Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan inisiatif “A Rising Star” platform untuk memberi inspirasi dan menyatukan anak muda Malaysia.

Sebagai peneraju global dalam teknologi mudah alih, ‘A Rising Star’ membuktikan komitmen Samsung Malaysia untuk membantu meningkatkan industri seni dan muzik tempatan.

Samsung Raikan Kreativiti Anak Seni & Muzik Tempatan Menerusi ‘Rising Star’

“Anak muda hari ini mempengaruhi arah aliran semasa dalam budaya yang dapat kita lihat dan perkara itu diilhamkan, diinspirasikan dan direka menggunakan telefon pintar mereka.

“Minat dan semangat mereka untuk mencipta sesuatu tidak pernah berhenti dan teknologi inovatif Samsung adalah padanan sempurna untuk anak muda di Malaysia dan seluruh dunia, bagi menggalakkan mereka untuk menyalurkan kreativiti serta meneruskan minat dan impian mereka,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh.

Samsung Raikan Kreativiti Anak Seni & Muzik Tempatan Menerusi ‘Rising Star’

IKLAN

Menerusi inisiatif ini, Samsung akan menggerakkan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung dalam usaha untuk memberikan peluang buat belia untuk merakam dan melalui pengalaman yang luar biasa.

KOLABORASI BERSAMA UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

Universal Music Malaysia dan Samsung sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran video muzik (MV) oleh artis tempatan yang semakin meningkat – MV yang bertemakan Raya berjudul ‘Raya Raya Raya’, oleh penyanyi wanita berkumpulan DOLLA.

Video muzik ‘Raya Raya Raya’ menyentuh perbezaan cara tradisional dan moden dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri di mana kepesatan inovasi teknologi pada hari ini telah membentuk bagaimana hari penting diraikan.

Samsung Raikan Kreativiti Anak Seni & Muzik Tempatan Menerusi ‘Rising Star’

IKLAN

Samsung juga melancarkan Cabaran TikTok DOLLA pada 1 Mei 2021 – untuk menyertainya, hanya menari dengan lagu Raya baharu DOLLA dan dapat berpeluang untuk memenangi sebanyak 9 unit Galaxy A32 yang Samsung akan berikan.

“Kami rasa berbesar hati untuk menjalin kolaborasi besar-besaran bersama Samsung dengan pelancaran Raya Raya Raya. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting buat DOLLA sebagai selebriti tempatan yang baharu dan bagi kami di Universal Music Malaysia.

Keseluruhan idea adalah untuk memperkenalkan DOLLA sebagai selebriti baharu yang semakin meningkat dan dikenali, juga untuk memperkukuh kehadiran mereka di pentas tempatan, serantau dan akhir sekali di peringkat global,” jelas Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim.

IKLAN

MURAL IKONIK SAMSUNG

Sebagai sebahagian daripada usaha Samsung untuk menceriakan bandar Kuala Lumpur, Samsung mendapatkan artis mural yang paling sesuai untuk bekerjasama bagi mengindahkan bandar tersebut.

Beberapa bangunan ikonik di seluruh Bandar KL telah mengalami perubahan menarik. Hasil lukisan mural pada bangunan REX KL di Chinatown membuatkan bangunan itu tidak lagi nampak usang dan kusam.

Samsung Raikan Kreativiti Anak Seni & Muzik Tempatan Menerusi ‘Rising Star’

Ia kini dilitupi dengan lukisan mural berwarna terang yang menampilkan watak dan warna menyeronokkan yang tepat dalam menggambarkan budaya Malaysia, hasil seni daripada pelukis terkenal, Orkibal. Transformasi magis pada bangunan Drop Inn Lodge di Jalan Tun HS Lee pula adalah idea daripada pelukis graffiti handalan, Lowkey. Seni bina ikonik lain iaitu Banunan Seni Zhongshan juga melalui perubahan hasil karya oleh pelukis mural tersohor, Bono Stellar dan dijadualkan akan siap pada penghujung Mei 2021.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI