Ads

Jurulatih Sanfrecce Hiroshima Dakwa Bunyi Mercun Punca Mereka Tewas Kepada JDT

Sanfrecce Hiroshima
Foto: BERNAMA

Ketua jurulatih Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul menyifatkan beberapa faktor luar padang termasuk cuaca panas serta gangguan bunga api sebagai antara punca pasukannya tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia.

Jurulatih dari Jerman itu percaya situasi tersebut memberi kesan kepada persiapan pasukannya sebelum berdepan wakil Malaysia itu.

Dalam perlawanan tersebut, JDT berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab dari Jepun itu sekali gus membawa bekalan agregat dua gol menjelang aksi timbal balik di Jepun nanti.

Tiga gol Harimau Selatan dijaringkan oleh Ager Aketxe, Bergson Da Silva dan Marcos Guilherme, manakala gol tunggal Sanfrecce Hiroshima hadir menerusi jaringan sendiri pemain JDT, Rui Felipe.

Sanfrecce Hiroshima Kecewa Dengan Beberapa Faktor Sebelum Perlawanan

Selepas tamat perlawanan, Gaul meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa isu yang menurutnya menjejaskan persiapan Sanfrecce Hiroshima sebelum turun menentang JDT.

Pengendali kelahiran Jerman itu menjelaskan bahawa pemainnya terpaksa berdepan perjalanan yang panjang selain keadaan cuaca yang panas dan kering, sekali gus menyukarkan mereka melakukan persiapan terbaik menjelang aksi penting tersebut.

Jurulatih Sanfrecce Hiroshima Dakwa Bunyi Mercun Punca Mereka Tewas Kepada JDT

Malah, beliau turut mendakwa barisan pemain Sanfrecce Hiroshima tidak mendapat rehat yang mencukupi kerana diganggu bunyi bunga api yang dibakar berhampiran hotel tempat mereka menginap.

“Pertama sekali, saya nak cakap yang saya sangat bangga dengan pemain pemain saya. Kerana kami melalui jarak perjalanan sangat jauh, cuaca panas, membuatkan kami terpaksa membatalkan latihan kami semalam (sehari sebelum perlawanan).

Ads

“Dan kami melalui malam yang sukar. Sebab terlalu banyak bunga api dibakar. Saya tak pasti sama ada ianya dibakar di sekitar 2 meter daripada luar kawasan hotel kami atau mungkin juga di dalam hotel.

“Jadi, terlalu banyak situasi mencabar. Ini cerita betul, sejujurnya,” jelasnya lagi.

Menurut Gaul, situasi tersebut menyebabkan pemain Sanfrecce Hiroshima tidak mendapat tidur yang berkualiti sebelum perlawanan berlangsung.

Kekurangan Seorang Pemain Tambah Tekanan

Selain faktor luar padang, Gaul turut mengakui bahawa bermain dengan kekurangan seorang pemain untuk tempoh yang lama juga menjadikan situasi lebih sukar buat pasukannya ketika menentang JDT.

Menurutnya, berdepan pasukan yang memiliki ramai pemain berkualiti seperti JDT memerlukan fokus dan disiplin yang tinggi, terutamanya apabila pasukan bermain dengan jumlah pemain yang kurang.

Jurulatih Sanfrecce Hiroshima Dakwa Bunyi Mercun Punca Mereka Tewas Kepada JDT
Foto: BERNAMA

“Bermain dengan kekurangan seorang pemain ketika berdepan lawan yang dibarisi ramai pemain berkualiti bukan tugas mudah.

Ads

“Pemain berdepan dengan pelbagai isu sebelum perlawanan seperti tempoh perjalanan yang panjang, cuaca panas dan kering serta tidak mendapat tidur yang berkualiti apabila dikejutkan dengan dentuman bunga api di luar hotel.”

Sanfrecce Hiroshima Yakin Masih Ada Peluang

Walaupun tewas dalam aksi pertama, Gaul tetap optimis bahawa Sanfrecce Hiroshima masih mempunyai peluang untuk bangkit pada aksi timbal balik nanti.

Menurutnya, kemenangan 3-0 pada perlawanan timbal balik di Jepun sudah cukup untuk membawa Sanfrecce Hiroshima mara ke pusingan suku akhir ACL Elite, dengan syarat mereka mampu mengekang JDT daripada menjaringkan gol.

Beliau percaya segala kemungkinan masih boleh berlaku dalam bola sepak, terutamanya apabila bermain di hadapan penyokong sendiri.

“Segalanya boleh terjadi dalam bola sepak, tiga gol juga boleh terhasil dengan mudah dan mengubah segalanya. Jadi, penting buat pasukan untuk kekal positif pada aksi timbal balik nanti.

Ads

“Pada aksi itu, adalah penting buat kami untuk mendapat gol pembukaan pada awal permainan sekali gus memberi tekanan kepada JDT.”

BACA: Cristiano Ronaldo Bilionair Pertama Dalam Bola Sepak Dunia, Kekayaan Mencecah RM5.8 bilion

Aksi Penentuan Di Jepun

Aksi timbal balik antara JDT dan Sanfrecce Hiroshima dijadualkan berlangsung pada 11 Mac di Jepun. Perlawanan tersebut bakal menjadi penentuan sama ada JDT mampu mempertahankan kelebihan agregat atau Sanfrecce Hiroshima berjaya melakukan kebangkitan dramatik.

Dengan kelebihan dua gol yang dimiliki JDT, wakil Malaysia itu dilihat mempunyai sedikit kelebihan. Namun, Sanfrecce Hiroshima pasti akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk cuba membalikkan keadaan.

Keputusan perlawanan kedua nanti bakal menentukan pasukan manakah yang akan melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite musim ini.

Sumber: Stadium Astro

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah. 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads

World #QuranHour 2026 Seru Pembinaan Jiwa Melalui Surah Al-Muzzammil

World #QuranHour 2026 kembali dengan tema “Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia” berteraskan Surah al-Muzzammil, menekankan pembinaan jiwa dan kekuatan spiritual sebagai asas perubahan masyarakat.