
Amazon adalah sebuah laman sesawang membeli-belah secara atas talian. Pada Jun lalu, pihak Amazon telah mengumumkan pembelian Whole Foods Market Amerika secara tunai dengan nilai sebanyak RM55.1 bilion sekali gus melonjakkan sahamnya sehingga 3.3%!
Seiring dengan harga saham Amazon yang melonjak mendadak, kekayaan Jeff sebagai pemegang saham terbesar Amazon turut meningkat drastik!Sejak itu, berita mengenai Jeff dan Bill Gates menjadi berita hangat yang terpapar di dada-dada akhbar…
Dengan harga saham Amazon meningkat hampir 60 peratus sejak beberapa tahun lalu, kekayaan peribadi pengasas syarikat berusia 54 tahun itu, meningkat dua kali ganda kepada lebih AS$110 bilion (RM430.38 bilion). Bezos mengatasi Bill Gates minggu ini untuk menduduki tempat teratas senarai jutawan tahunan majalah Forbes, menyebabkan pengasas Microsoft jatuh ke tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$90 bilion (RM352.13 bilion).
Beliau memecahkan rekod dengan formula kejayaan termasuk melakukan taruhan berani, menerajui perubahan dan bangkit daripada beberapa halangan. Sebagai pemegang gelaran individu terkaya di dunia, Bill Gates menyatakan bahawa Jeff Bezos seperti harimau yang ganas dan sedang mengejarnya dengan buas!
Kehidupan Peribadi Jeff Bezos
Sementara itu, kisah silam Jeff Bezos bukanlah seperti yang kita sangkakan. Ketika dilahirkan, bapanya Jeffrey Preston Jorgensen dan ibunya, Jacklyn Gise masing-masing baru berusia 18 dan 17 tahun. Malah, kedua-duanya masih lagi berada di bangku sekolah.
Namun begitu, setahun kemudian, kedua-duanya telah berpisah kerana Jeffrey adalah seorang pemabuk dan tidak mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap keluarganya. Selepas bercerai, Jeffrey terus mengabaikan isteri dan anaknya serta tidak pernah memberi nafkah.
Cita-cita Menjadi Angkasawan
Tiga tahun kemudian, ibu Jeff telah berkahwin dengan seorang imigran dari Cuba yang bernama Miquel Bezos. Sewaktu berusia 14 tahun, Jeff mula memasang cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan atau ahli fizik. Dua tahun kemudian, Jeff dilihat mempunyai kemahiran tertentu apabila beliau berjaya memasang kincir angin dengan menggunakan mesin kimpalan sekali gus membolehkannya menerima biasiswa di sekolah tinggi.
Jeff Bezos bergambar bersama ibunya, Jacklyn Gise dan bapa tirinya, Miquel Bezos
Dengan prestasi yang bagus, Jeff Bezos telah diterima masuk ke Universiti Princeton pada usia 18 tahun dan semua ini adalah berkat pengaruh daripada bapa tirinya. Setelah menamatkan pengajian di universiti terkemuka berkenaan pada tahun 1986, Jeff Bezos memulakan kariernya di Wall Street. Beliau pernah bekerja sebagai pakar komputer, pegawai bank dan menjadi Naib Presiden di syarikat Trust.
Pada tahun 1994, Jeff Bezos mengahwini cinta sejatinya, Mac Kenzie dan sehingga kini, mereka telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Kisah penubuhan Amazon bermula apabila Jeff telah melayari satu laman sesawang dan mendapati bahawa setiap tahun, berlaku peningkatan pengguna Internet sebanyak 2300%! Perkara ini membuatkan Jeff merasakan peluang perniagaan terbuka luas untuknya dan dia perlu melakukan sesuatu secara atas talian!
Justeru, beliau telah mengkaji dan menyenaraikan pelbagai barangan yang berpotensi untuk dijual di internet.. Daripada senarai 20 barangan, Jeff Bezos mengambil keputusan muktamad untuk menjual buku kerana terdapat banyak pilihan buku yang boleh dijual secara atas talian!
Setahun kemudian iaitu pada tahun 1995, Jeff akhirnya berjaya menubuhkan Amazon. Pada asalnya, syarikat tersebut dinamakan Cadabra Inc. Bagaimanapun, memandangkan ramai pihak yang sering tersalah dengar nama tersebut sebagai ‘Cadaver’ yang membawa maksud mayat atau bangkai, maka beliau menukarkannya kepada Amazon.
Namun begitu, Amazon tidaklah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan sepanjang 20 tahun penubuhannya. Hal ini demikian kerana kos penghantaran dan masa yang perlu ditanggung oleh pihak Amazon terlalu tinggi berbanding harga komoditi.
Oleh demikian, pada Mac 1997, Amazon mula berkongsi sahamnya dengan Nasdaq Exchange. Bagaimanapun, menerusi analisa yang dibuat oleh Lehman Brothers, dikatakan syarikat ini akan mengalami pengaliran wang keluar yang banyak dalam masa terdekat.
Walaupun ramai pihak yang mentertawakan kegagalannya dalam membangunkan Amazon, Jeff tidak menyerah kalah sebaliknya terus positif untuk melakukan sesuatu yang lebih penting. Disebabkan oleh kegigihan beliau, pada tahun 2016, Amazon mula meraih keuntungan bagi lima suku berturut-turut! Malah, kejayaan tersebut menandingi keuntungan yang diperoleh Facebook sekali gus meletakkan Amazon dalam senarai teratas 5 teknologi permodalan pasaran gergasi di Amerika Syarikat!
Pernah digelar ‘majikan yang kejam’, lelaki aneh dan sebagainya, berkat kegigihan dan semangat Jeff Bezos, beliau kini berjaya mengangkat syarikatnya dan boleh berbangga dengan keputusannya sendiri.
Jeff Bezos ketika berucap di Universiti Princeton pada 2010
Kini, Jeff Bezos menjadi individu terkaya di dunia dan beliau menjadikan platform Amazon untuk membina empayar perniagaan dan menundukkan insan-insan yang pernah menghina beliau suatu masa dahulu.
Kini, satu dunia menghormati beliau. Tahniah dan selamat maju jaya, Jeff Bezos!
“Anda perlu kuat dan mudah menyesuaikan diri berdepan cabaran selain cepat dan inovatif untuk melakukan perkara baharu dengan lebih pantas, itu adalah pertahanan terbaik menghadapi masa depan.
“Anda perlu selalu ke hadapan. Jika anda cuba menjauhi masa depan, masa depan akan menang setiap masa,” kata Bezos dalam temu bual diterbitkan majalah Vanity Fair tahun lalu.
Kesimpulannya nasihat kami daripada kisah Jeff Bezos ni ialah jangan putus asa dalam apa yang kita ceburi dan paling penting jangan pandang rendah pada orang lain. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tengok macam Jeff Bezos ni siapa sangka dia mampu menjadi jutawan dari seorang pemabuk dahulunya…
Sumber : Era Baru
Jika Tak Nak Bateri Rosak Cepat, Ikuti Cara Cas Handphone Selamat Ini

Antara faktor utama sebelum kita membeli telefon pintar ialah ketahanan baterinya. Ya, ketahanan bateri memainkan peranan sangat penting kerana ia mampu menjamin jangka hayatnya lebih lama. Selain itu bateri yang baik juga memberikan pengalaman penggunaan telefon pintar yang lebih baik.
Jadi tidak hairanlah mengapa pengeluar berlumba-lumba untuk menghasilkan bateri terbaik untuk peranti mereka. Selain kualiti terdapat beberapa faktor lain yang boleh memanjangkan hayat bateri telefon.
Di antaranya ialah cara bagaimana kita mengecas telefon itu sendiri. Jadi bagaimana kita ingin pastikan cara melakukannya dengan betul? Terdapat beberapa perkara asas perlu anda lakukan.
CAS SEMULA DENGAN LEBIH KERAP
Kita sering dimomokkan dengan mitos bahawa mengecas bateri hanya selepas bateri peranti habis sepenuhnya adalah baik untuk bateri. Ianya mungkin betul satu masa dulu, tapi tidak kini. Namun berbeza dengan hari ini.
Ia kerana bateri lithium-ion & lithium polymer yang digunakan oleh kebanyakan peranti hari ini tidak mempunyai efek memori. Maka anda tidak lagi perlu menunggu peranti kehabisan kuasa sepenuhnya untuk mengecas semula.
Waktu terbaik untuk mengecas semula ialah pada tahap kuasa 10% hingga 20%.
JANGAN CAS PERANTI SEPANJANG MASA
Mengecas peranti dengan terlalu lama tidak lagi menjadi masalah untuk peranti hari ini. Ia disebabkan peranti sekarang mempunyai keupayaan untuk memotong aliran masuk kuasa bagi menghentikan pengecasan selepas bateri dicas penuh.
Namun, ia tidak bermakna anda boleh terus menerus mengecas peranti tanpa henti. Anda perlu biarkan bateri peranti untuk berfungsi dengan sendiri tanpa memaksa kuasa bateri untuk terus kekal di tahap yang tinggi.
Untuk keputusan yang terbaik, kekalkan bateri peranti pada tahap 40% hingga 80% untuk menjaga kesihatan bateri anda.

TANGGALKAN CASING KETIKA CAS
Kebanyakan dari kita menggunakan sarung pelindung pada peranti demi menjaga peranti daripada mudah retak sekiranya jatuh ke lantai. Tiada masalah dengan perkara itu.
Akan tetapi, semasa mengecas peranti, pastikan anda menanggalkan sarung tersebut daripada peranti. Ini bagi memastikan suhu bateri peranti tidak meningkat tinggi akibat terperangkap oleh sarung pelindung.
JAUHI SUHU TERLALU TINGGI ATAU RENDAH
Masih lagi berbincang mengenai suhu. Anda diingatkan supaya sentiasa memastikan peranti terdedah pada suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah.
Sebagai contoh, sekiranya anda menunggang motorsikal sewaktu cuaca panas, jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di raga motorsikal. Suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada bateri, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap.
Bateri peranti juga gagal berfungsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dulu pada waktu pagi. Jadi jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan peranti semasa di luar bangunan.
KOSONGKAN BATERI
Walaupun anda dinasihatkan untuk tidak membiarkan peranti kehabisan kuasa sepenuhnya dengan kerap, ia perlu juga dilakukan dari masa ke semasa. Ia bertujuan untuk ‘menyegarkan’ kembali bateri peranti.
Anda dinasihatkan untuk mengosongkan bateri peranti sekurang-kurangnya sekali untuk setiap tiga bulan. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat melakukannya untuk sebulan sekali.
Untuk keputusan terbaik, pastikan jarak masa antara setiap pengosongan kuasa itu adalah sama. Dalam kata mudah, jika anda mengosongkan bateri buat kali pertama selepas 30 hari, maka pengosongan bateri yang kedua juga perlu dilakukan 30 hari selepas itu.
SEGERA TANGGALKAN SELEPAS CAS PENUH
Meninggalkan telefon dipasang apabila ia dicas sepenuhnya seperti pengguna cas telefon semasa tidur, tidak baik untuk bateri dalam jangka masa panjang.
Sebaik sahaja telefon pintar pengguna mencapai caj 100%, ia masih lagi akan mendapat aliran cas yang kecil untuk mengekalkan nilai 100%.
GUNA PENGECAS ORIGINAL
Sebaiknya pengguna menggunakan charger yang datang sekali dengan telefon itu (original) kerana sudah pasti charger itu mengikut spesifikasi bateri telefon pengguna yang telah ditetapkan oleh smartphone manufacturer.
Atau sekurang-kurangnya gunakan charger 3rd party yang lebih mahal serta berjenama.
KURANGKAN GUNA FAST CHARGING
Banyak telefon baru yang keluar sekarang menyokong teknologi fast charging. Teknologi ini membolehkan pengguna cas bateri dari 0% ke 100% dalam masa yang singkat.
Ia memang bagus untuk menjimatkan masa, tetapi sebenarnya ia tidak bagus untuk bateri. Apabila fast charging aktif, bateri akan menerima voltage & current yang lebih tinggi dari biasa.
Ini akan menyebabkan suhu bateri cepat panas. Suhu yang terlampau tinggi tidak bagus untuk bateri smartphone & akan mengurangkan jangka hayat bateri dengan cepat.
CUBA ELAK WIRELESS CHARGING
Wireless charging memang satu feature yang sangat berguna untuk smartphone, tetapi ia tidak berbaloi dibandingkan kesan buruknya.
Wireless charging induktif sering mengeluarkan haba yang tidak sepatutnya. Haba dari Wireless charger juga membuatkan bateri telefon panas. Seperti point yang belum ni aku katakan, haba adalah musuh utama bateri.